Hari Hari Boleh Makan Kek Coklat Kalau Macam Ni..

8:30 am

Suka makan kek coklat tapi kadang-kadang malas nak membuatnya. Seperti kita tahu kek coklat ni banyak guna telur, butter dan ada jenis kek coklat yang pakai butter dan minyak sekaligus. Gulpp… Kek coklat kalau bahannya banyak tu memang sedap tapi memikirkan kalau makan hari-hari tak bagus juga kan untuk kesihatan kan?

Saya penggemar kek coklat tegar. Bersukur dan happy juga bila jumpa resepi ni dari dapur Smitten Kitchen. Kek coklat yang dia share ni cuma pakai sedikit kandungan butter dan telur. Saya juga kurangkan pengunnaan gula caster (tak pakai langsung). Jadi kek yang terhasil rasa macam dark chocolate (Sedikit pahit). Ok lah kan, nak makan yang manis dan sedap mana boleh selalu. Macam hidup kita, tak semestinya hari tu cerah je, ada yang mendung, hujan, ada hari kita menangis, ketawa hehehe..

Oh yaaa… kek ini texturenya lembut macam red velvet sebab menggunakan buttermilk tu rasanya. Memang sedap!

Ok untuk sesiapa nak cuba kek coklat yang confirm boleh makan hari-hari ni, boleh try resepi mudah ni.

Everyday Chocolate Cake

Resepi Kek Coklat Hari Hari (Everyday Cake Chocolate) - Adaptasi dari Smitten Kitchen

Bahan-Bahan :
1/2 cup Butter (pada suhu bilik)
1 cup Gula Perang (- Firmly packed - Cara ukuran ditekan padat dalam cawan pengukur)
1/2 cup Gula caster – gula biasa yang jenis halus sedikit tu – saya tak pakai sebab nak kurangkan manis
1 telur size A
1 cup buttermilk – kalau tak ada buttermilk, boleh pakai susu biasa yang dicampur satu sudu cuka atau jus lemon / limau.
1 teaspoon een vanila
1 1/2 cups tepung
3/4 cup Serbuk Koko jenama Van Houtten
1/4 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon Garam


Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan pan berbentuk empat segi (atau ikut suka lah nak pakai pan jenis apa pun) di gris dengan butter.

Pukul butter sehingga lembut. Masukkan gula dan pukul selama 3 minute.

Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati, kemudian masukkan buttermilk dan vanilla esen

Campur tepung, baking soda, baking powder, garam dan serbuk koko didalam satu bekas.

Ayak campuran tepung tadi terus ke dalam mangkuk yang berisi adunan butter, gula dan telur.

Kacau sehingga sebati dengan sudu tetapi jangan overmix. Cuma pastikan bahan-bahan bercampur sebati.

Masukkan adunan kek ke dalam pan dan bakar selama 60-70 minit atau sehingga masak.





You Might Also Like

34 comments

  1. Saya pun ada kongsikan satu resepi kek coklat, resepi dari rakan saya .. pemilik Anis Choc Melt dulu dikenali ANis Choc Moist. Memang sedap kek coklat... gambar mengundang betullah, cantik.

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. anis choc moist kan di gilai ramai huhuu sedap ooo

      Delete
  2. Replies
    1. papaglamz boleh makan set pengurusan badan shaklee.. hik hik hik

      Delete
  3. maaf, saya hanya suka makan... Tak rajin nak buat.. ehheheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. hehehee.. orang buat lagi sedappp.. hehehhe

      Delete
    2. penyakit M menguasai hahha bayar terus dpt xpayah tunggu lama-lama kan zafair

      Delete
    3. saya takde penyakit M.. saya sangat RAJIN makan hehehehe

      Delete
  4. sedapnya kek coklat...kalau letak topping lagi best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau letak topping nanti makan lagi banyak...

      Delete
    2. mkn kek je kurangkan la carbo yg lain cth nasik hehe

      Delete
    3. err lupa. pastu rajin work out. knfem bdn blh maintain. kan? hehe

      Delete
    4. mkn time hujan2 aduhhh sedapnyaaa

      Delete
    5. kek coklat memang sangat sedap

      Delete
  5. Replies
    1. sedap taw azman kn blk cuba nnt

      Delete
    2. memang wajib cuba MAKAN.. hik hik hik

      Delete
  6. Suka kek coklat yg tak terlalu manis. Mesti cuba ni.

    ReplyDelete
  7. coklat ada lah kegemaran semua peringkat umurkan eny..

    ReplyDelete
  8. Kita kurang makan kek coklat, mungkin sebab hari2 ada stok kat rumah.. cuba kalau dah lama tak buat, mesti mengidam :P
    Btw suka resepi kek ni ^^

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com