Daging Masak Hitam Berempah Utara

Masak apa hari ni? Kalau tak ada idea jom la jengah blog Kekny ni cari resepi hehe.

Daging Masak Hitam Berempah style utara ni memang sangat popular di Kedah ni. Lazimnya dihidangkan bersama nasi minyak yang berwarna merah muda (kerana pengunaan sedikit tomato puri) dan selalunya dihidangkan waktu pagi. Hehehe orang Kedah memang makan nasi berlauk waktu pagi. Dihidangkan bersama nasi lemak santan, nasi lemak kuning atau nasi minyak merah jambu. Lauknya selalu selain sambal tumis ikan bilis, ialah ayam masak merah, masak kicap, sambal kerang, dan juga daging masak hitam berempah ni.

P6200753ed

Rasanya berlainan dari masak kicap kerana pengunaan rempah ratus dan cili dan sedang-sedang je pedas dan sedikit manis yang datang dari pengunaan kicap manis tu. Apapun boleh la cuba sebab selain dihidangkan pada hari biasa, lauk ni juga sesuai dihidangkan pada hari raya atau kenduri kendara. 

P6200743ed

Resepi Daging Masak Hitam Berempah

Bahan-bahan 
800 gm daging - dipotong kepingan besar dan tebal.
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar lada hitam serbuk

Bahan rempah
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
3 biji bunga lawang

Bahan kuah
6 -7 sudu besar cili kering - dikisar
2 ulas bawang besar - dikisar
1/4 cawan kicap pekat manis - ikut masin dan manis serta warna kuah
7-8 helai daun kari
2 batang serai - diketuk
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
4 sudu besar minyak masak

Bahan kisar untuk tumis
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara penyediaan  
Daging diperap seketika bersama kicap dan serbuk lada hitam.

Masukkan daging dalam periuk, masukkan bahan rempah dan tuang sedikit air agak mentupi paras daging. Rebus sehingga daging betul betul lembut dan empuk. Tektur daging mestilah empuk dan mudah lerai.

Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumisan. Masukkan cili kisar dan bawang besar kisar bersama daun kari dan serai dan masak sehingga wangi. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Tumis sehingga cili betul-betul masak.

Masukkan daging yang direbus bersama rempah-rempah tadi juga bersama air rebusan (kalau air banyak jangan masuk semua). Masukkan kicap dan masak lagi sehingga kuah agak kering dan pekat. Rasa garam dan gula. Selalunya tak perlu tambah garam sebab kicap dah sedia masin dan manis.

Bila kuah dah pekat bolehlah diangkat dan hidangkan.

Post a Comment

7 Comments

  1. Sedapnya.. makan cengginie je pun best nie

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. makan cengginie je pun best nie

    ReplyDelete
  3. pagi2...orang ganu klate pun makan nasik

    ReplyDelete
  4. Sedapnya daging masak hitam berempah tu!
    Selamat tahun baru 2017 Eny. Senyum-senyum selalu!

    ReplyDelete
  5. Tambah kerisik cm lagi sedap.. pekat..

    ReplyDelete
  6. hmm....mesti sedap ...nak cubalah

    ReplyDelete