DSC04457

Kuih Proton Saga ni sebenarnya adalah Burger Malaaysia . Yang saya tahu nama nya diberi sebab masa mula-mula kuih ini ada orang cipta di Malaysia adalah sama dengan tahun Proton keluarkan kereta pertama Malaysia, iaitu Proton Saga. Logik juga lah kan namanya tu. 

Apa pun adunan kuih dia mcm kuih donut biasa saja cuma tak ada dibentuk cincin dan tak ada coating gula.Sebaliknya dibentuk kan bulat, digoreng kemudian dibelah tak putus dan diletakan inti di tengah-tengahnya. Inti yang original ialah sambal ikan bilis hancur. Cara mak saya buat dulu, ikan bilis digoreng garing, kemudian ditumbuk hancur, kemudian dibuat sambal seperti sambal ikan bilis biasa cuma kurangkan sikit air sebab nak kan kuah sambal yang pekat supaya senang nak masuk inti nanti. Boleh letakkan timun, tomato atau daun salad sekali. Sekarang ada yang pakai sardin dibuat sambal, tuna, jem dan macam-macam lagi. Kalau nak pakai inti Kebab Sandwich yang saya buat semalam pun boleh hehehe....

Oklah resepi untuk kuih donat boleh diambil dari blog Cik Mat Gebu kita. Untuk inti terpulang kepada selera masing-masing k.  

Yang ni versi bergula. Buat bulat bulat kecil je sebab malasssss :D. Tambah sedikit serbuk kulit kayu manis kat dalam gula tu baru sedap!!

DSC04472