Sardine Sambal Petai!

Ada penggemar petai ke? Mesti ramai yang suka kan. Petai memang sedap jika dibuat ulam, direbus, bakar atau paling sedap dibuat sambal tumis bersama udang, sotong dan sebagainya. Kalau dulu Kekny pernah share resepi Maktok, Kari Daging Petai kat SINI. Kali ini ada kelainan juga. Kekny buat sambal petai dengan sardin. Haaa mesti tak pernah dengar kan Sardin Sambal Petai ni. Sedap ke?


Kekny suka guna sardine Ayam Brand ni sebab rasa dia lebih sedap dan tak mudah hancur. Rasa kuah tomatonya juga sedap berbanding sardine biasa. Guna Sardine Ayam Brand baru sedap. Kualiti dan kebersihan pun tak diragui. Resepi pun mudah saja. Bahan semua ada kat rumah.

DSC04363ed

Dan bila buat resepi Sambal Sardin digabungkan dengan petai, aduuuu memang serasi sekali. Jadi lepas ni kalau ada petai ak perlu nak cari udang ke apa, masak je dengan sardin, mudah dan sedap!

DSC04411ed


Sardin Sambal Petai

Bahan-bahan
1 tin sardin Ayam Brand
Petai secukupnya

Bahan kisar
1 labu bawang besar
8 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering, direbus dahulu
1 inci halia


Cara penyediaan :

Kisar bawang besar, bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar tadi sampai garing dan pecah minyak. Boleh masuk serai diketuk jika suka.
Masukkan sardin. Masak lama sikit, Biar sardin agak garing dikedua belah baru sedap. Boleh tambah tomato dan bawang potong jika suka.
Last sekali masukkan petai dan masak sekejap je baru tutup.

Ok Kekny ada post video di Instagram. Korang boleh follow instagram Kekny untuk update resepi ye.


A post shared by Eny Yusnizar Abdullah (@enyabdullah83) on

Post a Comment

3 Comments

  1. tak terfikir plak boleh guna petai dalam masakan sardin..kreatip kekny ni tau..nnti nak tanya en.suami, kalau lulus boleh cuba..dia tu kalau pelik2,dia tak mo makan...

    ReplyDelete
  2. tak terfikir plak boleh guna petai dalam masakan sardin..kreatip kekny ni tau..nnti nak tanya en.suami, kalau lulus boleh cuba..dia tu kalau pelik2,dia tak mo makan...

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba lagi.. Cam menarik je buh petai dalam sambal sardin nie..

    ReplyDelete