Kari Ayam Masala bersama Sayuran

Hiii... saja buat post di tengah-tengah malam hehee...

Kari ayam masala ni kuah dia kering dan pekat. Tak menggunakan santan. Ada sayur seperti kacang kuda (chickpeas), Kacang peas hijau, tomato dan capsicum. Disebabkan lauk ni je dah lengkap so sesuai kalau dibuat lauk untuk pergi picnic. Tak payah susah-susah packing banyak jenis lauk, cukup satu lauk yang ada protein dan sayur.

Boleh la cuba nanti kalau nak masak untuk ke picnic weekend ni ye :)

DSC03741

Makan dengan papadom nyum nyum...
DSC03733

Kari Ayam Masala Bersama Sayuran

Bahannya:
1  ekor ayam dipotong kecil
3 sudu besar cawan yogurt tanpa perisa - boleh gantikan dengan susu sejat
Cili capsicum hijau dan merah secukupnya - dipotong dadu
Kacang Kuda secukupnya - direbus lembut terlebih dulu
Kacang peas hijau secukupnya - beli yang frozen dan kemudian defrost terlebih dahulu.
2 biji tomato di belah
Air secukupnya

Bahan tumis :
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang
5 tangkai cili kering - dipotong seinci seinci - kalau tak nak pedas jangan guna.
1 biji tomato dipotong dadu
sedikit jintan manis
sedikit jintan putih
Sedikit daun kari
Minyak secukupnya untuk menumis - anggaran 1/4 cawan

Bahan rempah (campur sekali dan dibancuh pekat dengan sedikit air)
3 sudu besar rempah Garam Masalah - boleh beli di kedai india
1 sudu besar serbuk kunyit
4 sudu besar serbuk kari daging / ayam
3 sudu besar cili kering - yang sudah dikisar - kalau nak kurangkan pedas boleh kurangkan

Cara-cara :
Panaskan minyak, dan tumis bahan tumis. Masukkan bahan rempah. Tumis sehingga wangi dan rempah naik minyak dan garing.

Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut dan keluar airnya.

Masukkan air secukupnya jika kari terlalu kering.

Masukkan yogurt, garam dan gula secukup rasa. Masukkan semua sayuran.

Masa sehingga ayam lembut barulah tutup api.

Sedap dimakan bersama nasi putih dan papadom.























Post a Comment

23 Comments

  1. hamboihhh tudia kari ayam power! *meleleh lagi ayaq lioq*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan..menyenget ja ana tgk aduhh jatuh cinta dgn kari..rajin eny kan ana

      Delete
    2. memang power gila kari nih.. tengok pun dah tahu sedap

      Delete
  2. dap..dap...meleleh..tap..tap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. memang sedap nih.. slurrrpppp

      Delete
  3. dah ajar anak mkn sayur byk2 elok untuk kesihatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak... nak yang sedap aje..

      Delete
  4. kaw sungguh..!! xyah p indiaa.. ehhehe

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. betul tu perangat panas2 cari roti gardinea..awesome lahh

      Delete
    2. gardinea.. enak dimakan begitu sahaja.. hehehe

      Delete
  6. saya kurang minat kari di tambah capsicum

    ReplyDelete
    Replies
    1. azman xsuka kenapa ya..dulu ana pelik juga dgr capsicum ni tp lama2 bila dah biasa kerja di bahagian sayur di GIANT selayang..tu yg biasa dgr..

      Delete
    2. bukan tak suka.. saya suka.. cuma bila campur kari, rasa kari akan jadi sedikit pahit kelat sebab rasa capsicum yang kuat

      Delete
  7. capsicum bukan tak sedap.. cuma ia membunuh rasa kari

    ReplyDelete
    Replies
    1. capsicum sejenis sayur la boleh digantikan tomato sedapp

      Delete
    2. capsicum ni secara bersendirian sebagai bahan utama sangat sedap..

      Delete