Resepi Mudah Kuah Dan Sos Steamboat Yang Sedap

Mesti ramai yang suka makan steamboat kan. Selain mudah disediakan, hidangan steamboat ni selalu dijadikan juadah untuk dimakan ramai-ramai. Jadi bila ada buat family gathering, selain BBQ, steamboat ni ialah hidangan yang popular akan disediakan. Kebanyakan orang sekarang kalau buat steamboat mesti pakai pes tomyam sebab senang guna pes tomyam ni tak pakai sos cicah pun dah sedap selain pes tomyam tu dah tak perlu masuk apa apa bahan dah. Tapi bagi saya sukakan kuah jenis clear tu sebab kuah sup ni lebih puas hirup. Dan mestilah ada sos steamboat yang sedap kalau kita buat kuah sup jenis ni.

Ok gaisss kali ni Kekny nak share resepi sup steamboat dan sos steamboat sedap yang Kekny buat sendiri masa gathering family di Cameron Highland bulan lepas. Sebelum layan gambar steamboat sedap yang Kekny makan kat Nyonya Fern Restaurant ni Cameron Highland boleh baca kat entry SINI



Kalau makan di restoren steamboat, sos ni selain dibuat cicah, jika kita campurkan dalam mangkuk sup tu memang sedap buat hirup. Sos ni juga dikenali sebagai Suki Sauce sebab sebab rasanya menyamai dengan sejenis sos yang dimakan bersama Sukiyaki versi Thai. Malah restoren steamboat kadangkala guna sos suki lah sebagai sos utama steamboat mereka

Ini sos steamboat di Nyonya Fern. Sedap sos dia. 



Ini sos steamboat yang Kekny buat sendiri. Menjadi dan sedap rasa sos ni. Semua orang suka dan makan bertambah. Resepi sos ni tak lah susah mana. Bahan pun senang nak dapat. Cuma daun ketumbar saja tak ada. Tapi ok lah juga tak ada pun sebab takut budak budak mungkin tak suka rasa daun ketumbar ni.


Ini pula sup steamboat Kekny buat. Versi macam ni lah Kekny suka. Kalau kuah tomyam tu dah biasa sangat kan.




Resepi Sup Steamboat 

Bahan-bahan 

3-4 kiub ayam (ikut nak kurangkan pun boleh) - nak guna air rebusan ayam atau tulang pun boleh
5-6 ulas bawang putih diketuk
1 genggam ikan bilis bersih siang tanpa kepala dan perut.
1 ikat daun bawang
2 sudu besar serbuk lada putih
1 sudu besar minyak bijan
2 biji telur dikacau
Air secukupnya

Cara penyediaan 

Masukkan semua bahan bersama separuh air, kecuali lada sulah, minyak bijan dan telur.

Didihkan lama lama (reneh)

Bila dah lama reneh tu, dah keluar bau dan rasa dia, baru tambah air sampai penuh secukupnya, tambah garam, lada sulah dan minyak bijan. Biar sampai mendidih sekali lagi.

Masukkan telur yang dikacau dan kacau terus biar telur tu bertali tali. Selalunya telur masuk semasa kita masukkan bahan steamboat.






Untuk resepi Steamboat pula, boleh tengo video kat bawah ni. 




Post a Comment

4 Comments

  1. aduhai., enaknyer steamboat nih mak., ;p

    ReplyDelete
  2. wah menarik sangat tapi selalu nya jarang sangat buat, terus beli dan makan. huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. sedapnya boleh cuba buat ni :)

    ReplyDelete
  4. Sedakk doh sere kekny aihh .. nnt kakya nak buat jugok la ikut resepi kekny hok ni..

    ReplyDelete