Sedikit kelapangan pagi ini. Kekny bawa Maktok ke pasar. Nak beli stok bahan basah yang dah habis. Kebiasaanya Kekny memang beli barang basah di pasar sahaja sebab faktor kesegaran dan harga yang jauh lebih murah. Yaa kau pun tahu di pasar ni ramai yang berniaga hasil tanaman sendiri, berniaga produk kampung, sayuran dan buah kampung yang susah kita nak cari di pasaraya. Kau mana dapat beli pucuk putat, pucuk daun letup di pasaraya. Kena juga cari di pasar.  Dapat lah juga menolong menyumbang kepada ekonomi orang tempatan kita. Jom Pi Pasar!

Tapi sebelum membeli belah kita makan dahulu buat bekalan tenaga! Murah makan kat gerai-gerai dalam pasar. Laksa baru RM3, kuih muih RM1, Teh ais RM 1.  Mana nak dapat! Kat pasar sajalah. Jom pi pasar!


Tips Beli Ikan Segar Di Pasar

Korang pernah beli ikan ke tak? Tahu ke nak beli ikan, udang dan sotong ni macam mana? Kau tahu nama ikan? Tak tahu? Ikan siakap kau kenal?

Tak perlu risau kalau ke pasar tu sebab di pasar kau cuma perlu ringankan mulut bertanya. Rajin-rajinlah bertanya penjual. Ikannya naik bila bang? Ikan ni masak apa sedap bang?  hahaha kau tanyalah mesti dapat jawapan punya. Peramah orang orang pasar ni. Itu seronoknya.

Tips Maktok senang je, tekan sikit badan ikan, udang atau sotong tu, kalau pejal tandanya segarlah. Kalau lembik tu kurang segar. Lepas tu cium tangan yang pegang ikan tadi. Bau hanyir sedap tu ikan segar, kalau bau hanyir busuk sangat tu tanda ikan lama dan tak berapa segar. Kalau tak bau langsung, awas, ikan tu dah diletak ubat pengawet tahan lama.  Haa ilmu ke pasar ni bukan semua orang tahu.


Sebenarnya ramai yang kurang berminat nak ke pasar ni. Kotorlah, bau busuk lah macam-macam alasan kau. Tapi pasar sekarang dah bersih bukan macam dahulu. Sekarang ada tempat khas dijadikan tapak pasar. Bersimen, bertar, pihak bandaran akan selalu bersihkan tapak pasar. Jadi kau jangan nak geli-geli sangat. Pi tengok baru tau!

Program Jom Pi Pasar Sekitar Kuala Lumpur

Paling seronok jika ada Program  JOM PI PASAR seperti dianjurkan oleh DBKL dengan kerjasama FAMA Pasar Tani  bagi membantu warga KL membeli barang keperluan dengan harga murah dan barang juga lebih berkualiti tinggi. Program ini telah bermula dari tahun 2017 lagi. 



Selain mendorong warga bandar ke pasar membeli barang keperluan, program JOM PI PASAR ini juga menawarkan insentif kupon belian barang pasar bernilai RM 20 untuk 150 pengunjung terawal yang datang ke pasar-pasar terpilih di sekitar Kuala Lumpur. Ini memang menarik kan. RM 20 tu banyak juga nilainya.

Seronoknya warga KL yang dapat kupon ni hampir setiap minggu, memang dapat jimat dan menampung serba sedikit kos harga barang keperluan sekarang. Dapat jimat serba sedikit tu bagus juga. 




Hasil tangkapan dipasar tadi, udang besar dan ikan gerut saiz besar baru RM 30. Wah kalau dapat kupon RM20, cuma belanja duit poket sendiri RM10 sahajalah. Untung kalau jadi warga KL!!!! 



Harapnya program JOM PI PASAR begini dapat diteruskan dan diperluaskan ke serata negeri bagi membolehkan insentif ini dinikmati oleh semua yang layak. Pihak DBKL teruskan usahamu menggalak warga bandar ke pasar kerana ianya bukan sekadar menawarkan barang pada harga murah, tetapi membantu ekonomi peniaga-peniaga kecil tempatan kita juga.