Kek Buttercheese Paddle Pop

1:01 pm

Kek buttercheese ni memang menjadi kegilaan customer saya.... sedap sungguh kata depa. Yelah gabungan butter dan cheese diadun dalam kek, walau simple tetap rasanya terpikat. Kek sebegini dah tak perlu krim dan topping. Tapi jika diletak warna pelangi ni memang ramai pulak yang terliur hehehe... Terpulang nak warna asal atau letak warna tetap sedap. Kalau letak warna ni sesuailah buat juadah atas meja atau parti budak-budak kan... Sesuai untuk hidangan raya nanti ...

P5192121ed
Ini letak warna pelangi macam ais krim paddle pop hehehe... memang memikat selera anak anak... Tapi disyorkan guna pewarna yang sedikit mahal harganya sebab yang jenis murah takut merbahaya kepada anak-anak...
P5192113ed
P5192132ed
P5192129ed


Kek Butter Cheese Pelangi

Bahan-bahan :
Untuk acuan 4 segi size atau bulat  9 inci
170 gm mentega - saya pakai SCS
135 gm krim keju - saya pakai jenama Tartura
220 gm gula kastor
5 biji telur
210 gm tepung naik sendiri diayak
1 sudu teh vanila  esen
1/2 sudu teh garam
Pewarna pink, hijau epal, biru dan kuning

Cara penyediaan
Acuan digris dengan mentega dan lapik kertas pengalas kek
Panaskan oven pada suhu 160C atau jika oven jenis tiada kipas, suhu 170C api atas dan bawah

Campur mentega dan krim keju dalam mangkuk pemutar. Putar sehingga sedikit ringan dan kembang

Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar. Putar sehingga betul-betul kembang dan warna butter menjadi putih pucat

Masukkan esen vanila dan garam serta sebiji telur. Putar lagi selama seminit. Masukkan lagi sebiji dan putar lagi selama seminit. Ulang sehingga habis semua telur. Sambung putar lagi sehingga adunan ringan dan gebu.

Perlahankan speed pemutar dan masukkan tepung. Putar sekejap sehingga sebati

Sediakan 4 mangkuk sederhana, masukkan adunan dalam setiap mangkuk sama banyak, dan titiskan pewarna bagi setiap mangkuk dan kacau rata sehingga warna sebati.

Mulakan dengan 2 sudu besar adunan bagi setiap warna semasa membuat belang kek, kemudian diakhiri dengan satu sudu adunan bagi setiap warna dan lapis demi selapis warna tu sehingga adunan habis, lorekkan dalam acuan pakai pisau supaya warna sedikit bercampur

Masukkan kedalam oven dan bakar selama 25-30 minit sehingga cake tester atau pisau dicucuk bersih.

Keluarkan dari oven, guna pisau dan renggangkan bahagian tepi kek dari acuan

Terus telangkupkan acuan atas redai dan tarik acuan keluar. Keluarkan kertas pengalas dan biarkan kek sejuk seketika sebelum diterbalikkan semula.

You Might Also Like

4 comments

  1. sedap ni.. nti boleh try.. mcm kek marble ye..

    ReplyDelete
  2. haaa...kena cuba buat lah yang ni eny...tertarik dah ni

    ReplyDelete
  3. Kenapa cantik sgt kek ni kak eny? 😉

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com