Jom Nak Share Tempat Menarik di Istanbul

February 28, 2020

‘If The Earth Were a Single State, Istanbul Would Be its Capital’. Itulah satu ungkapan daripada Napoleon Bonaparte di mana ia membawa maksud, ‘Jika Bumi ini Adalah satu Negara, Istanbul adalah ibu negaranya’. Ini terbukti kerana Istanbul merupakan sebuah bandar yang bijak menyusun dan memelihara sejarahnya sejajar dengan perkembangan teknologi dan zaman yang semakin moden. Seni budaya dan sejarahnya yang saling melengkapi membuatkan Istanbul sebagai bandar yang mampu menarik jutaan pelancong datang bercuti ke sini. Ini boleh dilihat bagai mana mereka masih mampu mengekalkan ciri-ciri binaan bangunan yang masih terpelihara sejak dulu.

Malaysia adalah negara yang tidak terkecuali daripada menyumbang pelancong yang datang ke Istanbul. Ini kerana banyak syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan penerbangan ke Istanbul dengan harga yang murah dan mampu milik. Emirates juga tidak terkecuali sebagai airline pilihan bagi destinasi ke Istanbul. Tawaran penerbangan juga boleh di dapati di laman web Traveloka di mana harga yang ditawarkan adalah lebih berbaloi. Dengan menyediakan ruang seat yang luas dan selesa, makanan yang di hidangkan di dalam flight juga pasti melegakan tekak dan perut hangpa. Di Traveloka, hangpa juga boleh mencari harga book tickets from Kuala Lumpur to Langkawi online jika destinasi di dalam negara menjadi pilihan.

Sekiranya masih ingin bercuti ke Istanbul, sudah pasti hangpa ingin mencari beberapa lokasi menarik yang ditawarkan di Istanbul. Jadi hari ni Kekny nak kongsi beberapa lokasi yang menjadi tumpuan pelancong yang hangpa boleh kunjungi sepanjang bercuti di Istanbul.

Menara Galata


Pernah menjadi bangunan yang tertinggi di Istanbul setelah ia siap dibina pada tahun 1348. Dengan ketinggian 67 meter, menara ini menunjukkan ciri-ciri seni bina pada abad pertengahan. Walaupun bangunan ini telah terbina sejak lebih daripada 500 tahun dahulu, ia masih berdiri megah dan dijaga sehingga kini. Kini di dalam bangunan ini terdapat kafe dan restoran dan terdapat kemudahan seperti lif bagi kemudahan pelancong yang datang.


Muzium Arkeologi Istanbul

Jika hangpa ke Istanbul, jangan lepaskan peluang hangpa untuk berkunjung ke muzium yang terkenal di Istanbul iaitu Muzium Arkeologi Istanbul. Muzium ini telah wujud sejak tahun1472 dan masih berdiri gah di bandar Istanbul. Dengan menggabungkan 3 buah muzium iaitu Muzium Arkeologi, Muzium Timur Purba dan Muzium Kiosk Berjubin, ia menempatkan lebih kurang 1 juta bahan pameran yang datang nya dari pelbagai tamadun dan peradaban di seluruh dunia.


Masjid Suleymaniye



Sebuah masjid yang terbina dibawah pemerintahan oleh Sultan Suleyman The Magnificient pada tahun 1550. Masjid ini menjadi satu tarikan utama bagi pelancong yang beragama islam. Mereka yang datang ke masjid ini kebanyakkannya terpesona dengan keindahan seni bina yang terdapat di dalam dan di luar masjid. 


Topkapi Palace


Merupakan sebuah seni bina istana lama yang dibina oleh Sultan Mehmet pada bad ke-15. Topkapi Palace menjadi satu lokasi tumpuan pelancong bagi mereka yang ingin melihat susun atur dan bahagian di dalam istana. Terdapat 3 bahagian utama di dalam istana ini di mana ruang utamanya digelar sebagai “Harem”, ruang kedua ialah “Second Court” di mana terletaknya The Imperial Council Chamber dan “Third Court” yang menempatkan bilik-bilik peribadi sultan. Jika ke sini, hangpa juga boleh melihat koleksi peninggalan Nasi Muhammad SAW seperti jubah dan pedang yang ditempatkan di dalam “Sacred Safekeeping Room”.

Miniaturk


Seperti yang terdapat di Mini Europe di Belgium, Istanbul juga tidak terlepas daripada menunjukkan keunikan seni bina nya di Miniaturk. Pelbagai model bangunan mini yang dipamerkan di sini. Ianya siap dibina dan dibuka kepada pelancong yang datang pad tahun 2003. Kini, ia menempatkan lebih daripada 100 model bangunan dan 45 daripadanya adalah trademark yang terkenal di Istanbul. Apa yang menarik di sini ialah, hangpa tidak memerlukan tour guide untuk mengetahui sejarah-sejarah bangunan tersebut. Hangpa Cuma perlu memasukkan tiket hangpa ke dalam mesin-mesin yang disediakan bagi mendengar info-info mengenai model yang hangpa inginkan. 


Jadi bagaimana? Hangpa dah buat keputusan tak bila nak melancong ke Istanbul? Jika sudah, jangan lupa untuk mengunjung ke tempat-tempat yang Kekny dah kongsikan ni. Kekny yakin hangpa bakal teruja dengan keindahan seni bina dan panorama yang ada di Istanbul ini. Okay lah, setakat ini sahaja perkongsian Kekny. Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang. Selamat bercuti dan jaga keselamatan hangpa.

You Might Also Like

1 comments

  1. subhanallah sangat cantik pemandangan kat sana T_T

    ReplyDelete