Chalet Terapung PPK Merbok, Segantang Garam

10:33 am

Hai semua,

Cuti new year lepas punya cerita. Saya dan DH bawa keluarga pergi memancing di Chalet Terapung PPK Merbok yang terletak di Segantang Garam, Merbok Kedah. Actually dah lama sebenarnya nak ke sini tapi kena tengok schedule masing-masing bila free. Hujung tahun bila semua dah free dan cuti barulah dapat pergi. Tapi nasib tak menyebelahi masa kedatangan kami, ikan tak berapa nak ada kerana DH cakap arusnya kurang. Tak pasti pulak apa kaitan dia hihihi.. Anyway DH la excited nak memancing disini tetapi hasil hari tu cuma lah ikan gelama seekor. Jadi lah kan hehehe..

Review Chalet Terapung PPK Merbok

Pemandangan dari pelantar chalet VIP

P1010477ed

Disini ada chalet terapung dimana penghuni boleh memancing terus dari atas pelantar rumah chalet. Ada banyak juga chalet disini. Harga dari serendah RM 70 ke RM 370 bergantung kepada jenisnya.

Signboard di jalan masuk ke pelantar...
P1010452ed

Menuju ke chalet penginapan... Jangan risau, sangat kukuh dan selamat. Disyorkan memakai kasut flat :p
P1010436ed

P1010448ed

Kami ambil yang paling besar sekali iaitu chalet VIP berharga RM 370 semalam. Boleh menempatkan sehingga 15 orang rasanya. Ada 3 bilik tidur dilengkapi katil queen, lengkap aircond untuk ruang tamu dan semua bilik, dilengkapi sofa yang selesa, meja makan (tapi kerusi tak berapa nak cukup) dan ada tempat untuk BBQ. Hanya ada 1 buah je chalet ni jadi kena booked  awal. Kami booked awal sebulan. Di dapur ada kitchenette, dapur gas memasak, cerek air, peti sejuk, pinggan dan cawan plastik. Yang tak ada cuma periuk dan periuk nasi. Kami memang bawa sendiri dari rumah. Kalau nak buat BBQ jangan lupa bawa arang dan peralatan membakar.

Tak banyak ambil gambar dalam rumah, ni bahagian dapur. Dalam bilik, katil dan tilam sangat selesa, cadar sangat bersih.
    P1010428ed

Kebetulan Mak Su yang tinggal di Sungai Petani jadi jemput sekali datang memeriahkan BBQ malam tu termasuk keluarga Makcik dari Simpang Empat Perlis.. Memang meriah dengan makanan makan sampai kenyanggg!!

 Luas pelantar dia... bahagian ni boleh BBQ.

IMG-20160104-WA0054

BBQ di Chalet Terapung PPK Merbok

Macam biasa bergotong royong menyediakan BBQ..

IMG-20160104-WA0063

Geng lelaki pun nak bergambar :p

IMG-20160104-WA0061

IMG-20160104-WA0057

Chef BBQ malam tu.. adik adik..

IMG-20160104-WA0064 

Menu malam BBQ ada Siakap bakar cicah air asam, Udang Bakar, Ayam Bakar, Ketam dan sotong bakar, sosej dan daging burger juga tak tinggal.. Hidangkan dengan nasi putih, ulam daun selom dan air asam utara serta kerabu tembikai.. memang gandingan terbaik. Cukup simple!

PC310410ed PC310416ed

Air asam orang utara yang sempoi je. Kalau ada lesung batu boleh lenyek cili padi tu sampai pecah. Kalau takda, potong je halus. Gaul dengan air asam atau cuka yang disebatikan dengan belacan. Belacan nak banyak supaya pekat. Tambah bawang besar potong sikit....

PC310413ed

Kerabu tomato ni makcik yang buat... buat macam air asam tadi cuma tambah isi tomato yang dipotong nipis. Orang utara memamg suka makan nasi berulamkan tembikai. Agak pelik bagi DH yang berasal dari Perak hehehe..

PC310414ed

Pemandangan dari hadapan chalet...


P1010469ed

Ulasan Tentang Chalet Terapung PPK Merbok


1. Chalet ni selesa untuk family dan selamat jika bawa anak kecil.

2. Bilik air memuaskan dan bersih cuma harap dapat diperbaiki lagi

3. Air cond bahagian luar kena buka lama baru sejuk hehehe..

4. Rumah VIP ni susah nak pancing di bahagian pelantar sebab didepan pelantar ada rumah terapung lain, jadi ada tali yang dikat untuk mengukuhkan struktur rumah. Jadi DH kena mancing dari tempat lain which is not that convenient la kena angkat barang pancing dia dari chalet penginapan ke tempat pancing. Tak boleh pancing dari pelantar chalet macam chalet lain. Chalet lain depannya tiada rumah terapung.

5. Meja makan harap dapat bagi kerusi yang cukup hehehe..

6. Bunyi yang agak creepy semasa air pasang, bunyi kayu dan tong berlaga sesama sendiri dan chalet agak bergoyang. Walaubagaimanapun kami tak terasa sangat kerana ketika air pasang semua sibuk makan :p


You Might Also Like

6 comments

  1. Perghhh... Cantik. Bagus kalau pi beberapa keluarga duk kat chalet ni. Ala-ala family day gittew

    ReplyDelete
  2. nmpk best laa...tak pernah terjah kedah..

    ReplyDelete
  3. Canteeeeeek. Bestnya kalau dapat pergi!

    ReplyDelete
  4. geram plak tengok udang bakaq tu.

    menyelerakan sungguh.

    ReplyDelete
  5. Nieyl suka gambar yg first tu kak...

    ReplyDelete
  6. Salam en Eny... mintak bg no tlefon pihak chalet boleh tak... teringin jugak nak pi ni.. hehe

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com