Hi morning....
Baru balik Kedah setelah hampir seminggu di Ipoh. Ada kenduri adik kepada Husband. Banyak auto post je yang saya draft siap siap sebelum bercuti hari tu. Thanks ada yang sudi datang baca dan tinggalkan komen. Nanti saya cuba balas kunjungan yaaa...

sandwich

Breakfast this morning, yang simple je. Sandwich telur. Banyak makan berat-berat masa kenduri, ni back to healthy and clean balik. Hehehe... insafnya kejap je.

Simple je resepi sandwich ni. Telur dipukul dengan sedikit garam dan lada hitam. Masukkan dalam mangkuk kecil (saya pakai micorwave safe bowl for egg). Masukkan dalam microwave selama beberapa minit. Siap telur dadar tanpa minyak untuk sandwich... :)

Masa kenduri hari tu saya volunteer menolong Mak Lang masak lauk pengantin. Buat sotong masak kari pekat resepinya campak-campak sahaja. Dalam sotong tu ada sumbat telur. Telur tu digoreng hancur bersama tauhu lembut yang dihancurkan. Letak sikit serbuk kari.  Tak sempat nak ambil gambar yang dah siap masak. Cuma ada yang belum masak ni sahaja.. hehehe...