Kari Peria Sumbat Telur

/
34 Comments
2:13 pm
Pernah makan tak? Saya tak pernah jumpa lagi di kedai atau restoren yang ada kari ni. Selalu peria di goreng sahaja kan. Sebenarnya buat kari pun sedap. Dan kari peria sumbat telur ni Tok (emak kepada ayah) selalu buat. Back then, saya tak makan peria, jadi saya korek telur didalam tu sahaja. hehehe... Tapi sekarang  Peria adalah sayur kegemaran. Pahit ke tak tolak ke tepi. Tetapi saya suka peria yang agak pahit dari yang tak pahit (yang direndam air garam). 

Gambar banyak noise sebab pengcahayaan kurang ;D

DSC00851ed

Resepi Kari Peria Sumbat Telur

Peria Sumbat
1 Biji Peria - dipotong memanjang tengah tengah tetapi tidak putus, korek biji didalam dengan sudu dan bersihkan.
3-4 Biji Telur
Secekak Udang kecil dibuang kulit dan dicincang kasar
1 biji Bawang Besar dipotong dadu kasar-kasar
2 biji Cili padi atau cili merah dipotong nipis
2 ulas Bawang putih di cincang

Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih cincang sekejap dan masukkan udang, dan bawang besar dadu. Masak sekejap sehingga udang masak dan bawang layu. Kemudian tuang telur yang telah dipukul dan dikacau kacau sehingga hancur (macam buat scramble egg) . Inti telur tadi di isi didalam peria dan tekan sehingga padat. Jika ada lebih inti, boleh dimasukkan ke dalam kuah kari supaya kuah lebih pekat

Kuah Kari - boleh ikut style masing-masing buat kari udang / ketam. Ni style saya buat :D
3-4 sudu besar rempah kari daging + 2 sudu besar rempah kari ikan - dibancuh dengan sedikit air, masukkan setengah bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk.
200 ml santan - tapi jangan pekat sangat sebab kari ni cair cair sedikit.
3-4 ulas Bawang merah - tumbuk, setengah untuk masuk dalam remapah, setengah lagi dibuat tumis
3-4 ulas Bawang putih - tumbuk, setengah untuk masuk dalam remapah, setengah lagi dibuat tumis
sedikit Halia - tumbuk, setengah untuk masuk dalam remapah, setengah lagi dibuat tumis
Daun Kari
Kiub ayam jika suka


Cara - cara :

Pastikan guna periuk atau kuali yang boleh muat dengan saiz peria. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia tumbuk bersama daun kari. Masukkan rempah kari yang dibancuh terlebih dahulu. Tumis sehingga naik minyak dan rempah garing. Masukkan santan dan dikacau sebati dengan rempah. Jika pekat sangat boleh tambah sedikit air. Masukkan kiub ayam. Masukkan peria yang telah disumbat. Masukkan inti yang lebih kedalam kuah kari. Masak sehingga peria lembut. Tetapi hati-hati apabila mengacau supaya telur didalam peria tak keluar.

Untuk menghidang, potong peria sumbat dan hidangkan didalam pinggan supaya mudah dimakan.





You may also like

34 comments:

Papaglamz said...

Amboi kak.. Inovasi ni..

CintaHati Lina said...

sukanya...macam sedappp je ni.boleh buat resepi wif mr.suami lepas ni..dia peminat no.1 peria ni...

thanks 4 sharing resepi best ni... salam kenal dan salam ukhwah dari laman mommylina.blogspot.com

MNH SASTERA MELAYU said...

saya pun tak suka sayur peria. tapi tak pernah lagi makan peria dengan kari. siap sumbat dengan telur lagi.

zafairMAS_shakleeSITE said...

kretip.. kretippp.. nak makan pon sayang..

anamizu said...

ana pulak apa jenis peria / petola / kacang bendi ana x makan. errrr hehe =P

Umi Nazrah said...

oh tak tau pulak pasal sumbat teloq ni. saya jenis tak makan peria petola :D :D :D

Glory jane said...

Tak pernah rasa...
ni kali ke 2 tengok... kali pertama isteri bos (chinese) buat.

Glory jane said...

saya dulu peria tak makan juga...
tapi sekarang ni memang suka....

Glory jane said...

sedap tau peria...
mula2 jgn mkn yg pahit sangat...

Kalau gi kedai nasi kandar, ada peria goreng... ha, test tu dulu :)

azman Arsad said...

sedapnya

azman Arsad said...

peria yang pahit memang banyak khasiat

azman Arsad said...

budak-budak kalau makan memang ambil telurnya je.. hahahah

nor nazliana said...

papaglamm terbaikk

nor nazliana said...

peria kita goreng ja kan cinta try la tgk

nor nazliana said...

MNH hahhaa sedapkan peria pahit ubat tu

nor nazliana said...

boleh masuk pertandingan ni kan zfair eny nie

nor nazliana said...

umi petola lain peria lain taw

nor nazliana said...

xpernah tgk lg nie..huhuu kuno rasanya

nor nazliana said...

sedapnya nyumymyuuummyy

nor nazliana said...

kan azman memng khasiat dia besar sgt

nor nazliana said...

bab telor mak budak pun suka hahaha

azman Arsad said...

satu lagi resepi menarik dari eny

azman Arsad said...

resepi nih memang best

azman Arsad said...

kena ada teknik.. Eny kan dah bagi petua tu.. peria tak pahit rendam air garam

azman Arsad said...

makan aje.. tak perlu sayang-sayang

azman Arsad said...

kalau take alahan cuba rasa.. pasti terpikat

azman Arsad said...

"takde" sorry typo

azman Arsad said...

cuba dulu baru tahu rasanya

azman Arsad said...

tak pernah rasa? resepi dah ada cubalah

azman Arsad said...

yum yum yum

azman Arsad said...

sangat besar.. hehehe

azman Arsad said...

hahaha.. bapak budak ni pun apa kurangnya

ahkak gojes said...

yang ni memang sedap...nyumy..tp lagi sdap klu tangan org lain yg buat..hihihi..

Queen Contest said...

Erm yang ni pun kita tak pernah cuba lagi ^^