Ais Krim Pulut Hitam Yang Tak Hitam

1:30 pm

Cuaca di Kedah ni sekarang dah rasa macam kat London. hehehe. Sejuk sangat waktu malam, menjelang pagi, lagi lah sejuk. Pasang kipas lagi sejuk! Pasang aircond boleh beku dibuatnya. Suhu pada waktu siang pula, matahari terik macam biasa, cuma ada angin sejuk bertiup jadi rasa nyaman je. Siang suhu paling tinggi 30C dan malam suhu adakala turun 20C. Selalu kita buka aircond 21C pun dah sejuk kan hehehe

Tapi sejuk sejuk pun tetap nak makan aiskrim. Resepi buat sebab ada lebihan pulut hitam. Asalnya simpan sikit pulut hitam tu nak buat kuih seri muka pulut hitam, tapi busy sangat sejak staff sorang di office berhenti kerja, sebelum ada projek rumah terbengkalai, baik projek seri muka tu postpone ke hari lain hehehe.

Resepi simple je. Kadang-kadang beli aiskrim perasanya sama je. Boring jugak. Nak buat aiskrim sendiri perasa kesukaan takada mesin aiskrim pula hehe..  Jadi olah je lah aiskrim yang sediaada jadi aiskrim buatan sendiri. Sebab pakai aiskrim vanilla je pun. Boleh ganti dengan pelbagai perisa, seperti kacang merah.

P1311850ed2 P1311863ed2 P1311869ed2

Resepi Ais Krim Pulut Hitam

Bahan-bahan :
1/2 cawan pulut hitam - rebus dengan daun pandang sampai lembut dan kembang.. Ambil pulut je dan buang airnya. Sejukkan terlebih dahulu
Aiskrim Perisa Vanilla secukupnya

Cara - cara :
Menggunakan pemutar, putar aiskrim vanilla dan pulut hitam yang telah direbus. Kalau nak pakai senduk kayu pun boleh jugak.
Masukkan dalam bekas plastik dan sejukkan selama 1 hari sebelum dimakan.

P/s : Resepi asal pakai non diary whipping cream. Tapi Ais krim vanilla lebih murah dari whipping cream hehehe





You Might Also Like

9 comments

  1. assalamualaikum eny...walau x hitam tapi sedap...:)

    ReplyDelete
  2. Semudah tu kan? Hehehe. Dah bosan makan ice cream vanilla kosong je. Now ada kelainan sikit dari segi rasa. Good job Kak Eny!

    ReplyDelete
  3. Menarik ni...bole la beli eskrem..lama x mkm eskrem...

    ReplyDelete
  4. saya buat aiskrim guna susu cair.. macam-macam perisa dah saya buat.. hehehehe (bukan saya buat orang rumah buat hik hik hik)

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa. lama tak makan eskrem :)

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Heehe..sejenis daun pandang2 jeling2..

      Delete
  7. Sy cair kalau tgk aiskrim nihh..terutama aiskrim vanila...nyummm2..hehehehe

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com