Kek Span Cheese Marble

4:00 pm

Kek Span Cheese ni memang sedap dan sangat lembut. Macam kek span vanila biasa tapi ada rasa cheese dan lebih lembab dari kek span biasa. Oleh itu kek ini tak boleh simpan lama di luar. Kena sentiasa sejukkan. Agak susah sikit nak buat kek ni sebab remeh dan renyah. Second attempt baru menjadi kek ni saya buat.. hehehe..  Sekali -sekala boleh la buat kalau teringin nak makan. Kek ni jenis kek span yang tak pakai pemantap seperti ovallet sebab tu putih telur kena pukul asing. Kalau tak silap lah kan sebab kita bukannya pakar kek heheh... apap pun berbaloi cuba dan kecahkan dapur sebab kek ni sedap!!

DSC09907eddd


Resepi Kek Span Cheese Marble 

Bahan A
250g susu segar
20g mentega
125g krim cheese jenama Tartura (biarkan pada suhu bilik)

Bahan B
50g tepung
3 biji telur kuning
1 tsp vanila esen

Bahan C
3 biji putih telur
1/8 tsp cream of tartar
80gm gula (caster)

Bahan D
½ tbsp serbuk koko
1 tbsp air panas
1 sudu lebihan adunan cheese dari campuran Bahan A

Nota : Setiap bahan kena guna mangkuk asing asing dan pemutar kena dibersihkan dahulu

DSC09930

Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 160/170C

2. Pukul krim cheese sehingga lembut dan berkrim

3. Panaskan susu dan mentega, tuang 1/4 krim cheese dan kacau perlahan sehingga sebati. Tuang  lagi cream cheese sehingga habis dan kacau sebati. Biar dan sejukkan sedikit.

4. Apabila campuran cheese sejuk sedikit, masukkan tepung didalamnya dan pukul sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga lembut dan sebati.

5. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga berbuih. Masukkan 1/2 gula dan cream of tartar dan pukul sehingga telur mejadi soft peak.. Masukkan baki 1/2 lagi gula dan pukul sehingga menjadi meringue (telur putih tidak jatuh bila diterbalikkan mangkuk)

6. Masukan 1/3 adunan putih telur  ke dalam mangkuk berisi campuran cheese dan kacau cepat mengunakan kaedah kaup beberapa kali sehingga sebati.

7. masukkan lebihan putih telur dipukul tadi sehingga habis dan kaup lagi sehingga sebati. Tetapi jangan terlebih kaup pulak.

8. Tuang dalam acuan diameter 8 -10 inci.

9. Campurkan serbuk koko dengan sedikit air panas. Tuang sedikit adunan cheese yang berlebihan. Titik titik kan coklat ke atas permukaan kek dan lorek dengan pisau untuk menghasilkan corak marble.

10. Bakar menggunakan kaedah Bain-Marie (water bath) dimana letakkan sedulang air panas di bawah tray kek. Bakar selama 50-60 minit.

11. Selepas kek masak, longgarkan bahagian tepi cake dengan pisau supaya kek tidak jatuh dan mendap. Terus keluarkan dari acuan apabila sedikit sejuk.

DSC09932

You Might Also Like

28 comments

  1. huishh berpinor bijik mata Ana nengok squirl atas kek tu. dah la tgh lapaq hehe

    ReplyDelete
  2. bila la buleh nak buat lagu ni. kalau berjaya, sahih dah boleh buka kedai kek. hahahahaha :D

    ReplyDelete
  3. cantik corak kek...
    nak puji sedap, tak rasa lagi....
    tapi memang nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. GJ tengok la air tangan dari eny mesti power

      Delete
    2. hasil dari tangan berseni eny

      Delete
  4. Replies
    1. hehehe.. nanti suruh orang rumah saya yang cuba buat.. saya makan aje

      Delete
  5. buat kek nih kena rajin memcuba baru berjaya

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. cuba buat ana.. tengok jadi ke tak..

      Delete
    2. ha tu la nk try tgk jd ker idakk

      Delete
  7. Cantiknya, nanti nak cuba.. In Shaa Allah ^_^

    ReplyDelete
  8. hmmmm enaaak pasti mba itu kue nya :) jadi pengen kue ahh :G

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com