Tutorial Asam Laksa Simple

/
41 Comments
2:00 pm


20140425_123046ed

My simple version of Asam Laksa. Tak payah nak susah-susah macam dalam resepi lain. You can even skip part pakai ikan fresh.  Boleh pakai ikan sardine tin semata-mata. hehehe :D

20140425_122949ed


Asam Laksa  sedap dimakan bersama petis. Tapi saya tak suka petis tu manis sangat. Pakai kicap biasa pun sedap ;)
20140425_122924e

500gm ikan selayang (fresh sardines) yang direbus dengan asam keping dan sedikit garam. Simpan air rebusan ikan untuk dijadikan stok kuah. Isi ikan ditumbuk sehingga halus. Boleh juga pakai kembung, tapi ikan selayang lebih sedap ;)
20140425_113907

20140425_112616

20140425_112700

1 tin sardine cap ayam, dihancurkan menggunakan garfu. Discard tomato sauce.
20140425_114555

Cili kering, terpulang nak pakai banyak mana pun mengikut tahap kepedasan yang diingini.. I pakai dalam 1 cawan (selepas dipotong pendek dan direbus dan tapis air dan buang biji)
20140425_111140

20140425_112246

Cili rebus tadi dikisar bersama 4 ulas bawang besar (yang saiz kecil kalau besar 2 pun cukup) dan 1 sudu besar belacan
20140425_113604

Daun kesum. Ini je yang ada. Bunga kantan tak ada stok pula. :D
20140425_113821

Satukan semua bahan bahan diatas didalam periuk. Tambah air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dingini. Masukkan asam keping. Masukkan garam. Rebus atas api perlahan sehinngga cili masak dan kuah menjadi wangi. Boleh tambah bunga kantan atau daun kesum. Petua kuah laksa yang sedap, kuah kena berulang kali dipanaskan atas api dan kena dimasak awal sebelum dihidangkan. So kalau nak makan tengah hari, masaklah waktu pagi dan panaskan balik waktu tengahari.

20140425_120053

Resepi Penuh Asam Laksa 

Laksa Kering jenis halus – direndam semalaman. Kemudian direbus sehingga lembut.

Bahan Kuah :
500gm ikan selayang / ikan sardine fresh – direbus dengan garam dan asam gelugor sehingga lembut kemudian diambil isi dan isinya ditumbuk halus. Kalau mak saya dia tak buang tulang ikan. Tulang ikan dikisar dalam blender  bersama air rebusan. Tapis tulang-tulang tu menggunakan penapis yang jarang, ayak ayak sehingga tinggal tulang putih sahaja. Ambil air dan hasil tapisan sahaja. Tulang buang. Step ni boleh sahaja skip kalau rasa renyah dan lambat. Pengunnaan tulang ikan sebab kita nak dapatkan rasa manis tulang ikan.
1 tin besar Sardine tin cap ayam – dibuang sos tomatonya, dihancurkan kasar kasar
Note : boleh juga sama ada nak pakai ikan fresh sahaja atau ikan sardine sahaja. Gandakan kepada 1kg ikan atau 2 tin sardine ye
Cili kering dalam 10-15 tangkai – kalau nak pedas boleh tambah
2-3 ulas bawang besar saiz sederhana. Kalau besar 1-2 pun cukup.
5-6 keping asam gelugor
Bunga kantan
Daun kesom
Air secukupnya
Garam 

Ulam-ulam (garnishing) :
Daun sawi – diracik kasar-kasar
Timun – diracik
Nenas – saya tak suka nenas dimakan dgn laksa :D
Telur rebus – kalau yang lembut dan cair sikit lebih sedap
Bawang – dipotong nipis






You may also like

41 comments:

anajingga said...

Eny kak ana pernah juga buat versi sardin tin ni, ok je rasanya kan, tapi kak ana suka makan dengan petis.. :)

MNH SASTERA MELAYU said...

wow!!! meletup gila entri ni. baru saya tahu boleh buat laksa pakai ikan sardin dalam tin je. nampak sedap pula tu.

Siti Asiah said...

sedapnye kalo dapat makan asam laksa pagi2 ni...hehe

zafairMAS_shakleeSITE said...

rajin nye mak ai kak eny pi menumbuk2 isi ikan tu... very the rajin U..!

Papaglamz said...

Sedapzzzzz....!!!

anamizu said...

one of my feveret! adehh ayaq lioq meleleh lagi :D

anamizu said...

sy dgn mak pon pnh buat guna sardin tin. sedap je rasa dia hehe

Qaseh Abadi said...

Sardin dlm tin tak berapa bagus.. lebih baik letak ikan fresh.. if ikan mahal sangat, boleh lah sardin tin pun..haha

Umi Nazrah said...

resepi laksa mak saya, dia tumis dulu :)

Glory jane said...

sedap lagi melazatkan kalau dapat laksa beras... yum yum..

Glory jane said...

bunga kantan skrg mahal kan...?

nor nazliana said...

sekali dlm hidup buat huhuu tu pun google ja..

nor nazliana said...

sedapkan marvelousss

nor nazliana said...

mkn panas2 sedap siti aisyah oohww

nor nazliana said...

rajinkan dia zafair si eny kan

nor nazliana said...

tutup empat jari angkat ibu jari terbaikkk

nor nazliana said...

ambik mangkok tadahkan..hihii

nor nazliana said...

apa la qaseh ni..mn2 ja jnji sedap di mkn

nor nazliana said...

sedapnya rajin eny..

nor nazliana said...

umi duk mn ya yg buat kuah laksa tumis ni..nnt kongsi resepi ya

nor nazliana said...

laksa buat sendri kan kena dgn kuah lemak perhh hujan2 ni apa nak di kata

nor nazliana said...

bunga kantan koi pupus

azman Arsad said...

memang sedap

azman Arsad said...

resepi untuk orang yang rajin

azman Arsad said...

kebanyakkan orang malas nak guna ikan fresh

azman Arsad said...

leceh betul nak asingkan tulang tu

azman Arsad said...

kalau tak teliti boleh tercekik tulang

azman Arsad said...

leceh dan bahaya betul kalau tercekik tulang nih

azman Arsad said...

orang rumah saya pakai ikan tongkol

azman Arsad said...

hurmmm kali pertama nampak orang guna sardin tin masa rancangan jaguh kampung astro

azman Arsad said...

pagi-pagi sesejuk nih layan makan apa pun sedap

azman Arsad said...

Eny nih memang rajin memasak

azman Arsad said...

confirm sedap nih

azman Arsad said...

salah satu faveret saya jugak nih

azman Arsad said...

sardin dalam tin untuk yang nak cepat.. hehehe

azman Arsad said...

laksa ada macam-macam variasi

azman Arsad said...

laksa johor pakai spaghetti hehehe

azman Arsad said...

untung orang yang tanam bunga kantan nih

azman Arsad said...

Eny rajin memasak dan serba boleh

ahkak gojes said...

klu naaaaaaaaaaaaaak sgt makan baru la rajin masak laksa..hihihi...

Queen Contest said...

Maknanya selama ni ramai yang buat asam laksa la.. kita ingatkan lain orang lain resepi dia..