Hi semuaaa....

Nak update blog serba salah sebenarnya....

Bila tengok banjir yang semakin teruk di Kelantan, Terengganu, dan Kuala Kangsar Perak, rasa macam kejam je nak upload gambar makanan dan resepi kat blog ni. :-(

Ada diantara mangsa yang terpaksa berlapar sementara menunggu bantuan makanan tiba disebabkan jalanraya terputus terus. :-(

Ada update di facebook, di Parit, Perak air sungai Perak dan mencecah tebing. Parit dan Kg Siputeh (rumah mak mentua) dah tak jauh mana dah. Risau je bila fikirkan.

Apa pun sama-sama kita berharap dan berdoa semoga banjir akan reda dan air surut dengan secepat mungkin. Siapa yang area Parit dan Kuala Kangsar boleh la share update ye..

Sementara banjir nampak tanda-tanda nak pulih ni layan je lah gambar bunga ke kucing ke atau apa sahaja yang share di blog ni. Harap tak ada yang jemu hehehe...

Location : Site - ada yang tanya kenapa letak lokasi Site. Sebab saya banyak buat site visit (construction site) jadi kebanyakan masa kat site, tu yang gambar semua dari site atau lebih tepat dari dalam semak tepi site hahahahaha!
Gear : Sony A290

Bunga rumput
DSC09302ed