Tips Photography | Bokeh

Bokeh

Boleh boleh didefininasikan sebagai satu titik cahaya yang kabur disebabkan oleh fokus yang lari (out of focus).
Contoh shot yang mempunyai bokeh
Lokasi : Masjid Zahir, Alor Setar
P5203025ed

Contoh paling senang, jika anda pakai cermin mata, cuba buka cermin dan lihat pada satu titik cahaya. Jadi bulat kan?

Jika tak pakai cermin mata, cuba larikan anak mata ke tengah (buat mata juling). Fokus mata akan lari, dan cuba tengok pada satu titik cahaya, cahaya tu akan jadi bulat.

 Itulah bokeh.

Bokeh ni imej yang kabur. Eh tapi kenapa pula imej kena kabur. Kalau kita mesti nak imej yang jelas dan terang kan?

Bokeh dalam fotografi bukanlah satu kesilapan atau kecatatan. Bokeh diperlukan untuk menjadikan gambar lebih cantik dan menonjolkan subject utama gambar. 
P5203027ed

Selalunya jika tiada titik cahaya, bokeh menjadi background kabur di belakang subjek, jadi subjek dihadapan akan menjadi lebih menonjol. Contoh gambar di bawah. Gambar dengan bokeh  dari camera phone Sony Xperia Arc dan Sony A290.. Background yang blend dan smooth  pada imej yang terhasil dari Sony A290 lebih menarik kan?
jam loket, pendant watch

Bokeh menjadi lebih menarik dengan kehadiran titik cahaya (point of light) menghasilkan dot dot bulat yang cantik. Apa lagi jika cahayanya berlainan warna...

Cara Mendapatkan Bokeh

Bokeh yang terhasil ni bergantung kepada jenis lens atau kamera kita. Jangan terkejut jika camera handphone juga mampu menghasilkan bokeh. Untuk DSLR, bokeh yang cantik ialah untuk lens yang mempunyai keupayaan untuk membuka bukaan aperture sehingga sebesar f 2 atau f 1.8. Selalunya ialah lens potrait atau lens prime. Jadi kalau nak beli kamera DSLR atau lens nak dapatkan bokeh yang cantik, kena tengok minimum aperture atau f value tu boleh pergi sehingga f 2 atau 1.8.

Jika kamera anda hanyalah kit lens lens zoom (selalu nilai f sehingga 3 dan keatas sahaja) anda masih juga boleh mendapatkan bokeh dengan cara menggunakan fokus zoom. Cuba zoom dan adjust kedudukan jarak camera dan subject secara manual sehinga mendapat background bokeh yang dikehendaki.

Kalau menggunakan kamera digital point and shoot biasa, cuba cari mode Macro atau mode Potrait untuk mendapatkan kesan bokeh yang maksimum. Begitu juga sekiranya menggunakan camera handphone.

Post a Comment

3 Comments

  1. Bokeh ni lawa untuk potertkan Kak Eny? Contohnya.. gambar pengantin baru ke yang berlatar belakangkan hutan..ekeke

    ReplyDelete
  2. sy suka tgk gmbr yg menggunakan teknik bokeh nih....chantek

    ReplyDelete
  3. Jauhkan subjek dgn background pon boleh membantu tambah blur

    ReplyDelete