Hai semua... Hari ni first masuk office di tahun baru. Cuti 4 hari rasa macam tak cukup. 4 hari masak je keje nya sebab bukan senang nak masak kan untuk suami yang duduk kat Ipoh tu hehe. Hari ni gantung kuali jap hehe. Tapi banyak resepi dan masakan yang nak share yang saya masak masa cuti hari tu. Nak update terus lepas masak, masa tu memang tak sempat la, nak tekan butang ON kat laptop pun tak sempat hehehe...

Buat kek cheese lagi, kali ni pakai biskut Oreo dan semuanya letak dalam gelas dan jar je. Senang! Cepat beku, nak makan pun tak payah susah-susah nak potong hehehe..

DSC04212ed

Resepi yang tak pakai biskut Oreo boleh la Click Sini

Disebabkan biskut Oreo ni agak manis dari biskut Marie, jadi saya dah tak masuk langsung gula dalam lapisan bawah tu dan kurang kan sedikit gula untuk adunan cheese. Kalau suka boleh juga gaul biskut oreo hancur dan cheese tu sekali harung. Tak payah nak lapis lapis hehehe..

Resepi No Bake Cheese Cake Oreo in jar
Bahan-bahan biskut : 
3 bungkus biskut Oreo cream vanilla - hancurkan sekali dengan cream, jadi tak payah pakai butter dah. Simpan 3-4 keping untuk hiasan diatas

Bahan-bahan Adunan Cream Cheese :
250 gm Cream cheese jenama Tartura
200 gm Non-diary Whipping cream
80gm Gula caster  - saya tak suka manis sangat jadi letak 60gm sahaja
2 sudu besar jus lemon
1 ½ tbsp gelatin – dicampur 100 ml air panas dan kacau sehingga sebati dan gelatin larut sepenuhnya.

Cara-cara :  Click Sini untuk tutorial bergambar.

Sejukkan mangkuk pemutar terlebih dahulu dalam peti sejuk bahagian atas selama 10 minit. Keluarkan whipping cream dari peti sejuk dan terus tuang whipping cream dalam mangkuk sejuk tu, dan putar whipping cream sehingga kembang . Masukkan semula bekas whipping cream yang telah dipukul  tadi ke dalam peti sejuk supaya tak cair.

Dalam mangkuk yang berlainan, pukul cream cheese sehingga kembang,
Masukkan gula, jus lemon dan bancuhan gelatin. Pukul lagi sehingga sebati.
Keluarkan adunan whipping cream yang dipukul tadi dari peti sejuk dan masukkkan ke dalam adunan cheese.  Kaup balik dengan spatula sehingga rata atau pukul dengan mixer pada kelajuan paling perlahan sekejap sahaja.

Masukkan adunan biskut Oreo ke dalam gelas, diselang selikan dengan adunan cream cheese.

Buat sehingga penuh gelas dan hiaskan dengan biskut Oreo diatas sekali. Sejukkan selama 2-3 jam sebelum dihidangkan

Selamat mencuba ya.



DSC04223

DSC04214ed