Cara Buat Homemade Sour Cream

Disebabkan viral Fruits Pastry Cake telah melanda negara baru-baru ini maka ramai yang mencari apakah itu sour cream. Ini kerana bahan utama dalam kek ini ialah kena guna sour krim. Ada yang pertama kali dengar perkataan sour cream atau krim masam? Dan mesti kau orang tertanya apa fungsi sour cream dalam kek dan boleh kah kita buat homemade sour cream ni sendiri dengan kos murah? 


Sebenarnya sour cream ni ialah lemak susu yang diaktifkan bakteria acid lactic dalamnya supaya menjadi masam. Macam yogurt juga cuma sour cream lebih pekat, kurang berair, lebih peratusan lemak malah lebih sedap. Selalu diletak dalam resepi Kek Keju jenis berkrim seperti New York Cheesecake. Sebab tu rasanya masam-masam. Bukan sebab cheese yang masam tetapi sour cream tersebut memberi rasa masam masam berlemak kepada kek cheese.

Sour cream juga berfungsi seperti buttermilk iaitu menggebukan kek tetapi pada masa yang sama memberi kelembapan yang sangat baik kepada kek. Bila guna sour cream juga kita dapat kurangkan pengunaan mentega didalam resepi kek. Jadi bagi yang berdiet nak kurangkan kalori mentega boleh cari resepi yang guna sour cream ni.

Masalahnya harga sour cream ini sangatlah mahal. Sebekas kecil harganya mencecah berbelas ringgit. Malah susah pula nak cari stok sour cream ni sebab harganya yang mahal, tak banyak kedai barang baking menjual produk ini.

Tapi janga risau, kita juga boleh guna selain dari sour cream untuk menggantikan sour cream

Cara Mudah Buat Homemade Sour Cream

Seperti buttermilk, yang juga boleh dibuat homemade buttermilk dengan mencampurkan susu dan cuka dan dibiarkan susu jadi kental. Begitu juga sour cream. Cuma tak boleh la guna susu kerana susu lebih berair. Jadi bahan utama kau orang kena guna ialah Whipping Cream. Dan bahan lain ialah cuka, sunquick perasa lemon untuk memberi rasa masam.


Masukkan cuka dan sunquick lemon ke dalam cawan. Kacau rata.


Tuang whipping cream. Kau orang akan nampak cream mula membeku saat bergabung dengan cuka dan sunquick lemon


Kacau rata dan dia akan jadi seperti sour cream atau yogurt. Biar matang sekejap dalam 15 minit baru digunakan dalam resepi kek.


Homemade sour cream siap!


Resepi Homemade Sour Cream

Bahan-bahan
1 kotak whipping cream 200 ml
1 sudu besar cuka
2 sudu besar perahan lemon atau bes minuman lemon sunquick
Sudu sukatan metrik untuk baking bukan sudu makan biasa ya.

Cara penyediaan
Campur semua dalam bekas dan kacau rata sehingga pekat. Sukat semula ikut kuantiti nak digunakan untuk resepi. 

Post a Comment

5 Comments

  1. Owh... Senang Je.. Tak try lagi kek viral Tu.. Tunggu lama sikit baru buat kek pula sbb dua minggu berturut buat kek birthday Nak.. Depa pun dh boring.. Nnt nak try kek yg guna sour cream ni plak.

    ReplyDelete
  2. tertanya2 apa kegunaan sour cream ni. ingatkan nak bagi masam masakan. rupanya ada fungsi lain.

    ReplyDelete
  3. Senang kemain buatnya. Lebih best guna sour cream homemade !

    ReplyDelete
  4. kalau saya guna yg perasa orange sunquick ..boleh kan..bkn apa kadang2 bila pi kedai yg ada orange shj botoi kecik :)

    ReplyDelete
  5. kalau pakai yg sanquick perasa orange pun boleh kan

    ReplyDelete