Banana Muffin

10:21 am

Hi Morning, Dah breakfast ke?

Kalau ke kedai roti atau bakery kita mesti geram tengok muffin yang besar-besar dan cantik je kembangnya kan. Actually senang je nak buat muffin ni sebab muffin ni bukan lah mcm cupcake kena buat dengan teliti. Muffin cuma perlukan kita campur bahan-bahan, gaul dan siap. Petua nak dapatkan muffin yang moist dan gebu ialah jangan overmix. Sebab bila kita overmix, kita menghilangkan gelembung udara dalam adunan tepung tadi. Gelembung-gelembung udara tu lah yang membantu muffin menjadi moist, lembut dan gebu. Biar je adunan tepung tu nampak lumpy sedikit k. Masukkan dalam acuan muffin bersaiz besar. Masukkan sehingga penuh barulah dapat muffin yang kembang naik ke atas, dan takde lah nampak leper je muffin tu. Buat besar-besar ni dapat jimatkan masa, sekali bakar je, dapat sorang sebiji pun dah kenyang makan. 

DSC_0810

Oversize Banana Muffin (Mufin Pisang Saiz Besar) - Untuk 6 biji mufin

Bahan-bahan: 
1 1/2 cawan tepung naik sendiri -  kalau tak pakai tepung naik sendiri boleh pakai tepung biasa diayak bersama 1 1/2 sudu teh  baking powder, 1 sudu teh baking soda, 1 sudu teh cream of tartar
1/3 Gula Perang - Muffin ni sengaja buat kurang manis, kalau nak manis boleh tambah 3 sudu besar gula biasa
1/3 butter cair / minyak sayur
1 biji telur saiz sederhana
3  biji pisang yang ranum- dihancurkan kasar pakai garfu
1 sudu vanilla essence - saya tak suka pakai esen pisang
1/2 sudu garam

Cara-cara :

Panaskan oven pada suhu 175C

1. Pukul butter cair dan gula sehingga gula sedikit hancur
2. Masuk esen vanila dan telur
3. Masukkan tepung yang dicampur dengan garam ke dalam adunan butter dan telur tadi. Kacau      
    perlahan sehingga adunan bercampur elok dan sebati tetapi jgn overmix!!!
4. Masukkan pisang yang dihancurkan
5. Masukkan adunan muffin ke dalam acuan muffin bersaiz besar dan penuhkan sehingga mencecah
    ke paras penuh acuan. jangan risau adunan muffin ni pekat dan tak akan meleleh ke tepi.
6. Bakar selama 20-30 minit sehingga masak.

DSC_0819



.

You Might Also Like

53 comments

  1. Muffin pisang mgkin lebih senang..tp sy slalu ada masalah dengan kek pisang. Jadi bantat dan x cantik.mgkin trlebih pukul.
    lagi 1,pisang apa yg sedap dibuat muffin?tak semua pisang sesuai kan..

    salam perkenalan


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, thanks sebab sudi datang blog sini. Kek pisang bantat ni selalunya sebab pisang tu sama ada terlebih atau tepung kurang sesuai. Kadang2 pisang tu kena blend terlebih dahulu. Resepi mak saya dia kisar pisang tepung minyak atau butter cair dan gula sekaligus, campurkan sedikit yogurt atau perahan air limau dan bakar. mmg gebu dan lembut jadinya.

      Delete
    2. petua yg berguna ni eny tq yg bertny ya...

      Delete
    3. bantat pun bantat le.. bedal aje

      Delete
  2. Pisang apa yg sesuai klu nak buat muffin. kalau guna pisang emas ok kan. Selalu kek pisang pernah lah buat.. kadang2 jadi elok, kadang kek tak gebu pun. hihi.. Nannti sis share la muffin coklat.. saya suka coklat... nyummy..

    AKU DAN KAMU: Tukar Angin: Jom Ber 'Wide Shawl"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli pisang carvendish kat tesco tu je, kalau pisang emas pun boleh cuma bau dia kurang manis sikit. Kalau dapat pisang berangan mmg sedapppppp dan wangiiiii

      Delete
    2. oooo pisang byk jenis juga kann try n errow

      Delete
  3. Salam..^^..wahh..menjadinya Muffin tu....thanks sharing resepi..

    saya follower 40 kat sini :)

    http://mamanautokou.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mamanautokouu yana follow awk jgk

      Delete
    2. kat sini memang ada banyak resepi

      Delete
  4. the fluffy banana muffin
    lama dah tak baking..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya lagi le,.. resepi kat sini semua suruh orang rumah saya yang cuba

      Delete
    2. bagus la ada isterri yg pandai membuat

      Delete
  5. aduh... terbaca entry muffin sedap lah pulak... perut tengah lapar nii... hhuaaa

    ReplyDelete
  6. gebus betul...!!! sedap mata memandang :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. teknik eny ambik gambar tu yang buatkan nampak sedap

      Delete
  7. gebu gebas sungguhla kak eny buat. nti kalo dah sampai mixer elba ana tu, nk try buatla hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. anamizu beli dgn lazada ka mixer tue

      Delete
    2. nor nazliana : tak beli. dpt menang lucky winner masa kontes haritu kat Lazada hehe

      Delete
  8. wow, oversize banana muffin.. sebiji kenyang dah ni..

    ReplyDelete
  9. tak susah nak buat bila ada ilmu. contoh macam resepi eny ni ^_^

    ReplyDelete
  10. Eny, akak ambil resepi ni ye....nak cuba buat muffin pisang saiz semangat nih.
    Dulu pernah buat muffin pisang + essence mocha...tapi teksturnya padat sangat.
    Thankssss!

    ReplyDelete
  11. wah... bambam sungguh muffin nya....

    ReplyDelete
  12. Eny, tanya sikit ye...
    kenapa muffin dgn cupcake tak sama ek?
    saya ingat bancuhan sama je, cuma saiz je yang beza... haha :P <--nampak sangat tak tau masak

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak salah bertanya.. kongsi kongsi petua

      Delete
  13. wah nampajk besar.. tapi saya makan satu tak cukup rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa azman perut tong kkaaa

      Delete
    2. saiz overweight.. makan heavyweight.. hahahaha

      Delete
  14. muffinn beli jer tapi nak try juga nnt hihii nk kena cari oven nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli muffin kebanyakkannya keras

      Delete
    2. adunan dia xtetapi kot azman hihii

      Delete
  15. muffin dgn kapkek sama ker? apapun sedap asal perasanya banana

    ReplyDelete
  16. Nice sharing kak Eny yang rajin ^___^

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com