Pulut Udang ke Pulut Panggang? Di Kedah dipanggil Pulut Udang. Walaupun selalunya kadang-kadang tak ada udang pun di dalamnya hehehe...

Manakala pulut panggang di Kedah merujuk kepada pulut yang dicampur santan kemudian dibungkus 3 segi dan dipanggang. Tak ada inti kelapa di dalam. Kalau nak makan samada cicah kari atau sekadar cicah gula atau susu pekat manis.

Pulut udang yang sedap, pulutnya mesti padat dan sedikit "chewy" selepas dibakar. Macam yang ni agak sedap juga la.

Kalau di Perlis, pulut udang ni dimakan dengan laksa.

Harga sebiji 5 kupang (50 sen)

Pulut panggang