Sajian Melayu Terbaik Di Irama Dining Penang

Semasa kunjungan kami ke Penang sebab nak makan Nasi Kandar Hameediyah di ENTRY ini, kami juga sempat singgah di kafe yang menyajikan Masakan Melayu di Penang. Kalau selalu masakan melayu di jual di restoren biasa seperti restoren nasi campur sebagai contoh tu dah selalu kita makan kan. Tetapi kalau korang ke Kafe Irama Dining feel dia lain hangpa. Nak tau apa yang lain kena baca sampai habis yaa.


Malay Fine Cuisine Irama Dining, Penang

Kami sebenarnya lepas check out dari hotel dah nak balik terus ke Kedah. Tapi pukul 4 am masa di hotel terbaca notifikasi kat instagram blogger Jumie Samsudin suggest untuk makan kat kafe ni. Dan kebetulan kami ke Padang Kota untuk bungkus Pasembor. Check location kafe, ehhh! within waking distance je pun hahahaha.

Lokasi Kafe Irama Dining ni paling mudah nak cari sebab hanya terletak di seberang Jalan Padang Kota sahaja. Ianya didalam Bangunan Chinese Chamber Of Commerce, tingkat 2 ( ada lift naik ke atas). 

Pemandangan dari lobi Chinese Chamber of Commerce dan pintu utama. Lantai nya cantik!!


Bila sampai ke atas melalui lift yang sangat selesa, masuk sahaja ke ruang kafe ni muka kami disambut angin sejuk dari penghawa dingin fuhhh. Dan mata pula disajikan dengan interior decoration restoren ini yang memberi rasa sangat cosy. Highlight siling kayu yang tinggi seperti ada class tersendiri dengan chandeliar yang buatkan restoren ni nampak luas dan mewah


Ada meja yang sesuai untuk group anda. Dari 2 orang, 4 orang atau untuk group ramai boleh pilih meja tepi tingkap besar ni yang nampak sangat selesa.


Kalau rasa nak ambil angin di luar atau bersantai sahaja boleh ke ruangan di tepi veranda kafe ini.



View dari veranda. Seberang jalan ini ialah Padang Kota.


Tingkat paling atas bahagian luar, boleh naik satu tangga kecil di tepi dan korang sampai kat ruang terbuka yang ada ruang makan khas bertirai dan gazebo memang romantik macam ni. Sesuai kalau nak buat candle light dinner untuk sambut anniversary atau birthday yang tersayang.


View dari tingkat paling atas

Sebelum makanan sampai kami disajikan dengan air minuman signature kafe ni. Macam air mint, campur serai, pandan dan ada selasih. Rasa sangat segar, ringan dan tak terlalu berat untuk minum. Free refill ya. Pelayan akan datang ke meja tuang air sekiranya gelas korang kosong. Kurang manis dan sesuai untuk yang jaga kalori.


Konsep hidangan sini ala Melayu, mestilah makan berhidang. Oh lupa nak beritahu alas meja dari kain batik hangpa! Melayu sangat! of course lah cantik dan menepati tema kafe.

Makanan berhidang dalam satu set. Ada nasi dialas daun pisang, lauk utama ikut pilihan dalam menu dan sayuran juga acar, keropok dan telur masin
.

Yang ni Darling Husband punya, nasi, rendang kerang yang sangat sedap, dan sambal kelapa atau macam urap (atau kerabu) serta sambal hijau  dalam mangkuk kecil.


Yang saya pula nasi putih, sambal sotong petai cili padi, kerabu dan acar.


Sambal sotong tu bukan sambal tumis biasa ya. Ianya sambal dari cili padi, warna kehijau hijauan. Memang sedap!

Sebab saya cakap makanan sini sedap kerana ianya bukan macam restoren masakan melayu lain yang sekarang ni banyak guna sos, kicap, dengan rasa manis terlampau dan terlalu berminyak. Sajian yang saya rasa disini memang boleh rasa bahan segar digunakan seperti serai, halia, lengkuas,rempah serta cili. Selain tu harganya juga sangat berpatutan dibandingkan dengan makan di hotel yang kualiti dan kesedapanya agak sama malah mungkin lebih baik!

Penang kafe, malay foods penang, malay cuisine penang, irama dining, lagenda kafe, restoren sedap penang

Kami juga set Ayam Pandan dan Tauhu Goreng. Tauhu tu lembut sangat dan macam ada inti didalam dicicah bersama sos


Ayam Pandan pula my DH suka. Sedap katanya. Tak sama macam ayam pandan ala thai yang digoreng, ayam pandan disini lebih kepada isi ayam dijadikan seperti otak otak dan dibalut daun pandan. Sedappp!


Dan selepas menikmati keenakan makanan dia atas kami dihidangkan pula dengan dessert yang manis secukup rasa, sejuk dan lembut je lalu di tekak. Paling win ni bubur som som dia! Bubur lembut dan lemak. Gula melaka pekat dan manis serta harum kelapa tu!

Satu mangkuk ni cukup untuk makan 2 orang sebab banyak.


Thats all gaisss... kalau yang berada di Utara atau ada perancangan nak kesini boleh la cuba di kafe Irama Dining ni ya.

Irama Dining
2nd Floor, 2, Penang St, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Phone: 012-914 0908

Post a Comment

0 Comments