Ayam Masak Lemak Cili Padi

/
30 Comments
10:30 am
Ayam masak lemak cili padi atau Gulai Lemak ni senang je cara nak membuatnya. Bahan yang digunakan pun tak banyak. Cuma teknik masak kena betul supaya santan tak pecah dan kuah nampak cantik macam yang saya buat ni ;P.

Oh yee, kena pandai adjust air juga supaya kuaih tak terlalu cair. Kadang-kadang ayam tu akan keluarkan air nya bila dimasak. Kalau kuah cair memang tak lalu nak makan masak lemak kan?

20140131_120823ed

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan :
4-5 ketul ayam
250 ml santan pekat - atau 1 kotak santan - Bahagi 2 bahagian, 1/2 untuk dicampur air. 1/2 dijadikan pati santan pekat
2 helai daun kunyit - dicarik carik
2  biji Kentang dipotong memanjang atau  wedges
1-2 batang Serai diketuk
1/2 Kiub ayam (jika suka)
garam secukupnya
Air secukupnya - dalam 1 cawan setengah ke 2 cawan

Bahan ditumbuk :
1-2 inci kunyit hidup
5-6 biji cili padi merah - supaya warna kuah cantik
2 ulas bawang merah

Cara-cara :

Dalam periuk atau kuali rebus kentang sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan. Buang air rebusan tu.

Dalam periuk yang sama, masukkan bahan tumbuk dan santan yang cair. Kalau pakai santan kotak masukkan setengah kotak dan tambah air secukupnya. Masukkan ayam, daun kunyit dan serai serta kiub ayam. Didihkan sehingga ayam masak dengan api perlahan supaya santan tak pecah.

Setelah ayam masak, masukkan kentang yang direbus setengah masak tadi, dan masak sehingga kentang lembut dan empuk. Rasa garamnya

Akhir sekali tuang santan pekat kedalam masak lemak, masak sekejap dan bolehla tutup api.


You may also like

30 comments:

  1. Hahaha.. Papaglamz komen kat sini.. Sebab xde yg komen.. Duit duit duit duit duit.. Heheehe
    #joking..

    Kak Eny, saya nk request resepi sup bawang putih. Ade ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti akak x sempat nk reply semua komen2 kan.. Sbb byk sgt. Mcm best je wat giveaway cm akak ni.. Nak buat gak la.. Insyallah..

      Delete
    2. best.. kalau papaglamz nak buat juga, saya nak join nanti

      Delete
    3. sat lagi nk p terjah pengomen2 tegar GA kak eny ni hehe
      hangpa semua tungguuuuuu~ :D

      Delete
    4. saya komen kat sini juga.. kasi meriah

      Delete
  2. ok dari segi warnaaa.. luluss..!!! kepekatan.. lulusss..!! ok boleh bukak kedaiii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bukak kedai confirm beratur orang datang

      Delete
  3. Replies
    1. hamboihhhh main lulus-lulus plak GJ no hehe

      Delete
    2. hahhaha syabas berjaya...jom try

      Delete
  4. masak lemak kuning adeh lapaq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lapaq ka anamizu hihiii

      Delete
    2. p mkn lekas sat g gastrikk

      Delete
    3. blog nih memang mengundang kelaporan

      Delete
  5. dah la nk masuk tgh hari dah ni. hurm ok salin resepi sat :D

    ReplyDelete
  6. ni makan dengan sambal belacan, ulam...fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh layannnnnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhhh layannnn ja mataaa

      Delete
    2. sambal belacan.. perghhhhhh memang sedap

      Delete
  7. awesomeeeee memng rajin la eny ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. eny memang rajin dan serba boleh

      Delete
  8. amboi ...wangi hingga ke tmpt akak ni...lemak berkerim ni...

    ReplyDelete
  9. Ni makanan KEGEMARAN dan KEGERAMAN kita.. wajib makan kalau mak kita masak :D

    ReplyDelete
  10. saya ade buat tak letak serai. kunyit saya pakai serbuk kenapa pahit?? maaf lh saya baru belajar masak

    ReplyDelete