Tutorial Doorgift Tissue Pouch

3:07 pm

Tissue pouch ni senang je nak buat. Setaip satu ambil masa lima minit sahaja untuk dijahit. Pastikan dah potong siap siap kain mengikut saiz.

Disini I tunjukkan satu persatu cara jahit tissue pouch untuk doorgift. Kalau nak guna sendiri boleh la letak interfacing dan batting supaya lebih stabil. Untuk doorgift just guna kain cotton saja lah.


Saya guna mesin Global GSM 505 beli kat Lazada. Berbaloi guna mesin ni walaupun susah nak  jahit kain tebal dan bahagian zip.


Buat template macam ni. Saiz tu ikut ukuran tissue yang nak guna. Saya pakai tissue biasa je. Yang 1 cm tepi kiri kanan tu adalah untuk buat lipatan bukaan tisu. yang 4 jalur kena lipat besar sikit untuk bukaan dibahagian bawah. Yang 2 jalur lipat kecik untuk bukaan atas. Saya buat tak sama besar supaya bukaan tissu tu tak ternganga lepas dijahit, jadi saya tindihkan yang lipatan kecil diatas lipatan besar. Pandai-pandailah adjust ok.

Template (sila double check sekalilagi dengan saiz tisu yang akan digunakan) Yang garis putus putus adalah basi jahitan atas dan bawah. Ikut lah nak berapa basi pun tapi less than 1cm lah jagan besar sangat ok nanti tak muat nak masuk tisu. Jumlah panjang adalah 10.5 cm termasuk basi atas dan bawah. Ishh faham ke ni..

Tekap template atas kain dan potong. Potong juga untuk bahagian tali mengikut kepanjangan yang kita nak. Kemudian tanda ikut jalur bahagian bergaris diatas template keatas kain. Itu adalah untuk lipatan nanti

Dah dapat penanda lipatan, lipat lah, sebelah 2 jalur tu lipat dan buat kelim. jadi bahagian berbulu tersorok didalam. Begitu juga sebelah 4 jalur. Jahit kedua belah. Dalam keadaan kain yang terbalik (wrong side) Lipat masuk ke tengah, dan tindihkan yang lipatan kecil dibahagian bawah, dan lipatan besar dibahagian atas.

Adjust tindihan bukaan supaya mata jahitan kedua duanya berada ditengah tengah. Pin dan jahit.


Jahit pula tali. Lipat dua tali dan susup kan di tengah2 atas bukaan. Kemudian jahit yang disebelah lagi. Gunting lebihan kain dan tali


Jahit zig zag supaya kemas dihujungnya... Bolehla diterbalikkan.


Dah siap!!!! 


You Might Also Like

26 comments

  1. wow coolnya tissue pouch tu...

    btw done follow here, follow mine too :) - Noob

    ReplyDelete
  2. tudia aih. masak terer. jahit pon terer kak eny ni rupanya! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang serba boleh eny nih.. saya kagum

      Delete
  3. untungggg sapa hasben die nih... serbe bolehhh

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. teman ni pon idokle pandai nak menjahit hehe

      Delete
  5. wow akak, hebatnya.. shad jeles sangat dengan mereka2 yg fandai menjahit nih..
    and doorgift tissue ni is awesome..

    ReplyDelete
  6. teringat zaman awal2 cousins start kahwin, mak sy and makcik sy memang tolong menolong buat doorgift sendiri. :D haha siap bahagi jumlah utk stiap sorg. nanti masa pegi rumah yg nak kenduri tu, hantar stok :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  7. walaupun mak saya tukang jahit, tp saya tak minat menjahit. suma orang kata saya rugi. tp nak buat camna, dah tak minat. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah la zmn skg ni mcm agak rugi kalo x pndai mnjahit hehe

      Delete
    2. minat hanya akan datang setelah keterujuaan mencuba itu dikecapi

      Delete
  8. Cantiknya. Saya minat DIY tapi yang melibatkan jahit-menjahit ni kurang mahir sikit :)

    ReplyDelete
  9. serba boleh betul eny nih.. masak pandai.. menjahit pun pandai

    ReplyDelete
  10. Serba boleh Eny nie ... Kalau saya serba tak kena ... Huhuhu ...

    ReplyDelete
  11. Cantiknya.. pandai akak jahit.. memang banyak kegunaan mesin jahit ni.. lepas ni boleh buat bisnes dah ^^

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com