AFB FUN DAY Sedapnya Kambing Bakar BBQ Night

Persahabatan di alam maya ini sememangnya sesuatu yang unik bagi saya kerana walaupun tidak berjumpa dan bersua muka kita dapat masih berupaya untuk memahami, menjiwai hati seseorang, lantas berkongsi pendapat, masalah, suka, duka dan sebagainya. Agak pelik kan sebab belum bersua muka tapi kami percaya sesama sendiri dan berkongsi masalah. Itulah keajaiban silaturahim sesama insan yang Allah kurniakan. Dan setelah sekian lama menjadi blogger, hanya berhubung melalui social media dan whastapp sebagai perantara, AFB akhirnya berjaya juga kumpulkan blogger – blogger dibawah naungannya dalam satu perhimpunan khas yang sangat meriah. Untuk rekod ini ialah kali kedua kami buat Gathering Blogger AFB pada 13 July 2018 - 15 July 2018  ( Dulunya EFG boleh baca disini tentang Gathering Pertama EFG) . Selama 3 hari 2 malam kami rangka pelbagai aktiviti untuk mengeratkan hubungan sesama ahli yang hadir. Disebabkan banyak aktiviti dan gambar Kekny kena buat entry ni secara beberapa bahagian. Dan kita mulai dengan aktiviti pada hari pertama sampai iaitu BBQ Night! AFB Fun Day.

Taj Villa, Ampang homestay

Hari Jumaat 13 July, seawal pagi Kekny dan DH bertolak dari Ipoh, dari rumah mak mentua. Perjalanan Ipoh - KL selama 2 jam. Tapi singgah merata hihi jadi perjalanan yang singkat jadi panjang. Alhamdulillah sampai juga. Punya lah cemburu tengok kawan-kawan lain dan sampai berpeluk cium mesranya. Kami memilih untuk menginap di Hotel Grand Palace sekitar Ampang. Keputusan nak menginap hotel kerana DH yang minta sebab katanya tak berapa selesa tidur ramai. Alasannya dia bukan blogger, kahkahkah. Jadi Kekny terpaksa ikut dia stay di hotel sahaja. Check in hotel tepat pukul 2.30 petang. Pergi cari makan dulu sebab DH dah lapar. Mandi dan rehat sekejap di hotel. Petangnya dalam pukul 5 kami bertolak ke Banglo Taj Villa yang jaraknya hanya 9 km dari hotel. Sempat juga layan live yang mana sampai awal tu buat Groceries Hunting kat Pasaraya NSK. Ala cemburunya. Kekny kau kalau tak sakit lutut ni nak saja aku pun turun padang. Tapi DH awal-awal dah pesan jangan stress kan lutut nanti lagi teruk cedera. Okaylah! Korang nak tengok video live tu di sini Groceries Haunting Part 1 & Groceries Haunting Part 2


Lokasi Taj Villa, Taman Zooview, Kuala Lumpur

Akhirnya tiba juga ke tempat acara berlangsung. Macam tak percaya kau, selama beberapa bulan kami merancang dan merangka, bermula dari mencari tempat. Kekny cari segala di Air BnB lah Booking.com lah. Rezeki Taj Villa ni jga akhirnya. Dan rezeki kami juga sebab villa ni sangatlah awesome!

Dan disaat kaki melangkah masuk ke  Taj Villa, masing-masing dah berendam dalam kolam renang hahahahahah… ye lah mana tahan kan tengok kolam renang air biru. Bukan kata kanak-kanak, mak dan bapa budak pun turut berendam sekali. Kau boleh tengok live di sini

 




Taj Villa, Zooview, Ampang Banglo, Ampang Homestay

Taj Villa, sebuah banglo mewah berkolam renang menjadi pilihan kami untuk perhimpunan blogger AFB kali ini. Review villa in akan menyusul nanti ya di entry yang berlainan. Sesuatu yang hebat perlukan entry yang berlainan hahaha. Memang tepat pilihan kami memilih Banglo yang lengkap dengan kemudahan didalamnya. Kami cuma perlu bawa barang untu dimasak dan sedikt sahaja peralatan. Lain-lain semuanya lengkap tersedia. Penghawa dingin pun sejuk sungguh. Rasa selesa walaupun ramai berhimpun sekali di satu ruang.



Aktiviti Hari Pertama AFB Fun Day BBQ Night & Ice Breaking

Dan rancangan asal kami untuk ber BBQ pada malamnya diteruskan dengan jayanya. Yang lelaki ditugaskan untuk hidupkan api bakar. Yang perempuan akan sediakan bahan BBQ dan perapan. Rewang begitu. Baru meriah kan. Kami ni lagaknya dah macam nak berkenduri kahkahkah

Memerap kambing sambil membawang. Baru sedap katanya. Kambing diperap secukup rasa. Kami terlupa satu benda penting. Blender! kahkahkah. Maka kami perap guna bahan apa ada sahaja lah. Guna sos perap, bawang putih alah kau perap pakai garam pun kalau makan ramai ramai pun sedap juga kahkahkah.


Geng membawang di dapur. Habis semua kami bawangkan eh bukan bawangkan orang, yang kena bawang tu si kambing, si ikan, si ayam dan si udang. Sosej sahaja tak kena bawang sebab sosej dah sedap dimakan begitu sahaja kahkahkah


Kesian blogger dari Penang yang popular Arzmoha berbaju merah berkacamata itu. Dia kena balik awal, tapi kami tak benarkan dia balik selagi api tak jadi bara untuk BBQ. Panik kau. Tips letak minyak masak tu entah last minute dia google kahkahkah tapi menjadi okay!


Yang cekak pinggang tu Blogger Viral katanya Papaglamz Faizal. Dia lah chef, tukang basuh ayam, masak nasi, buat air, tukang kupas bawang. Gila kuasa betul kahkahah. Yang kena buli selalu tu Blogger Sayidah Napisah atau Kakchik atau KC nama komersial beliau.


Kekny beli siap kambing slices ni dari Ipoh. Kambing frozen dan tak ada bau kambing. Sedap rasanya. Kami perap biasa-biasa sahaja guna bawang putih cincang, sos BBQ, sedikit sos tiram dah siap. Begitu juga udang, ikan siakap, ayam dan sos tiram.


Udang ni pulak manis berjus. Habis kau 4kg udang kami pulun. Sedap berselera makan ramai-ramai sambil bersembang.

Udang bakar

Jangan pandang enteng ini sosej ya. Rasanya mengancam dan digemari ramai walau sedikit hangus kahkahkah

BBQ sosej

Bintang malam itu, selain Kekny pastilah Kambing Bakar ni

kambing bakar

Ini air asam untuk ikan siakap bakar menunggu dibelacankan namanya. Sebab minta si Mya belikan belacan tetapi depa beli papadom kahkahkah. Sebab bungkus belacan tu kan bentuknya bulat seakan akan bungkus papadom bulat tu.


Aktiviti sambal makan ialah ice breaking dari Pengetua AFB Mommy Irra dan semua ahli kena beri sedikit ucapan kahkahkah ambik korang. Bergambar dulu sebelum makan dan mencomotkan diri dengan sos kambing kahkahkah


Mommy Irra kata kita kena bagi nampak kolam. Mahai bayar villa ni kahkahkah


Aktiviti lepas makan ialah bertukar-tukar hadiah masing-masing.


Masing-masing teruja dapat hadiah. Kekny pun. Macam dah lama tak dapat hadiah ni, last rasanya masa baru baru kawin dulu saja kahkahkah


Seronok katanya dapat kuali! Eleh..


Dan pukul 1 pagi juga Kekny dan DH balik ke hotel. Masyallah terdampar keletihan. Nak mandi pun tak larat padahal badan bau asap dan kambing kahkahah. Kesian si Tuyu kena demo sikit macam mana Kekny kau terdampar malam tu kah kah kah!


Bersambung AFB FUN DAY nanti dibahagian kedua ya!

Kekny tanya kau jawab  :

Dalam ramai blogger diatas, ada yang kau orang kenal? 

Post a Comment

2 Comments