Memulakan sesuatu pendakian dengan mendaki semula setelah jatuh adalah dua perkara berbeza!

Adalah susah mendaki tetapi lebih senang apabila semakin kita jauh tinggalkan bawah semakin kita merasakan betapa hampirnya kita kearah puncak.

Adalah lebih susah jika terjatuh kebawah, melihat dari bawah sisa sisa puncak roboh, rasa pendakian semula amatlah payah. Ya sangat payah.

DSC06812

Saya berharap ramai yang akan memberi pertolongan kepada mangsa banjir. Tolonglah awalaupun sekampit beras, sebotol air mineral water. Tolonglah mereka dengan apa sahaja yang kita ada. 

Saya ke Tesco hari tu, Tesco ada sediakan tempat pengumpulan barang kutipan derma untuk mangsa banjir. Jadi tak salah kan kalau kita beli milo, susu dan beras, beli lah extra sepeket untuk diletakkan di dalam raga yang disediakan Tesco.

Kalau nak lagi senang, kita boleh derma melalui SMS melalui SKMM - Maklumat Lanjut di SINI

Cuma kalau bantuan makanan dan pakaian serta keperluan asas seperti pampers dan tuala wanita tu lebih cepat dirasai mereka saya rasa.



Saya juga harap, selain bantuan keperluan da kewangan, kerajaan dan NGO boleh aturkan bantuan untuk pembersihan / pembaikan rumah dan barang perabut dan mungkin boleh juga sediakan khidmat pembaikan kereta mangsa-mangsa banjir secara percuma.

Bantu lah mereka membina kehidupan mereka semula. Bantulah mereka mendaki semula... walaupun perlahan..