Tips Burnt Cheesecake Menjadi Dengan Elok Dan Sedap

Mesti ramai dah cuba buat Basque Burnt Cheesecake kan. Katanya stok cheese di kedai bakeri licin semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas sebab ramai yang mencuba buat kek ni. Dalam pada tu ramai juga yang buat tak menjadi. Katanya ada yang mendap terlalu dalam sangat, ada yang terlebih hitam dan hangus dan ada yang keras dan liat. hahahah! Jom Kekny share Tips Burnt Cheesecake Menjadi Dengan Elok Dan Sedap.



Sebenarnya Basque Burnt Cheesecake ni tak susah mana nak membuatnya. Cuma sedikit kesabaran dan ketelitian di perlukan. Walaupun ada yang katanya guna blender dan air fyer, namun saya percaya jika kita ikut kaedah betul dan tools yang betul kek ni boleh jadi  dessert mewah seperti kita makan kat hotel dan cafe. Bezanya kita yang buat sendiri.

Kalau korang suka makan kek terutama cheesecake, dan korang selalu bakar kek mendap, lembik, hangus dan sebegainya.. yes inilah kek yang korang kena belajar buat!


tips burnt cheesecake, basque burn cheesecake, resepi kek cheese mudah,

tips burnt cheesecake, basque burn cheesecake, resepi kek cheese mudah,

Tips Burnt Cheesecake Menjadi Dengan Elok Dan Sedap

1. Tebal Jangan Nipis

Ketebalan Kek Kek ni sepatutnya tebal dan tak nipis dan sedikit mendap d bahagian tengah. kalau nipis chances nak dapatkan keju yang melting ditengahnya adalah nipis. Bila tebal cheese didalam tak lah mudah masak sepenuhnya. Dan untuk bahagian tengah yang mendap tu kerana bahagian tengah sepatutnya kurang masak sedikit berbanding bahagian tepi. Bahagian kurang masak inilah memberi keistimewaan kepada kek ni. barulah cheesenya tak beku keras macam kuih bengkang (dominos)

2. Krim Cheese Mesti Lembut

Krim Cheese mesti lembut pada suhu bilik. Jadi biaran  lama di luar peti sejuk sebelum memulakan proses pembuatan kek

3. Kalau Nipis Juga?

Cheeseka versi Nipis Jika nak buat versi nipis juga contohnya korang tak ada acuan kecil, maka kena kurangkan masa bakar supaya cheese dalamnya tak overbaked. Jadi biarkan warna diatas perang sahaja jangan terlalu hitam dan gelap ya

4. Guna Bahan Berkualiti

Bahan Berkualiti Guna cream cheese dan whipping cream yang berkualiti tinggi akan memberikan rasa creamy yang sedap pada kek.

5. Tambah Lemon 

Guna 1 sudu besar pati jus lemon untuk memberi rasa sedikit masam dan kurangkan muak cheescake

6. Tapis Adunan Sebelum Dibakar dan Masuk Dalam Loyang

Guna penapis besi yang jarangnya tak berapa halus supaya dapat tapis ketulan adunan yang tidak hancur. Baru kek akan lebih halus teksturenya

7. Biarkan sejuk sebentar dalam oven

Selepas dibakar, jangan terus keluarkan dari oven, tutup suis oven, dan renggangkan pintu oven. Biar kek dalam oven sehingga kek suam suam dan sedikit sejuk.

8. Biar Kek Set Dalam Peti Ais

Selepas kek sejuk sepenuhnya, masukkan kek berserta acuan dalam peti ais dan biar set selama beberapa jam. Ini supaya bahagian cheese yang cair dan kurang masak akan dikeraskan melalui proses penyejukkan. Proses ni juga akan buatkan kek cheese kita kemas dan cantik bila dipotong.

9. Potong Dengan Kemas

Guna pisau biasa untuk potong kek cheese ni tak perlu pisau kek bergerigi yang. Pisau celup dulu air panas dan keringkan dengan tisu. Potong kek guna pisau yang panas tadi. Dengan ini kek akan elok dan kemas dipotong.


tips burnt cheesecake, basque burn cheesecake, resepi kek cheese mudah,



tips burnt cheesecake, basque burn cheesecake, resepi kek cheese mudah,

tips burnt cheesecake, basque burn cheesecake, resepi kek cheese mudah,

Nak resepi ke? Jom check Video kat bawah ni ya.. Yang ni resepinya agak rendah. Resepi dibawah jika nak kek tinggi dan lebih moist, tak kering dan berkrim check resepi di bawah sekali.


Resepi Burnt Cheesecake

Acuan 6 inci bulat kek akan tebal elok dan tak nipis. Jika nak buat acuan besar gandakan ya. 

Bahan Burnt Cheesecake

500gm cheese (lembut pada suhu bilik)
130gm gula caster
4 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar lemon jus
200ml whipping cream
25 gm tepung gandum

Cara Penyedian Burnt Cheesecake

Dalam mangkuk biasa, pukul telur sebati je dengan garfu

Whiping cream dan tepung dikacau sebati, pastikan tiada ketulan tepung

Dalam mixer, Pukul creamcheese, gula sehingga creamcheese kembang berkrim

Masukkan telur dan esen vanilla

Masukkan lemon juice, pukul rata. 

Masukkan campuran whipping cream dan tepung. 

Mix sehingg sebati 

Tapis guna penapis kasar atau penapis besi

Masukkan adunan yang sudah ditapis ke dalam acuan dan bakar pada suhu 200 C selama 40 ke 50 minit. 

Sebelum tutup oven, Goncang acuan pastikan kek masih bergoyang di bahagian tengah, dan jangan sambung bakar, terus tutup suis oven. Jangan overbake nanti jadi bingka pula kek hangpa. 

Biarkan sejuk dalam oven dengan pintu terbuka. 

Dah sejuk, masukkan dalam peti ais. Biarkan set selama 5 ke 6 jam barulah siap sedia dipotong.



Post a Comment

3 Comments

  1. cam nk buat dri hri tu, x buat2

    ReplyDelete
  2. salam sis, hritu saya ada buat yg mini version, tapi texture dkt bahagian tengah kek tu berlubang2/berongga (tak padat) kenapa ye? tq sis <333

    ReplyDelete
    Replies
    1. Too much air bubbles.. sebelum masuk oven hentak sikit loyang 2 ke 3 kali. Nak buat kek apa pun hentak loyang dulu supaya kek tak ada lubang besar ditengah

      Delete