Masak campak-campak Hati Ayam dengan Kacang Panjang Goreng

12:57 pm

Resepi ringkas dan simple ni adalah resepi campak campak saja. Guna pakai apa yang ada di dapur. Saya pakai left over sambal tumis ditambah sedikit sos tiram. Kalau tak suka hati ayam, boleh je gantikan dengan bahan lain :)

hati ayam sambal wm

Resepi  Hati Ayam dengan Kacang Panjang Goreng

Bahan-Bahan :
4-5 ketul hati ayam – dibersihkan, direbus sekejap sehingga masak dengan sedikit garam dan halia. Jangan rebus terlalu lama, nanti hati ayam jadi keras.
3-4 sudu besar (penuh) sambal tumis
2 sudu besar sos tiram
Sedikit kacang panjang dipotong pendek
1 labu bawang besar di potong tebal
Sedikit minyak untuk tumis
2 Bawang putih di ketuk
Sedikit halia di potong nipis
Garam dan gula jika perlu

Cara-cara :
Tumis bawang putih dan halia, masukkan sambal tumis dan sos tiram, goreng sekejap, masukkan kacang panjang dan sedikit air. Masak sekejap kacang panjang supaya lembut sedikit. Masukkan hati ayam yang telah direbus tadi.  Masak seketika. Akhir sekali masukkan bawang besar potong dan siap!

Note : kalau buat stir fried macam ni, saya suka masak kering dan bawang tu dipotong besar dan rangup rangup.. ;)

You Might Also Like

40 comments

  1. kak ana baru masak ati ayam last week, buh kicap dengan rempah sikit, sedap gak tukar2 selera ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak rajin masak.. tapi rajin makan.. hahahaha

      Delete
  2. orang kalau pandai masak, campak2 je pun dah nampak menyelerakan.

    ReplyDelete
  3. biasa kat kenduri selalu wat resepi ni.. tapi hati tu potong kecik2 la.. ehhehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betoi2 selalu jumpak kat kenduri hehe

      Delete
    2. kan zafair dan ana kat umah kenduri..mesti ada punya

      Delete
    3. potong kecik-kecik nampak banyak.. hehehe.. ilusi mata tu

      Delete
  4. kalo mak ana pulak, dia suka campur hati + pedai ayam skali hehe

    ReplyDelete
  5. saya suka pedal ayam campur kobis. campur kacang panjang pun suka jugak. hehhehee. tp hari kureng makan cikit :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu ni jaerang buat kalau ada pedal n hati ja hihii

      Delete
  6. resepi ringkas yang menyelerakan

    ReplyDelete
  7. Eny masak campak-campak pun menjadi.. kalau sayalah hurmmmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. try tgk campak2 azman boleh punya lah

      Delete
    2. campak-campak eny berisi ilmu

      Delete
  8. Replies
    1. pedal ayam azman kadang2 ada org xgemar juga dagingg ok

      Delete
  9. kalau makan nasi ambang selalu ada lauk nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh nasi ambang azman i like

      Delete
    2. perghhh rasa macam nak makan nasi ambang hari nih

      Delete
  10. hati ayam masak sambal goreng letak tempe, sohoon dengan kentang pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah jadi satu resepi tu azman

      Delete
    2. hahaha.. saya cakap aje pandai.. masak tak reti

      Delete
  11. kalau ana masak kasi ada kuah sikit nk bg cantik potong cabai besar..hihii

    ReplyDelete
  12. sedapnya, tapi kita cuma makan sikit je, cepat pening makan hati ayam, mungkin sebab hati kita nak membesar kot *gurau* xD

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com