Adsense

Biobax

Jalan-Jalan Cari Makan Di Perak

11:37 am

Hai semua

Nasi Goreng Udang Banjir Tronoh pembuka bicara  selepas bercuti sekian lama... hehehe

P_20160209_100710

Cuti CNY lepas, seperti biasa balik ke Kampung Piandang Lama, Siputeh Perak. Kali ni disebabkan jadual tak berapa pack dengan aktiviti kenduri kendara, maka sempatlah plan nak jalan-jalan cari makan sekitar sini.

Hari sebelum bercuti, saya bertungkus lumus siapkan tempahan kek dan brownies yang diorder. Mana nak siapkan kerja-kerja office lagi sebab saya cuti awal kali ni. Dari hari rabu ke jumaat sampai lah ke pagi sabtu tu, akhirnya semua tempahan siap dihantar. Yang dalam kereta ni yang nak dibawa ke Ipoh dan juga ada few boxes untuk customer Alor Setar.

P_20160206_070808

Usai sampai dan berehat kejap, DH terus ajak ke pasaraya berdekatan untuk beli barang BBQ malam tu... kaki memang dah shaking habis, ye lah 20 minit sebelum tu, baru je habis tekan accelerator minyak selama 4 jam!

Balik dari membeli barang, buat pula persiapan BBQ dan masak sekuali besar pasta ni...

P_20160206_213256

Dan gambar BBQ memang tak larat dah nak ambil sebab time makan BBQ pun mata hampir nak pejam hahahahahahhaha.. Malam tu tidur beberapa kali terjaga akibat kaki cramp.. buka sekali dua, 6-7 kali !!!!

Lobster Murah di Woob2Lobster

P_20160208_212832_1 

Erol, adik ipar, mengajak kami try Woob2Lobster di Sg Siput Perak. Hari tu ada masuk dalam Majalah 3 katanya restoren ni. Dan sememangnya seperti dijangka, restoren viral ni memang ramai sangat orangnya. Jadi kena tunggu dari petang sampai nak masuk Isyak lah nak makan 4 ekor lobster pun hehehe...

Harga lobster mengikut gred dan jenis dari RM 30 ke RM 80. Boleh tengok info lanjut di page mereka Woob2Lobster

Review Woob2Lobster:

Lobster memang murah tetapi cara masakan dan rempah digunakan tidak sesuai dengan hidangan lobster. Terlalu banyak pengunaan daun herba rosemary yang overtake rasa lobster tu. Kalau lobster ni bagi saya mcm ketam, direbus begitu sahaja, dan  curah sos butter atau sos tartar pun sudah begitu sedap... tapi sos yang diberi sudah penuh daun rosemarry,  lobster juga ditabur daun herba rosemary, kentang goreng yang lemau dan sedikit salad, agak kecewa sedikit disitu. Harap diorang boleh tingkatkan resepi yang setanding harga lobsternya. Walaupun murah dari harga pasaran tak semestinya makanan juga harus ala "cheapskate"

Siakap Limau dan Siakap 3 Rasa Restoren D Muruh Lumut

Saya dan DH berkali-kali datang ke sini hahaha.. dan memang kami order 2 jenis lauk ni dan telur dadar dan kadangkala ada sayur. Suka sebab ikan siakapnya segar dan manis je isinya. Masakan kukus dan goreng 3 rasa juga sedap. 
P_20160207_184303


Mee Banjir Udang Tronoh

Restoren ni sebenarnya berdekatan dengan rumah mentua. Terletak di Tronoh, tepi jalan Ipoh-Lumut Highway, bangunan kedai berdekatan Petron.

P_20160209_095139

Mee udangnya sedap juga dan lebih kurang je rasanya dengan mee udang di Taiping. Tak payah pi jauh-jauh nak makan. Tapi restoren ni dibuka awal pagi dan tutup menjelang petang apabila habis udangnya. Tak macam restoren mee udang yang selalunya buka petang ke malam. Saya suka buka awal sebab senang, boleh breakfast sahaja disitu hehehe.. Tak payah tunggu malam baru nak makan. Kadang bila malam semua orang keluar serentak, sesak jadinya. 

P_20160209_101320

Nasi goreng udang  banjir yang saya order... sedapppp!!
P_20160209_100726

You Might Also Like

16 comments

  1. Wah... balik sini ker. Tak kabor pun.

    ReplyDelete
  2. saya suka kalau seafood mcm udang n ketam direbus sahaja tapi jgn overcook sebab manisnya terasa. boleh dimakan dengan sos yg light2 je.kalau baked atau buat masakan lain rasa manis seafood tu dah takde

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa betul tu.. seafood sedap kalau direbus dan dibakar simple.. br x hilang rasa manis tu kan

      Delete
  3. Hantu seafood its me..hahah..sedapnyaaa..terliur

    ReplyDelete
  4. Lobster tu mcm nak try..Harga mampu milik hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg murah dr harga pasarannn... boleh try.. next time nk try suh dia rebus simple je hehehe

      Delete
  5. Aduh eny..sedapnya tengok nasi goreng udang banjir tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedappppppp... raaa x cukuo sepinggan heheh

      Delete
  6. seafood..seafood...my fav akak....yumyum....

    ReplyDelete
  7. tak pernah rasa lobster.. sobbss..sobbsss.. kesiaaaaann kann..!!
    hahahahaha.. :p

    yang Tronoh tu nanti boleh la ajak Pokchik pergi, dah beberapa kali juga lalu situ.. hehehee.. nice review Eny..!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala rasa mcm ketam je ... haaa mee udang tronoh mmg sedapppppp..

      Delete
  8. Memang banjir betul udang dia. Pergi Tronoh, kena cari kedai ni. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la cr nanti k.. mmg sedappp .. ada pelbagai menu lain juga..

      Delete

Adsense

recent posts

Popular Posts

Top Comentator

Kongsi Resepi

Network