Pizza Homemade

9:23 am

Pizza ni sebenarnya bukan susah sangat nak buat dan bahan-bahanya sekarang mudah didapati di pasaraya. Kalau nak mudah beli je frozen pizza hehe... Lebih mudah dan murah dari yang dijual di restoren. Kalau buat sendiri pun dapat jimat kos cuma nak adun tepung tu agak renyah sikit. Tapi kalau nak buat untuk makan ramai-ramai di rumah especially kalau ada ramai anak yang sukakan pizza, memang berbaloi buat pizza sendiri di rumah. Nak lebih fun, boleh minta anak-anak hiaskan topping pizza tu...

Pizza ni pizza simple dan tak pakai cheese. Tak pakai cheese pun sedap je pizza akak dik.. hehehe.. Kalau pakai cheese makan panas-panas sedaplah, dah sejuk, keras pulak cheese tu..huhuh... 

Disebabkan oven cuma ada pan yang berbentuk empat segi maka jadilah pizza rectangular hehehe.. janji boleh makan. shape lari ke tak kisah lah kan..

homemade pizza 1

Resepi Pizza Simple 

Bahan-bahan doh Pizza (resepi credit kpd Cik Mat Gebu dari Dapur Tanpa Sempadan)
300 gram tepung gandum
6 gram yeast segera (mauripan)
10 gram gula halus
1 1/2 camca besar madu - saya tak pakai, takde madu huhuhu
1 camca teh bread improver
1/4 camca teh garam
170 ml air suam (dan lebih sedikit jika perlu)
20 gram mentega
Sedikit tepung untuk ditabur

Cara-cara :
Satukan semua sekali dan diuli sehingga adunan tak melekat dan lembut. Perap doh selama 30-40 minit sehingga naik dan kembang. Macam buat adunan donat jugak la. Apabila kembang, ambik sedikit dan buat bulat bulat kecil. Biar kembang sekali lagi selama beberapa minit. Akhir sekali ambil adunan bulat kecil tadi dan canai nipis. Saya suka jenis thin crust jadi saya canai sehabis nipis. Letakkan dalam dulang, cucuk garfu di permukaan doh, dan lemudian tabur topping pizza.

Bahan-bahan topping :
3-4 keping daging burger Ramly - dipotong dadu, digaul dengan sedikit sos tiram dan dibakar seketika didalam oven dengan bawang besar yang dipotong dadu.
Sosej - dihiris nipis
Cili hijau besar - boleh pakai cili capsicum.
Cendawan butang dalam tin - dihiris nipis
Tomato puree - saya campur bawang putih yang di sagat dan daun herba oregano kering jenama Mc Cormick - Boleh pakai sos tomato biasa atau sos spagetti segera
Mozarella Cheese jika suka - tak pakai sebab takde stok kat rumah.

Cara-cara : 
Susun daging burger yang digril didalam oven tadi bersama bahan bahan topping lain, dan bakar selama 20-25 minit pada suhu 200C

homemade pizza 3

homemade pizza 2

You Might Also Like

41 comments

  1. Salam hujung minggu... pandainya dia masak pizza... kalau saya lah... saya beli yg ready made tu, lepas tu tambah chis ke atau sambal ker lepas tu panaskan balik kat mikrowave... siap... orang bujanglah kata kan... hahaha pemalas giler kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahh sama gak la konsep mcm sy yg bujang ni. sllu nk yg segera je hehe

      Delete
    2. jn kata bujang yg dah ada nak pun ada juga penyakit MALAS :)

      Delete
    3. hehehe.. orang bujang.. hati senang

      Delete
  2. aduh... serius terliur saya tengok gambar2 ni... lapar T_T

    ReplyDelete
  3. ana kalo buat dgn adik2, guna roti gardenia tu je kak eny. susun2 toping je hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana, saya penah juga buat pakai roti je... dgn sosej... senang

      Delete
    2. GJ n ana mudah simple yg pasti sedappppppppppp

      Delete
    3. wah perkongsian yang menarik nih

      Delete
  4. alaaaaaaaa pizza hut jugak yg kami p =_=

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi, lagi sedap yang buat sendiri Umi... boleh letak topping banyak2. puas hati

      Delete
    2. umi awak buat la air tangan kan pemikat suami huhuuu

      Delete
    3. setuju.. buat sendiri memang terbaik

      Delete
  5. memang berbaloi kalau buat sendiri

    ReplyDelete
  6. buat sendiri.. tak sedap pun telan jugak.. hahahaha

    ReplyDelete
  7. kalau beli.. tak sedap.. kutuk berbakul-bakul.. hahaha

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com