Jual Kek RM 10 Ribu Sebulan Dengan YouCanDuit

Selain seorang blogger, Kekny ialah seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan membuat kek CAKEENY. Tetapi pada masa yang sama Kekny juga bekerja. Jadi boleh dikatakan perniagaan Kekny ni separuh masa sahajalah. Tapi tahu tak, perniagaan Kekny hanyalah beroperasi dari rumah sahaja. Kekny tak memerlukan premis perniagaan, pekerja bergaji, dan tanggungan kos operasi yang tinggi. Semua ini kerana kita boleh sahaja bermula dari rumah dan menjadikan internet sebagai platform perniagaan kita. Seperti Kekny yang bergantung 98% jualan adalah dari online sahaja! Tak percaya? Haaa tahu tak pendapatan hasil buat kek ni mencecah RM10K sebulan! Itu baru secara part time tau, belum lagi full time. Yes korang juga boleh mencapai angka tersebut jika korang bijak mencari cara nak menjana pendapatan secara online. Bukan sahaja bidang bakery macam Kekny tetapi banyak lagi bidang lain ikut kemahiran dan minat korang. Dua faktor ni kena ada ya selain usaha dan kerajinan. Tapi yang penting korang juga kena join program seperti #YOUCANDUIT anjuran MDEC. Ha nak ke baca tips Jual Kek RM 10 Ribu Sebulan Dengan You Can Duit



Jadi, bila MDEC melancarkan  #YOUCANDUIT, Kekny memang tak lepaskan peluang untuk turut serta dibawah program e-Usahawan. Apa program eUsahawan ni? Haa nanti Kekny explain dibawah. Ianya salah satu program dibawah Projek YOUCANDUIT tu lah.

Bila dah ada kemahiran, minat dan kerajinan, kenalah ada ilmu sikit macammana nak laksanakan semua ni. Sekarang ni ramai yang ingin menjana pendapatan secara online tetapi masih tidak tahu cara menyertai atau bagaimana untuk bermula. Kalau nak tahu nak jana pendapatan online ni tak sesusah mana. Yang mana dah ada perniagaan secara sepenuh masa atau separuh masa sangat mudah nak turut serta. Yang belum ada apa-apa perniagaan atau tidak tahu jenis perniagaan yang diceburi, korang jangan risau. Nanti baca dibawah ye Kekny terangkan.

#YOUCANDUIT Semua pun boleh cari duit!

Yess ini lah program yang boleh bantu korang cari duit! Kalau tengah kerja boleh buat separuh masa. Apa lagi kalau masih belum berkerja boleh buat sepenuh masa dan boleh dijadikan sumber 

pendapatan utama korang. Kat TV dan media pun ada selalu sebut YOU CAN DUIT ! YOU CAN DUIT! tapi Kekny tahu masih ramai tak faham apa maksudnya kan.

Program #YOUCANDUIT adalah satu kempen untuk menjana pendapatan digital oleh MDEC, bagi merakyatkan ekonomi digital Malaysia.

MDEC ni ialah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan dan mewujudkan peluang pendapatan digital.

Fokus utama program ini ialah supaya Teknologi Digital dapat meningkatkan semangat daya saing golongan Golongan Berpendapatan Digital dan memperbaiki kehidupan Malaysia. Ini selaras dengan keadaan semasa Ekonomi Digital yang kini telah menjadi fenomena di seluruh negara yang akan menjana golongan berpendapatan tinggi sekaligus mencipta taraf hidup yang lebih baik. Dan nyata sekali, program eUsahawan dan eRezeki adalah program-program utama menjana pendapatan sampingan secara digital.

Ada dua program ya dibawah #YOUCANDUIT ni iaitu :

eUsahawan – Program ni lah yang Kekny join untuk perniagaan kek. Ianya untuk korang buat perniagaan dan menjadikan online sebagai platform perniagaan. Jadi team #YOUCANDUIT akan train korang cara berniaga melalui online terutamanya dalam membuat pemasaran dan pengiklanan produk di website dan social media. Bagi program eUsahawan pula, pelajar TVET dan usahawan mikro telah diberikan pendedahan dan latihan cara-cara memasarkan produk secara online.

eRezeki – Ini bagi yang tidak minat berniaga, atau tidak ada perniagaan, tetapi hendak mencari pendapatan. Ianya macam satu portal membuat kerja-kerja secara online dari rumah sahaja. Sesuai untuk yang nak cari extra income, graduan yang belum bekerja atau para suri rumah yang ada masa lapang dirumah.

Kerja bukan tak ada, tapi kita tak bijak nak mencari peluang.. sebelum tu kita layan video ni dulu.



Mestilah setiap program yang kita buat ada hala tujunya. Begitu juga dengan program #YOUCANDUIT ini.
MDEC lah pihak dipertanggungjawabkan untuk mengelola #YOUCANDUIT ini  dengan cara memberi maklumat  dan mengadakan roadshow ke 14 negeri di seluruh negara sepanjang tahun 2016 dan 2017.
Pencapaian Program Youcanduit telah memberi peluang kepada sejumlah 143, 354 peserta menjana pendapatan dengan jumlah keseluruhan pendapatan bernilai RM 340.1 juta!

Menjadi eUsahawan Berjaya Melalui #YOUCANDUIT



Nak bergelar usahawan tu bukanlah perkara yang rumit. Kita boleh bermula dengan beroperasi dari rumah sahaja sebagai permulaan dan dengan modal yang tidak terlalu tinggi. Kalau nak tahu sekarang ni banyak peluang usahawan yang diwujudkan melalui online sahaja. Kalau nak tahu apa yang perlu kita ada ialah sedikit kemahiran asas berniaga disamping pengetahuan asas pengunaan internet. Eh betul ke semudah itu?



Apa pula tak betul! Ye dengan adanya program eUsahawan yang disusun oleh MDEC. Pada tahun 2017, MDEC telah melatih lebih 102 ribu orang peserta dan lebih 25 ribu daripada mereka telah menjana pendapatan sampingan. Jumlah jualan yang telah dijana pula adalah lebih RM175 juta. Sejak pelancaran program ini pada tahun 2015 sehingga Disember 2017, lebih 156 ribu peserta telah dilatih dan lebih 44 ribu orang telah berjaya menjana pendapatan sampingan. Jumlah jualan yang dilaporkan adalah lebih RM227 juta!
  1. Program eUsahawan membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan. 
  2. Pendaftaran dan latihan yang disediakan adalah percuma 
  3. eUsahawan telah menambah baik taraf kehidupan ramai rakyat Malaysia sekaligus menjadikan MDEC peneraju peningkatan aktiviti Ekonomi Digital;
  4. Bimbingan serta strategi dalam pengurusan perniagaan agar peserta eUsahawan terus kekal maju dalam perniagaan digital.

Setakat Disember 2017, sebanyak 778 pusat eUsahawan termasuk TVET, IPT, PI1M, PIC, RTC dan UTC telah mengambil bahagian dalam inisiatif ini antaranya;
o UUM 
o UiTM
o UMK
o UniKL
o Kolej Universiti Poly-Tech
o MARA
o Kolej Poly-Tech MARA
o German Malaysian Institute
o Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
o Institut Latihan Perindustrian
o Jabatan Pendidikan Politeknik
o Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
o Koleh Kemahiran Tinggi MARA
o Institut Kemahiran MARA
o Instititut Kemahiran Belia Negara
o Kolej Professional MARA 
o Giatmara

Kursus jangka pendek eUsahawan ini juga telah ditawarkan kepada usahawan kecil tempatan di institusi-institusi TVET yang terpilih di seluruh negara bermula Januari 2016.

Mula beroperasi sejak Julai 2017, portal eUsahawan kini boleh diakses secara dalam talian – terbuka untuk semua rakyat Malaysia dan percuma.
Kelas ilmu keusahawanan dalam talian pertama di Asia Tenggara ini menawarkan latihan dan modul yang sama digunakan di dalam kelas fizikal malah penilaian akan dijalankan di akhir setiap modul beserta sijil.

Usahawan mikro di seluruh negara boleh mendaftar untuk menyertai kursus sambilan eUsahawan melalui https://eusahawan.mdec.my/


Jana Pendapatan Online Melalu E-Rezeki



Ok bagaimana pula bagi korang yang tidak ada perniagaan atau tidak berminat untuk berniaga? Korang juga berpeluang untuk tambah pendapatan secara online melalui eRezeki. Konsep eRezeki ni seperti portal dalam menyediakan pelbagai pekhidmatan berbayar atas talian menggunakan kemahiran dan kepandaian peserta eRezeki. Program ini sebenarnya boleh dinikmati oleh semua pihak. Peserta dan juga syarikat-syarikat yang memerlukan pekerja berkemahiran tertentu yang adakalanya susah hendak cari.

Bagi program eRezeki, pekerja digital yang baru terutamanya golongan B40  dapat mempelajari selok-belok dalam menjalankan perkerjaan atas talian, mendapatkan khidmat nasihat dan latihan di Pusat dan Wakil eRezeki yang berada di sekitar lokasi terpilih di seluruh Malaysia.
Untuk Program eRezeki pula, bagi yang tidak minat berniaga atau menjadi usahawan, korang masih berpeluang untuk menjana pendapatan online ni.

eRezeki merupakan sebuah program di bawah kempen #YOUCANDUIT yang bertujuan memberi peluang kepada rakyat yang berpendapatan rendah termasuk penerima BR1M untuk menjana pendapatan tambahan dengan memanfaatkan teknologi digital dan peluang-peluang pendapatan secara digital. Program ini juga sesuai untuk pelajar universiti, graduan menganggur, pesara, mereka yang diberhentikan kerja atau yang menamatkan kerjaya atas sebab-sebab peribadi.

Tahu tak program eRezeki ni berfungsi macammana? Program eRezeki membuka peluang untuk menjana pendapatan tambahan secara digital melalui kaedah crowdsourcing. Pendaftaran dan latihan yang disediakan adalah percuma dan boleh dilakukan secara online sahaja. Mudah tak perlu pergi latihan diman-mana pun.  Program eRezeki telah menambah baik taraf kehidupan ramai rakyat Malaysia sekaligus menjadikan MDEC peneraju peningkatan aktiviti Ekonomi Digital.

eRezeki antara inisiatif yang dilakukan oleh MDEC agar peserta eRezeki yang cemerlang untuk terus menggandakan pendapatan mereka melalui

Program eRezeki Global High Income (eGHI) bagi peserta eRezeki yang terpilih.
peserta yang layak akan boleh menjana pendapatan secara konsisten dan sepenuh masa melalui sumber digital menerusi kaedah crowdsourcing.

eRezeki adalah langkah strategik di mana penyertaan rakyat terutamanya golongan B40 dan M40 ke dalam platform-platform crowdsourcing, diselia bagi memastikan kapasiti dan kualiti pekerja digital dari Malaysia adalah menepati kehendak industri antarabangsa. Secara langsung, ini akan menjadikan pekerja digital dari Malaysia sebagai pilihan pemain industri dan seterusnya menyumbang kepada penjanaan pendapatan serta membantu kearah mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Paling penting, syarikat-syarikat sediada di Malaysia ni akan mendapat manfaat yang banyak dari program ini.

Mesti ada yang tertanya-tanya apa jenis kerja yang ada di eRrezeki?. Antaranya

  1. Tugasan Digital Mikro (Digital Micro-Task)
  2. Tugasan ringkas seperti Menyemak atau menentusahkan Foto / Imej dan Memasukkan Data. 
  3. Tugasan ini secara umumnya tidak memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan.
  4. Kerja-Kerja Digital (Digital Work)
  5. Kerja / tugasan seperti pengaturcaraan (programming) dan terjemahan. Tugasan ini memerlukan kemahiran khas untuk dilaksanakan. 
  6. Kerja-kerja Bukan Digital (Digitally Enabled)
  7. Kerja / Tugasan seperti perkhidmatan penghantaran, pemasangan, perkhidmatan baik pulih, dan lain-lain tugasan seumpamanya. Tugasan diperoleh secara atas talian tetapi dilaksanakan secara ‘offline’ atau di lokasi yang ditetapkan.


Penglibatan golongan kurang upaya (OKU) dalam program eRezeki

Golongan OKU juga tidak dilupakan dalam program ini. Sebagai usaha untuk meningkatkan penglibatan golongan orang kurang upaya (OKU) di dalam program eRezeki, MDEC telah bekerjasama dengan beberapa pertubuhan seperti Beautiful Gate Foundation for the Disabled, sebuah persatuan khusus untuk golongan OKU yang menyediakan kemudahan tempat tinggal dan pelbagai perkhidmatan berkaitan termasuk latihan kemahiran pekerjaan kepada 900 OKU yang berdaftar di pusat-pusat kemudahan mereka di seluruh negara. Selain itu, Beautiful Gate Foundation for the Disabled juga turut menyediakan sebuah platform atas talian, OKUJobs.com.my yang bertujuan untuk membantu OKU mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian. Setakat ini, lebih dari 4,000 OKU telah berdaftar di dalam platform tersebut.

Penglibatan NGO Wanita dalam program eRezeki

Bagi meningkatkan penglibatan wanita di dalam program eRezeki ini, pihak MDEC telah bekerjasama dengan sebuah platform pekerjaan atas talian, HerPortal (sebelum ini dikenali sebagai Moms4Project) yang bertujuan untuk memudahkan golongan wanita khususnya ibu tunggal atau suri rumah yang memerlukan pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian seperti kerja-kerja online dan digital daripada rumah.

MDEC juga telah berbincang dengan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) bagi mempromosikan program eRezeki kepada ahli-ahli persatuan dan mendedahkan mereka dengan peluang kerjaya digital secara atas talian.

Manfaat Program eRezeki

Lebih 100 ribu rakyat Malaysia telah berdaftar dengan program eRezeki untuk tahun 2017 sahaja, menjadikan jumlah kumulatif dari tahun 2016 sebanyak lebih 270 ribu penyertaan; di mana lebih 60 ribu peserta telah dilatih pada tahun 2017 sahaja melebihi sasaran iaitu 50 ribu peserta dilatih, dan menjadikan jumlah kumulatif peserta yang dilatih dari tahun 2016 sehingga 2017 sebanyak lebih 100 ribu peserta.

Sehingga Disember 2017, lebih 100 Pusat dan Wakil eRezeki telah beroperasi dalam memperluaskan pelaksanaan program eRezeki ke seluruh negara, mencapai sasaran untuk tahun 2017.Pada tahun ini, sebanyak 150 Pusat Internet 1 Malaysia (P1M) akan beroperasi sebagai Wakil eRezeki menjadikan jumlah keseluruhan Pusat dan Wakil eRezeki sebanyak 500 di seluruh negara.

Untuk program dan e-Rezeki pula, pada tahun 2017, setakat bulan Disember lebih 98,580 orang telah dilatih melebihi sasaran MDEC iaitu sebanyak 197%, dan lebih 62,700 orang telah menjana pendapatan tambahan melebihi sasaran iaitu sebanyak 125%. Jumlah pendapatan yang dilaporkan adalah sebanyak RM83.9 juta, juga melebihi sasaran iaitu  RM70 juta. Sejak pelancaran program ini pada tahun 2015, lebih 151 ribu peserta dilatih dan seramai 98,888 orang telah dilaporkan menjana pendapatan tambahan. Jumlah pendapatan tambahan secara kumulatif adalah sebanyak RM112.9 juta; dan sebanyak 346 pusat dan wakil eRezeki telah diwujudkan.

#YOUCANDUIT sangat diterima baik!

Program #YOUCANDUIT ini sangat diterima baik oleh para usahawan muda dan juga golongan yang mencari pendapatan lebih melalui internet. Pertumbuhan ekonomi digital berkembang dengan begitu pesat, hinggakan hampir segala-galanya kini melibatkan penggunaan teknologi. Rakyat Malaysia harus mengubah cara melihat dunia, cara manusia mendidik diri mereka dan cara maklumat disebarkan serta diurus dan bagaimana perniagaan dijalankan pada era ini.

#YOUCANDUIT adalah antara kempen Ekonomi Digital Malaysia dan kini semakin dikenali oleh rakyat Malaysia, dari pelbagai kaum dan umur. Kini, teknologi digital telah mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, bukan semua rakyat Malaysia mendapat peluang atau mempunyai pengetahuan untuk memanfaatkannya, terutama golongan yang kurang pendedahan terhadap IT.

Melalui kempen #YOUCANDUIT, secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat daya saing Golongan Berpendapatan Digital dan memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia yang hidup dalam era “maklumat dihujung jari” melalui program-program eRezeki dan eUsahawan.
Pendapatan tambahan dari ratusan ringgit hingga ribuan ringgit dapat diperolehi oleh peserta #YOUCANDUIT dengan melakukan tugasan dalam eRezeki ini secara sambilan atau memasarkan produk secara online melalui eUsahawan.

Program #YOUCANDUIT ni ialah antara program terbaik antara yang terbaik dalam membantu rakyat Malaysia menjana ekonomi secara digital. Program seperti haruslah dikekalkan untuk generasi masa hadapan.

Kita memerlukan lebih ramai usahawan dan pekerja yang berkemahiran untuk menampung permintaan demi permintaan terhadap barang dan perkhidmatan yang semakin meningkat. Dengan adanya sistem ekonomi digital ini adalah diharapkan dapat mengurangkan serba sedikit kos operasi dan seterusnya menurunkan harga barang di pasaran.

Jadi korang kalau rasa berminat nak jana pendapatan secara digital, korang perlu ambil tahu apa itu #YOUCANDUIT.  Sesiapa sahaja boleh menyertai asalkan ada keinginan untuk berjaya.

Jadi kalau korang dah faham apa maknanya #YOUCANDUIT ni jom lah sertainya sekarang. Nak turut serta dalam program ini mudah sahaja.  Hanya layari ke laman web #YOUCANDUIT di 

Ikuti laman media sosial YOUCANDUIT di:
Facebook: @YouCanDuitMY
Instagram: @youcanduitmy
Hashtag: #youcanduit


Post a Comment

2 Comments

  1. dah lama join erezeki tp x mula2 lagi eny..hihi

    ReplyDelete
  2. tq share eny ... banyak info yg mrs pip dapat thru this entry :))

    ReplyDelete