Hi, good morning, dah breakfast ke?

Tuna Veggies Sandwich ni sesuai sesuai untuk orang berdiet atau nak sediakan untuk bekal kids ke sekolah. Nak sediakan pun tak susah mana. Satu tin isi tuna tu boleh makan 4-5 orang. Jadi jimat jugak kan.

20140201_085414ed

Resepi :

1 tin tuna tin didalam minyak atau air garam (mana-mana pun boleh pakai) cuma ambil isi tuna sahaja. Kalau nak pakai tuna yang dah siap campur dengan mayonis tu pun boleh cuma saya lebih suka pakai yang isi tuna ni sebab rasa dia lebih sedap
1 biji bawang besar di racik halus
1 batang carrot disagat
1/2 batang timun dibuang biji dan di potong halus atau disagat (optional)
Beberapa biji cili padi jika suka
3 Sudu besar mayonis
Sedikit lada hitam dan garam
Sedikit perahan lemon atau limau nipis
Roti sandwich - saya suka pakai Roti Massimo disapu butter dan dibakar jika suka

Cara :
Campur semua bahan-bahan inti dan gaul sebati. Perah sedikit lemon dan siap!! Hidangkan bersama roti sandwich atau boleh juga masuk dalam sandwich maker toaster tu. Boleh juga buat sebagai bahan inti pizza dan bun. Kena makan cepat sebab kandungan sayur dalam tu akan mengeluarkan air jika dibiarkan lama.


20140201_090402ed

20140201_091435ed