Daging Cili Kering

4:25 pm

Nah ambil gambar dari dalam kuali. Busy tak sempat nak masuk pinggan dan snap tau tau dah licin :D

20140530_115709

Resepi teramat simple ni, tau tau je dah siap pastu dah licin hehehe... Daging tu boleh diperap dulu semalaman, dan esoknya boleh goreng. Sesuailah untuk mak mak yang berkerja, balik kerja terus goreng je.

Resepi Daging Goreng Cili Kering - resepi dari Kylie Kwong

Bahan-bahan :
800gm daging diperap 2-3 jam bersama :
1 inci halia - dicincang
2 ulas bawang putih – cincang atau potong
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
Sedikit lada sulah - saya pakai lada hitam kisar

Bahan-bahan lain :
10 tangkai cili kering -  cuci dulu kemudian gunting panjang seinci
2 ulas Bawang - besar dibelah 8
1 inci halia - dipotong nipis memanjang
Minyak secukupnya
Sedikit air dan tepung jagung untuk memekatkan kuah
Garam jika perlu

Cara-cara :
Panas minyak, masuk halia dan cili kering, goreng sehingga agak garing. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan ketepikan dulu. Kalau minyak terlalu banyak boleh keluarkan sedikit.

Dalam kuali dan menggunakan minyak yang sama, masukkan daging yang telah diperap. Goreng seketika hingga daging empuk dan keluar airnya. Kalau terlalu kering masukkan lah sedikit je air, nak mempercepatkan proses daging tu masak dan lembut.

Akhir sekali masukkan cili kering dan halia yang digoreng tadi . Masukkan juga bawang besar yang dibelah. Masukkan juga bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan siap!

Boleh juga masukkan sayur dalam lauk ni, seperti daun bawang, carrot, broccoli atau kacang panjang.


You Might Also Like

33 comments

  1. ish2 blm dan apa2 dah licin no? nmpk sgt punya sedap haa.
    sipbaik ana jauh.kalo dkt taw la tiap hari p rumah kak eny.
    mai nk tumpang makan kekekeke =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi mkn sowang hihii mcm sedap jer kan ana hurmm

      Delete
  2. Looks like so yummy... Rasa lapo plak...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. kan putri mcm best ja jom kita cuba

      Delete
    2. licin sampai tak sempat nak snap gambar dalam pinggan tu...

      Delete
    3. hahaha.. tak sempat masuk pinggan

      Delete
  4. wahhhh simple nih... boleh ganti masak ayam ni...

    ReplyDelete
  5. wahhh rajinnyer eny ya..marveloussss

    ReplyDelete
  6. wah... resepi ni nampak simple... boleh try ni...

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. nampak simple.. cuba buat.. berterabur dapur hahahaha

      Delete
  8. Tengok gambar saja dah menyelerakan

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap, and mudah nak buat ye kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. menjadi lebih mudah dengan resepi yang eny bagi

      Delete
  10. Kalau pedas-pedas memang lagi sedapppp! Hehe

    ReplyDelete
  11. Boleh try nih, tak pernah lagi masak cam nie ...

    ReplyDelete
  12. Sedapnyaaaa, lama dah tak makan.. lepasni kalau nak masak boleh bukak blog kak Eny untuk cuba macam2 masakan ;D

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com