Nasi Carrot Mudah Untuk Hidangan Raya

Salam 26 Ramadhan semua. Mesti sekarang ramai dah mencari cari resepi dan juadah apa lah nak masak pada raya nanti. Kekny percaya kalau bab kuih kuih raya ni hangpa mesti dah siap awai awai kan. Last last dekat nak raya ni semua mesti pakat pening nak rancang menu raya untuk dijamu kepada tetamu selain menu biasa iaitu ketupat, lemang, rendang, lontong dan sebagainya. Dan sebab hangpa dok pening mai nak cadang kan hangpa cuba buat Nasi Carrot Mudah Untuk Hidangan Raya ni untuk juadah raya. Nasi ni macam nasi minyak biasa cuma kita tambah lobak merah atau carrot (karot) untuk lebih cantik nasi dia dan juga berkhasiat. Boh banyak banyak pun tak pa carrot tu sebab dia memberi kemanisan semulajadi kat nasi nanti. Tak payah dah nak tabuq kismis bagai. 


Untuk gu (padanan) nasi karot pula Kekny masak gulai daging kawah. Apa beza gulai daging biasa dengan gulai kawah ni? Selalu gulai kawah ni cayaq cayaq sikit dia punya kuah dan kita tak boh kerisik. Kalau gulai daging biasa kuah pekat sebab kita boh kerisik dalam tu. Gulai kawah juga selalu orang boh batang pisang, pisang muda, umbut kelapa buat rencah tapi Kekny mana nak cari semua tu, I buat daging lah semata. Ish kalau ada rebung pun sedap no. Oh ya sebelum hangpa confuse gulai tu di Kedah ni maksud dia kari ya. Sebab kalau di Perak gulai tu maksud dia macam masak lemak kuning kuning tu. Habaq siap siap satgi ada yang keliru.


Dan seperti biasa orang Kedah kalau masak lauk daging, kami cukup suka gu kan dengan ayaq asam atau sambal belacan. Ni Kekny buat ayaq asam cabai hijau dan belacan, mesin ja malas nak tumbuk, campuq ayam asam goi bagi rata dan masuk gula sikit siap.


Buat sikit la acar timun nenaih ni bagi rasa nasi, gulai daging berlemak, ayaq asam tu semperna lah sikit dengan acar timun nenaih yang manih manih masam ni. Baru meseraaaa.. 


Ha ni nasik carrot masa baru masak dlam kualu vantage Maktok hangpa. Bau dia semerbak tatkala tudung diangkat. Tambah aroma daun pandan tu lagilah...


Oklah hangpa menu ni sekadar cadangan. Hangpa boleh pelbagaikan lauk pauk dia bagi meriah sikit atau nak gu kan dengan lauk rendang hangpa pun sesuai. Resepi check kat bawah yaa..

Resepi Nasi Carrot


Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi (saya pakai basmathi parboiled Jasmeen Pusa Cream) 
5 cawan air
3 batang lobak merak disagat halus
1 sudu besar rempah sup (optional) 
Separuh mentega atau minyak masak biasa 
Garam secukup rasa

Bahan kisar :
2 inci halia
8 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
2 biji bawang besar

Bahan tumis :
3 helai daun oandan disimpul
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga

Cara penyediaan :

Panaskan kuali dan cairkan mentega, tumis bahan tumis sehingga wangi, dan masukkan bahan kisar dan rempah sup. Tumis lagi sampai bahan kisar tu kering airnya dan pecah minyak. 

Masukkan air ikut sukatan dan biar mendidih. 

Masukkan beras dan separuh dari carrot yang disagat dan masak seperti masak nasi macam biasa. 

Bila nasi dah kering, masukkan lagi lebihan carrot tadi dan tutup periuk. Biar sehingga nasi betul kering dan siap.

Nak lebih senang boleh tengok video di You Tube Channel di bawah



Post a Comment

1 Comments

  1. Selamat hari raya kekny!
    Dan-dan rasa lapaq kekny ooi...

    ReplyDelete