Resepi Beriani Ayam Cara Mudah

Kalau dengar Nasi Beriani mesti ramai yang terbayangkan betapa susahnya nak sediakan nasi ini. Ye lah resepinya banyak bahan dan agak rumit dari penyediaan beriani, nasi dan hidangan sampingan seperti lauk dan acar. Tapi kali ni Kekny masak Resepi Nasi Beriani cara mudah. Mudah sangat sebab Kekny guna Rempah Beriani dari MAGGI. Kekny cuma sediakan bawang,beras, ayam dan bahan acar. Mudah sangatkan.

Chicken biryani 2

Kalau nak makan di restoren beriani harga sepinggan mahu cecah RM18 ke RM20. Kalau buat sendiri boleh makan satu keluarga dan kos pun tak banyak mana. Dan nasi ni juga sedap dimakan begitu sahaja atau bersama acar. Dah tak perlu lauk atau kuah sampingan. Asalkan letak garam tu cukup rasa sudah.

Chicken Bryani

Masak dulu ayam bersama tumisan dan rempah beriani Maggi sampai ayam keluarkan airnya dan masak empuk sedikit. Sebab nanti masuk beras, sekejap sahaja nasi tu masak.
  DSC03578ed

Resepi Nasi Beriani Mudah

Bahan-bahan : 

2 cawan beras basmathi - cuci bersih dan rendam 15 minit. Kemudian toskan
2 1/2 cawan air
1 paket Rempah Beriani Maggi
2 helai daun pandan disimpul
Rempah tumis - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang
2 biji tomato dipotong dadu
Minyak sapi atau buttter
Cili hijau jika suka
Daun sup
1/2 ekor ayam dipotong

Bahan kisar dengan sedikit air atau guna sedikit sukatan air diatas :
1 ulas bawang besar
6 ulas bawang putih
1-2 inci halia

Cara penyediaan :

Panaskan minyak sapi atau butter hingga cair. Nak guna minyak biasa boleh juga

Masukkan rempah tumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang dan pelaga bersama daun pandan. Goreng sampai wangi. Kemudian masukan bahan kisar. Tumis sampai garing.

Kemudian masukkan 1 bungkus rempah beriani Maggi. Kacau rata. Masukkan tomato yang dipotong dadu. Masak sampai tomato tu hancur dan jadi paste.

Masukkan ayam dan masak seketika hingga ayam masak.

Masukkan sukatan air dan beras. Masa ni nak pindahkan ke dalam rice cooker pun boleh.

Masak atas api sederhana sampai air kering, bila dah kering, tutup periuk dan kecilkan api paling bawah. Biar nasi masak sepenuhnya sampai betul kering.

Tabur cili hijau dan daun sup di atas nasi dan kacau rata bersama nasi supaya nasi berderai.


Videonya Kekny ada share di Instagram korang boleh check ya.

Post a Comment

2 Comments

  1. Betul...masak sendiri boleh makan ramai-ramai.

    ReplyDelete
  2. Wah memang sedap sekali nampak aromanya cun

    ReplyDelete