Mee Hailam Melayu Resepi Untuk Yang Nak Meniaga

Bila musim raya ni, memang post tentang makanan mencapai engagement tertinggi. Ye lah masa ini orang akan sibuk mencari resepi untuk dimasak kepada tetamu. Yang jarang memasak pun akan turut jadi rajin seketika musim raya ni. hehehe. Sebenarnya mee hailam ni banyak kali Kekny share resepinya di blog. Memang resepinya pun sama je lah. Yang berbeza ialah bahan seperti ayam, daging dan bahan sayuran ikut tekak nak letak apa. Macam Resepi Mee Hailam Sedap kekny buat baru-baru ini, memang tak letak sawi sebab raya ni susah nak cari stok sawi hehehe. Tapi Kekny lebihkan jagung, bunga kobs dan lobak merah. Haa Mee Hailam Melayu ni juga terkenal dengan pelbagai isi sayur didalamnya. 

Ok kali ni Kekny nak bagi tips masak mee hailam yang sedap dan tips ni sebenarnya untuk peniaga-peniaga yang meniaga makanan yang ada mee hailam ni sebagai salah satu menu mereka. Minta maaf ya peniaga, memang sekarang susah nak cari mee hailam yang betul-betul sedap dimasak orang melayu kita. Yang ada hanyalah mee hailam versi siam di kedai tomyam yang rasanya hanya manis diletakkan sos semata-mata. Tak ada keunikan rasa tumsan mee yang sedap seperti yang pernah Kekny makan 20 tahun lepas.

Resepi mee hailam melayu, resepi mee hailam sedap, tips masak mee hailam, tips mee kuah sedap, mee daging, mee kuah daging

Mee Hailam Orang Melayu

Mee hailam kalau dikedai orang melayu, ialah mee berkuah kicap hitam, yang pekat, rasa manis dan masin serta selalunya ada banyak sayur diletakkan. Boleh ditambah ayam, daging, udang atau sotong. Adakalanya kita boleh tambah bebola atau kek ikan. Selalunya dulu-dulu mak-mak akan order mee hailam untuk anak-anak sebab kuah mee yang kurang pedas dan kanak-kanak sukakan rasa kicapnya tu.


Kalau dikedai, kuah mee hailam dibuat dari air rebusan daging atau tulang. Bila nak masak, air rebusan akan dimasukkan kedalam kuali sebagai kuah mee. Kemudian baru dimasukkan kicap pekat hitam, sos tiram dan bancuhan tepung jagung sebagai pemekat kuah. Kuahnya tidak boleh terlalu cair dan terlalu pekat.

Tips Mee Hailam Sedap Untuk Peniaga

Guna Bahan Tumis Kisar bukan Potong

Bahan yang dikisar atau ditumbuk lebih memberi rasa yang kuat kepada makanan berbanding bahan yang dipotong. Bahan dikisar dalam resepi mee hailam ialah bawang merah, bawang putih dan halia. Kisar halus dan tumis lama dalam minyak sehingga wangi dan harum. Baru sedapnya turu kepada kuah nanti.

Masa Menumis Mesti Lama

Masa  tumis bahan kisar kena  lama-lama sikit, kemudian masukkan daging atau ayam tu biarkan brown, kejap biar keluar segala perisa ayam dan daging serta bahan tumis pula meresap masuk kedalam isi ayam dan daging, baru sedap. 

Mee Dicelur Dan Dicuci Dahulu

Kebiasaanya di kedai, mee kuning dari plastik terus dicampurkan sekali kedalam kuah. Kuah yang sedap pada awalnya akan berubah jadi masin, berminyak, rasa kapur dari mee dan menjejaskan rasa mee hailam disebabkan mee yang tidak dicuci. Kekny suka celur dulu mee samaada rebus atau rendam air panas mendidih. Kemudian dilalulakan bawah air paip, dicuci segala minyak dan kapur, toskan dalam raga plastik. Bila nak hidang, gaul mee secukup mana nak makan dalam bekas besar bersama kuahnya. Kemudian baru cedok dan hidangkan kedalam pinggan.

DSC06096ed2

Guna Air Rebusan Bukan Air biasa

Untuk kuah mee sedap, guna air rebusan atau stok lebih sedap dan mani rasanya.Sebab tu tulang ayam atau baki kuah sup tidak habis jangan dibuang. Rebus buat stok untuk dimasak mee hailam atau mee bandung. Untuk resepi kali ni Kekny rebus dulu daging bersama halia dan bunjut sup. Air rebusan yang sedap dan rasa berempah digunakan untuk dijadikan kuah mee hailam

DSC06037ed

Resepi Mee Hailam Versi Ayam Klik disini  Mee Hailam &  Mee Hailam Ayam

Goreng Daging Atau Ayam Bersama Bahan Tumis

Ini step penting, lepas masukkan daging, masuk kicap dan sos tiram, masak lama lama daging atau ayam tu bersama bahan tumis dan kicap. Baru rasanya jadi world! 

DSC06049ed

Tambah Bahan Sampingan Lain Supaya Lebih Meriah

Selain guna daging ayam dan lembu, boleh tambah bahan lain seperti fish balls, fish cake, chicken ball atau meat balls sebagai penambah rasa. Sayur pula kena banyak jenis dan guna sayur yang jenis rangup selain guna sawi dan kobis.

DSC06070ed  

RESEPI MEE HAILAM MELAYU

Bahan-bahan 
2 bungkus mee kuning, dicelur dan kemudian basuh sampai hilang kapur dan minyak. Toskan.
800gm  daging atau secukupnya (boleh gantikan dengan ayam)
8-10 sudu besar kicap pekat manis (boleh tambah lagi jika suka)
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar lada putih serbuk (pakai cap Motokar sedap)
Sayur- sayuran ( Kobis bunga, jagung muda, lobak merah, tomato)
Air rebusan daging
2 sudu besar tepung jagung, dibancuh dengan sedikit air.
Garam secukup rasa
Minyak untuk tumis
1 bunjut sup
Halia dihiris secukupnya
Bebola ayam atau ikan secukupnya

Bahan kisar
3 inci halia - 1 ketul sederhana
2 ulas bawang besar
15 ulas bawang putih

Cara penyediaan 

Daging dipotong kecil dan direbus bersama bunjut sup dan halia sehingga empuk. Air rebusan simpan untuk dibuat kuah.

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi dan harum. Masukkan daging rebus. Goreng seketika sehingga daging agak keperangan. Ni untuk seal isi daging supaya nanti daging tak mudah hancur dan masih juicy didalam. Kuah pulak jadi lebih sedap.

Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kacau rata. Masukkan serbuk lada putih serbuk. Tumis lama biar rasa kicap tu meresap dalam dalam daging

Masuk air rebusan dan biar sehingga mendidih. Boleh tambah air biasa jika nak kuah lebih. Dah mendidih baru masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah, dan sayur jenis keras terlebih dahulu. Masukkan sayur lain sehingga habis. Akhir sekali baru  tomato dan tabur daun bawang.

Hidangkan bersama mee yang dicelur.

Untuk Mee Hailam Ayam versi ringkas tapi sedap boleh tengok video di bawah. Jangan lupa subscribe my You Tube Channel


Post a Comment

5 Comments

  1. sedapnya..lama tk buat mee hailam

    ReplyDelete
  2. waaaaahhhhh.. sedapnyer. :)

    ReplyDelete
  3. follow sini.. harap sudi follow blog ejulz jugak :)

    ReplyDelete
  4. Kecur air liur nengok daging tu..

    ReplyDelete
  5. fara cari resepi mee hailam ni... nk try buat resepi kekny hehe

    ReplyDelete