Cara Buat Laksa Beras Sendiri Di Rumah

Sebagai orang utara Kekny memang penggemar laksa. Rata-rata orang utara memang tak boleh menolak laksa. Terutama laksa Kedah dan laksa asam Penang. Dan diutara juga memang ada kedai yang menjual laksa beras yang dibuat sendiri. Homemade laksa disini teksturenya agak kenyal dan padat tetapi lembut. Ada yang memanggil Laksa Chap kerana laksa tersebut disimpul dan setiap satu simpulan dipangil satu chap. Kalau dulu satu chap laksa dijual harga beberapa puluh sen sahaja. Tetapi sekarang kebanyakan laksa chap dijual dalam timbangan kilo. Ada juga dijual bersama kuahnya sekali. Sekilo disini sekarang anggaran harga iala sekitar RM15 ke RM 17 sekilo.


Tips menikmati laksa, kau kena gaul sebati kuah, laksa bersama ulamannya baru sedap!

Dan untuk rekod kali ini Kekny berjaya juga buat homemade laksa beras menggunakan Pensonic Noodle House. Sekarang dah ada noodle maker sendiri senanglah sahaja nak makan laksa beras fresh. Nanti Kekny share resepi kuah asam laksa pula ya.

Teksture laksa yang terhasil. Memang seperti laksa biasa yang kita beli. Perbezaannya ini kita buat sendiri dan lebih terjamin kebersihanya. Rasanya pula lebih sedap!


Kekny guna tepung beras sepenuhnya. Boleh tambah sedikit tepung gandum atau tepung ubi supaya dia tak mudah hancur semasa proses mengadun dan merebus. Air untuk campuran pula kena panas. Tambah sedikit minyak masak dalam1 sudu. Masukkan air sampai tepung dalam mixer tu nampak tak bertepung lagi. Kalau masih berserbuk tepung tambah air lagi. Tapi jangan sampai adunan jadi ketulan besar sebab nanti dia tak keluar. Semua noodle maker ni adunan dia kena masih berserbuk baru dia boleh kaut tepung tu masuk dalam extruder.


Sedap betul laksa homemade!

Nak beli Pensonic Noodle House ni tak ada jual di luar ya, hanya terdapat di website Pensonic E Store sahaja.

Korang beli pakai coupon code Enya5PNM untuk dapat free gift sebuah wooden Kitchen Scale yang cantik. Kalau tak masuk kod tak dapat la free gift hahaha

*FREE GIFT SEMENTARA STOK MASIH ADA SAHAJA

Beli secara online di Pensonic E-store : https://estore.pensonic.com/product/pensonic-noodle-house-pnm-01

Jangan lupa masukkan kod Kekny iaitu Enya5PNM untuk redeem free Kitchen Scale


Resepi Laksa Beras Homemade

Menggunakan Pensonic Noodle  House

25 gm tepung ubi
30gm tepung gandum
Air Panas 70ml
1 sudu teh minyak masak
Tepung beras sehingga penuh cawan

Cara sukatan, dalam cawan sukatan Noodle Maker, masukkan 2 jenis tepung diatas dan selebihnya masukkan tepung beras sehingga paras cawan.

Boleh tengok video dibawah cara buat laksa guna noodle maker Pensonic Noodle House

Resepi Kuah Laksa Assam Penang

Bahan-bahan 

500gm ikan sardin segar, rebus dan ambil isinya dan tumbuk.
1 tin sardin tin. Hancurkan isinya. Kekny pakai brand Adabi sebab kuahnya kuah cili, jadi boleh masuk dalam kuah laksa tu sekali
Asam keping
Bunga kantan
Daun kesum
Garam dan serbuk perasa.

Bahan kisar
2 ulas bawang besar
20 batang atau lebih cili kering rebus tanpa biji
1 inci lengkuas
1 inci Belacan

Bahan ulaman
Daun salad
Cili merah
Bawang merah dihiris nipis
Timun dihiris memanjang
Daun pudina
Hirisan bunga kantan
Limau kasturi
Nenas dipotong kecil
Petis


Cara penyediaan Kuah Laksa

Masukkan bahan kisar, isi ikan, isi ikan sardin, air rebusan ikan. Masukkan daun kesum, asam keping dan bunga kantan. Rebus sehingga sebati, kuahnya wangi dan pekat.




Post a Comment

2 Comments