Bilis Tomyam

/
27 Comments
1:58 pm
Siapa pernah makan Bilis Tomyam ni? Kalau orang Utara memang selalu nampak Bilis Tomyam ni dijual di kedai dan pasaraya, tapi susah juga nak cari kadang-kadang. Jadi tempat yang paling senang nak cari ialah dia Padang Besar. Sebab Bilis Tomyam ni adalah produk keluaran Thailand. Tak pasti pulak kenapa orang Malaysia tak buat ni. Maybe sebab ikan bilis sana murah dan besar-besar?

Ikan bilis yang digunakan tu memang besar-besar, digoreng sehingga kembang dan rangup dan rasanya disira gula sedikit. Kemudian dicampur kacang tanah yang besar-besar tu, daun limau purut dan cili kering yang pedasnyaaaaa tak tau nak cakap!! Semua nya digoreng sehingga garing terlebih dahulu - termasuk cili kering dan daun limau purut tu. Jadi sangat rangup tau dan bila makan boleh gigit cili kering tu sikit-sikit untuk dapatkan rasa pedasnya. Walaupun digoreng, tetapi tak berminyak. Harga lebih kurang RM17 untuk sekilo. Jangan risau walaupun produk dari Thailand, tapi kebanyakan penjual adalah orang muslim Thai dari sana.

Makan sambil tengok Tv memang best. Tak pasti pulak orang Thai makan ni sebagai makanan ringan atau sebagai lauk.... hehehehe

20141127_171707eddd


You may also like

27 comments:

Hanis Amanina said...

haaahh, sedap2. pedas2 gitu. pernah beli kat pasar siti khadijah, kelantan :)

hanisamanina.com

zafairMAS_shakleeSITE said...

kudapan tak sampai 5minit boleh habisss ni... heheh

Papaglamz said...

Terbaekkk.....

Glory jane said...

eh, sama ke yg jual kat pangkor dalam botol2 kecil? tapi rasanya manis.

anamizu said...

haah ana pnh mkn yg beli kt pangkor tu je kak hehe

anamizu said...

bawak sebalang dok dpn tv sat ja clear hehe

Umi Nazrah said...

ikut tempat jgk nak mencari bilis tomyam ni. kadang ada, kadang takda

nor nazliana said...

sedapnya eny hihi makan mcm tu pun best

nor nazliana said...

sedapkan..ranggup gitu

nor nazliana said...

hihii betul tuee

nor nazliana said...

hahah tutp 4jari angkat ibu jari terbaikkkk

nor nazliana said...

lain glory yg jual kat pangkor tu..xsama

nor nazliana said...

hihiii ok ja kat pangkor pun

nor nazliana said...

betui tu umi..tp kot padang besar byk la..

azman Arsad said...

nampak sedap

azman Arsad said...

tak pernah rasa

azman Arsad said...

tak pernah jumpa kat johor nih

Farrah MF said...

Rasanya ada rasa tomyamlah ye, Eny?

azman Arsad said...

nampak sedap betul

azman Arsad said...

kudapan yang sedap.. memang cepat habisnya

azman Arsad said...

sangat terbaik

azman Arsad said...

tak sama pun takpe.. asalkan sedap bedal aje

azman Arsad said...

saya tak pernah makan kedua-duanya

azman Arsad said...

kat tempat saya tak pernah jumpa.. hehehehe

azman Arsad said...

nampak memang enak

azman Arsad said...

namanya pun tomyam.. hik hik hik.. takan rasa kari kot..

Queen Contest said...

Tak pernah pula merasanya.. ni buat kudap-kudap sambil tengok tv best jugak.. lepas tu mengalir airmata, menangis kepedasan sebab tergigit cabai :P