Sambal Tumis Udang Versi Masak Pagi Pagi Sebelum Masuk Office

Semua orang tau buat sambal tumis kan, senang je pun. Tapi kadang-kadang kekangan masa tu menyulitkan kita nak masak. Jadi kebanyakan ibu dan suri rumah ni gemar beli sahaja di kedai. Tak salah beli di kedai. Tapi kita tak tahu bahan apa yang digunakan terutamanya kandungan MSG, garam, gula yang tak terkawal. Itu belum masuk bab kebersihan, halal dan banyak lagi. Ditambah pula dengan kos barang makanan yang semakin meningkat. Baik lah kita masak sendiri untuk anak dan suami. Sambil masak boleh selawat supaya rezeki diberkati.

P4262487ed

Nak share resepi sambal tumis udang mesti semua dah tau kan cara membuatnya. Jadi sini saya nak share tips untuk memudahkan kita masak sambal tumis dengan cepat. Kita boleh sediakan penyediaan bahan-bahan semasa weekend. Buat banyak sekaligus.


Penyediaan cili kering kisar –  boleh sediakan banyak sekaligus dan boleh digunakan untuk buat sambal tumis dan asam pedas.

20140425_111140

20140425_113604


1.Cili kering digunting pendek-pendek dan goncang-goncang sedikit supaya keluar bijinya. Kemudian direbus sehingga lembut. Lepas tutup api, biarkan seketika terendam dalam periuk sehingga sejuk. Kemudian tapis menggunakan penapis plastik jarang. Buang lagi semua biji yang keluar semasa rebus tu. Tapis dan basuh cili tu 2-3 kali. Toskan.

2.Kisar cili dengan sedikit air (setakat air cover cili), sedikit garam dan sesudu minyak masak. Kisar sehingga betul-betul halus ye.

3.Masukkan dalam bekas bertutup seperti balang dan simpan dalam peti sejuk. Tahan sehingga 2 minggu.

4.Bila nak guna ambil cedok sahaja dengan sudu bersih.

Penyedian Bawang Kisar (bawang besar), Bawang Merah Kisar Dan Bawang Putih Kisar atau Halia Kisar

1. Bawang dikupas, kemudian bersihkan. 
2. Kisar bersama sedikit air, minyak dan garam. Air jangan banyak sangat
3. Masukkan dalam bekas bertutup rapat

Sambal tumis udang diatas menggunakan bahan bahan yang dah siap kisar dan ada dalam peti ais.

Cara-caranya : 

Untuk sekali masak, saya selalu guna 5 sudu besar cili kisar campur bersama 2 sudu besar bawang besar kisar, 1 sudu besar bawang merah kisar, 1 sudu kecil bawang putih kisar, dan ½ sudu kecil halia kisar. Gaul sebati. Boleh tambah belacan atau sos tiram jika suka. Pandai-pandai lah kita adjust kalau nak pedas ke nak lebih bawang ke cili ke ok.

Panaskan minyak, tumis campuran bahan kisar sehingga naik minyak dan garing.

Masukkan sedikit air jika perlu. Masukkan air asam jawa. Rasakan garam dan gula. Jika nak sedikit manis, tambah sos cili atau sos tomato.

Kemudian masukkan udang atau sotong dan biar masak sekejap. Dah siap!!

Post a Comment

7 Comments

  1. Fuhh sambal udang d pagi hari..dapnyer..arini ank2 mkn ayam masak merah udang grg dan sayur kubis campur sawi..

    ReplyDelete
  2. Tips blend dulu bawang siap-siap tu sha baru nak prektis. Selama ni, bila nak masak baru terkial-kial kupas bawang, hehe

    ReplyDelete
  3. sambai udang besaq ni mmg sedapppp Eny mcm nak ambik ja sekoq dua

    ReplyDelete
  4. yummy enak dimakan setiap hari ^_^*

    ReplyDelete
  5. masuk blog kak eny saya tak dapat nak kata apa2 , perut je yg mampu berkata krukk krukk

    ReplyDelete
  6. mkn pulak dgn nasik lemak....perghhh....sedapnyeeee

    ReplyDelete