Kuey Teow Sup Bayam

10:30 pm


Hi..
Hari ni Sabtu saya kerja. Dah seminggu tak masuk office. Minggu lepas cuti sebab ada kenduri adik ipar. Balik dari bercuti, kena demam, selsema batuk... Hari ni masuk jugak lah office walaupun batuk masih tak ok. Tapi demam dan selsema dah ok Alhamdulillah. Memikirkan kerja bertangguh.... hmmm..

Masak apa yang paling senang dan ringkas? Mestilah masakan mee, kuey teow atau bihun berkuah atau digoreng. Cuma campak-campak kan je dah siap satu hidangan.

Macam untuk dinner hari ni saya buat kuey teow sup bayam. Resepi ni rebus rebus je tak payah tumis bagai. Last sekali bila hidangkan, titik lah sikit minyak bijan untuk membangkitkan rasa. Paling kurang pun makan je dengan sambal kicap. Sambal kicap tu kita boleh buat siap siap dan simpan je dalam peti ais untuk kes kes macam ni lah hehe...

Jangan terkejut sebab ada ikan bilis. Saya tengok dalam rancangan makan-makan di TV, kebanyakan orang cina masak sup letak ikan bilis yang dibungkus dalam kain jarang macam bunjut. Kemudian direbus sekali dalam sup. Saya cuba buat. Tapi tak lah bungkus, cuma campakkan 2-3 ekor dalam kuah sup.. mmm sedap pulak.. rasa manis kuah sup. Cubalah k...

DSC01195

Resepi Kuey Teow Sup Bayam

Bahan-bahan : 
1 keping isi ayam
Secekak daun bayan
semangkuk kecil kuey teow basah
2 ulas bawang putih
4-5 ekor ikan bilis
sedikit lada sulah
Perencah secukup rasa Maggi
Garam secukup rasa

Cara-cara :

Rebus isi ayam bersama ikan bilis, bawang putih yang diketuk dengan air secukupnya sehingga isi ayam masak dan empuk. Masukkan garam dan jika suka boleh tambah perencah secukup rasa Maggi.

Masukkan kuey teow dan bayam. Masak lagi seketika dan tutup api.

Hidangkan terus dan titikkan minyak bijan dan tabur bawang goreng atau lada sulah jika suka. Sedap dimakan dengan sambal kicap jika suka.

You Might Also Like

41 comments

  1. bestnya . makan pon blum lagi ni :) hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun belum makan lagi nih.. hehehe

      Delete
  2. Sgt sedap!!!
    Anak2 aida sgt suka kue teow ☺

    ReplyDelete
  3. Nampak simple je tapi bayam kalau sup memang fevret sy :)

    ReplyDelete
  4. Waoww...!!! Bayam.. Nk jadi popai la.. Hehehe

    ReplyDelete
  5. hahaha dok gelak baca komen papaglamz tang part "jadi popai" tu kekeke =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kartun klasik.. kartun zaman saya tu..

      Delete
  6. memang sedap. lebih sedap kalau kuey tiow tu goreng dengan tepung. tapi kalau dah malas sangat tu masuk je la kuey tiow tu. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh. kuey tiow disalut tepung ehhh.. tentu sedap nih

      Delete
  7. Tak pernah terpikir pun nak letak ikan bilis dalam sup... Thanks for the tips :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan bilis tu yang buat manis tu.. hurmmmm sedap

      Delete
  8. Satu lagi nak tanya, Eny suka titiskan minyak bijan masa hidangkan. Rasa macam mana ye? ke untuk bau?
    saya tak pernah guna...

    ReplyDelete
  9. saya nk 1.. pls delivery ke klang ye.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh delivery saya pun nak jugak

      Delete
  10. Replies
    1. resepi telah dikongsi.. sama-sama kita mencuba

      Delete
  11. bayam... bagus untuk kesihatan... murah pun iye juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tambah darah banyak ambik bayam ya..

      Delete
    2. cara memasaknya penting.. agar khasiatnya tak hilang

      Delete
  12. harini mak ana buat bihun sup. apa saja pasal makanan skrg ni mmg otomatik teringat blog kak eny hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. tidur malam termimpi-mimpi

      Delete
  13. orang kurang sihat memang elok makan rebus rebus aje

    ReplyDelete
  14. Ini sangat menarik.. lepas ni boleh cuba kalau tekak terasa nak makan makanan yang simple je kan :D

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com