Sandwich Jejari Ketam Pun Sedap

/
10 Comments
1:54 pm
Sandwich Jejari Ketam atau Crab Sandwich. Sebenarnya dah jemu menghadap makanan raya. Kita kadangkala kufur nikmat, kalau musim sebelum raya, teringin nak makan ketupat, rendang, lemang, lontong dan segalanya. Dah musim raya dan open house ni pula, mula lah jemu makanan semua tu. Biasalah kita ni tekak bila sesuatu benda hari-hari memang agak jemu. Walauapapun jangan sampai dikata kufur dengan nikmat. Bersyukurlah seadanya. Haa bagi yang dah jemu tu boleh cuba sandwich pula minggu ni. Makan nasi dah berat je rasanya badan ni kan dari hari raya nasi dan nasi je. Jomlah pulang ke pangkal jalan dengan bersandwich pula. Dapat turun 100 gram ke 300 gram pun jadilah kan hehehe. 


Korang jangan tak tahu, jejari ketam boleh dibuat sandwich. Dan sedap nya ya ampun. Beli jejari ketam yang berkualiti ye jangan beli jenis murah yang bila kau rebus dia, boleh buat pemadam pensil punya liat macam getah hehehe. Beli ni biar berjenama dan mahal sikit asalkan sedap dan puas hati. 

Rebus dan siat siat je jejari ketam tu dan gaul dengan bahan lain. Aduii sedapnya manis masam pedas berpadu dalam mulut dengan kelembutan ketam tu. Kalau pakai isi ketam betul boleh jugak, tapi Kekny korang ni tak lah rajin bebenor nak kopek isi ketam tambahan ketam mahal musim hujan ni.  Dah jom tengok resepi mudah dan ringkas ni. Sesuai untuk bekal anak-anak ke sekolah juga ye. 

P8143809bred


SANDWICH JEJARI KETAM


Bahan-bahan
4 biji roti bun panjang, dibelah tak putus dibahagian atasnya
10 batang jejari ketam
1 sudu kecil daun ketumbar, dicincang
1 sudu kecil serbuk bawang putih
3 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
½ biji perahan jus lemon
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Daun salad secukupnya


Cara penyediaan

1. Jejari ketam direbus sekejap, dan kemudian dicarik carik isinya

2. Dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul sebati.

3. Lapiskan roti bun dengan daun salad. Letak inti isi ketam di tengahnya. Sedia dihidangkan.



You may also like

10 comments:

  1. Huyoo.. Best nie.. Nanti nak cuba juga..

    ReplyDelete
  2. owh tidak owh tidak.....laparrrr memang nampak menarik boleh cuba untuk makan petang

    ReplyDelete
  3. dapnyeee Kak Eny.. tengok gambar da menjejes ailio ni..

    ReplyDelete
  4. Nanti nak try. Sebab rasa macam senang sangat nak buat ni. Thanks kak.

    ReplyDelete
  5. Mcm ni pun dah sedap dah.. seafood lazat

    ReplyDelete
  6. Kalau pandai masak, bahan yang ada tak banyak pun boleh jadi sedap

    Hehe

    ReplyDelete
  7. Kekny sedapnyaaa... lapar la kekya tgk huhuhu kekny ni kan nak kena babab ni tayang makanan sedap2 tau..

    ReplyDelete
  8. sedapnya kekny, lapar pulak tgk, kekny kejam! hahaha rosak diet, aaaa lantak la diet kene try ni! heeee
    www.syakillaazam.my

    ReplyDelete