Di Kedah memang banyak gerai Laksa. Laksa yang popular di Kedah adalah Laksa Teluk Kechai yang terletak di Jalan Kuala Kedah. Keistimewaan adalah terletak pada laksa beras homemade dan sambal kelapa yang digandingkan bersama laksa tu.

Tapi sebab saya kurang gemar laksa Teluk Kechai ni, saya cuma order laksam. Sedap juga!. Laksam kat Kedah ni memang kuah dia merah dan tak putih. Tak macam laksam original dari kelantan. Mungkin kerana pengunaan cili kering di dalam kuah tu.

201ed

Mak saya peminat no. 1 Laksa Teluk Kechai. Haruslah dia order laksa! Yang kuning tu lah sambal kelapa.
P1160934ed

Laksam
P1160938ed

Telur kira asing, kena minta telur rebus. Nanti diorang hantar sepiring. Sebiji 50 sen. Kalau rasa mahal, sila bawa sendiri dari rumah hehehe..
P1160929ed

Satu lagi uniknya, laksa disini dihidangkan dengan pulut sambal. Jadi kena minta ya kalau nak pulut sambal. Nanti diorang akan bagi sebekas macam ni. Sebiji 60 sen
P1160928ed

Ini lah pulut sambal. Sambal tu sebenarnya serunding ikan. Sedap sangat!. Kalau berani cubalah masukkan dalam kuah laksa dan makan sekali. Tapi saya tak lalu, saya makan terus macam ni je hehehe.. makan pula berbiji-biji heheh..
P1160942ed

Dan teh ais disini memang terbaik!!!
P1160931ed

Selain laksa, ada jual satay, cendol, ais kacang dan banyak lagi. Harga pun murah. Jumlah perbelanjaan semua sekali untuk 3 orang makan baru RM21.