Nak Jana RM20 RIbu sebulan dengan Food Truck. Apa Yang Korang Perlu Tahu?

Loceng sekolah berbunyi, beg galas dicapai dan terus berlari-lari anak ke pintu pagar sekolah. Kelibat ayah masih belum sampai. Lantas berjalanlah ke sebuah trak pickup kecil putih di pinggir pagar sekolah. Atas traknya penuh dengan balang-balang air pelbagai jenis dan warna dipenuhi ais Nampak dingin betul. Telan air liur. Terpandang pula disebelahnya kotak jernih berisi pelbagai jenis buah-buahan dipotong kemas, disusun bertingkat-tingkat atas ketulan-ketulan ais supaya buahnya kekal segar. Sekali lagi telan air liur. Mata ini singgah pula pada bungkusan keropok ikan tergantung di bumbung trak bersama pelbagai jenis kekacang, muruku dan keropok-keropok berwarna warni. Tak boleh jadi, tangan lantas menyeluk poket, ada 20 sen lagi baki duit diberi ayah pagi tadi buat belanja sekolah. Okey, cukuplah kalau nak beli sengkuang calit sepotong!


Begitulah nostalgia zaman sekolah, pasti habis je sekolah, kami meluru ke trak pickup membeli pelbagai jenis makanan dan buah-buahan. Sehingga kini masih ada trak pickup menjual makanan begitu tetapi seiring masa sudah ada nama baru menggantikan trak pickup. 

Maka Bermulanya Era Food Truck Business di Malaysia 

Food Truck nama yang lebih komersial. Food Truck kini bukan lagi trak pickup kecil biasa. Food Truck kini lebih gah, ada penjenamaan sendiri bersama konsep-konsep yang cool dan hipster. Kenapa tidak kan kita cuba perniagaan food truck untuk menjana pendapatan? Perniagaan ini santai dan tak terikat dengan satu tempat. Kau boleh berada dimana-mana sahaja. Di bandar, kampung, karnival, pusat perniagaan, malah dijemput ke event khas. Ianya satu perniagaan yang sangat praktikal untuk diceburi!

Ramai bertanya apa relevennya berniaga dari atas trak ni? Mesti kau tahu lokasi memainkan peranan penting dalam kejayaan sebuah perniagaan makanan. Kalau silap pilih lokasi memang susah nak kekalkan perniagaan tu. Food Truck ialah penyelesaian mudah dan lebih ekonomi berbanding menyewa atau membeli sebuah kedai untuk dijadikan tempat berniaga. Peniaga boleh sentiasa berubah tempat jualan dan tak terhad dan terikat pada satu tempat sahaja. 

Senang Ke Nak Buka Sebuah Food Truck?

Senang ke tak, terpulang pada diri kita. Nak memulakan sesuatu mesti ada ilmu. Bak kata orang, dengan ilmu baru nampak arah jalanya. Kekny juga berminat nak cuba dan ada juga buat research tentang perniagaan food truck ni. Sebenarnya banyak tips ada di website terutama di luar negara dan juga dalam negara yang boleh kita rujuk terutamanya dari segi panduan boleh baca DISINI

Subsidi RM10,000 Sebagai Deposit Pembelian Food Truck!

Modal permulaan mesti ada dan cukup. Modal permulaan untuk memulakan perniagaan, membeli trak, peralatan, dan bahan mentah. Dan pastikan ada modal untuk kita bertahan untuk tempoh sekurangnya 3 bulan pertama. Ini kerana keuntungan hanya akan dirasai untuk bulan ke tiga dan seterusnya.

Kalau tak cukup modal nak beli sebiji Food Truck kau jangan lah menangis tepi pintu sebab ada disediakan subsidi khas. Mungkin ramai tak tahu, Kementerian Wilayah Persekutuan ada menawarkan subsidi RM10,000 bagi menggalakkan program penjaja 'food truck' terutama untuk golongan belia yang berminat. Malah DBKL sendiri sediakan spesifikasi 'food truck', lesen sementara dan tetapkan lokasi operasi. Oh yaaa, untuk pembiayaan subsidi, kita ada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga TEKUN Nasional sebagai agensi pembiayanya. Aduhh nak apa lagi, semuanya disediakan!

Menteri Wilayah Persetuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan kerjasama DBKL juga menyediakan lokasi khusus sementara bagi membolehkan peniaga food truck beroperasi. Harapan besar Ku Nan agar 'food truck' dapat mengatasi masalah penjaja haram dan memperkukuhkan ekonomi Bumiputera.


Food Truck Perlulah Ada Konsep dan Jenama Baru Cool Dan Hipster Habis!

Nak buka Food Truck, kena lah ada konsep dan jenama tersendiri. Kalau boleh cuba cari idea yang kreatif dan agak menonjol (bold). Kita juga boleh ubahsuai konsep dari food truck sedia ada tetapi pastikan tetap ada perbezaan dari segi menu makanan, cara hidangan, pembungkusan dan sebagainya supaya ada identiti food truck kita yang tersendiri.

Konsep contohnya gambar dibawah. Kau mampu bakar pizza atas food truck guna kayu? Kalau pandai cari cara boleh je!


Jenama mestilah STAND OUT habis. Pandai lah kau nak buat macam mana. Masa ni lah nak guna kreativiti kan!


Bawa jenama Food Truck terus ke jalan, terus ke perut dan ke hati!

Betul ke Food Truck ni Boleh Berjaya? 

Kau pernah dengar dan rasa kesedapan Nasi Ayam Kunyit Mat Rock, Masjid Jamek, Kuala Lumpur?. Ini ialah salah satu perniagaan Food Truck Bumiputera yang berjaya di Kuala Lumpur. Lokasi berhampiran Masjid Jamek, depan HSBC Bank.  Mat Rock ialah satu jenama (self branding) dan menu utama yang cukup simple iaitu Nasi Putih dan Ayam Goreng Kunyit bersama sayur kacang panjang, sambal belacan dan kicap! Simple tetapi digilai peminat nasi ayam unik ini.


Hidangan simple dan mudah disediakan tetapi murah dan mengenyangkan!. Satu tips korang boleh ikut untuk perniagaan ini ialah pemilihan menu-menu yang aduhai aduhai.. cair lah nak sebut hahahah.. Aduhh terliur dengan Nasi Ayam Goreng Kunyit Mat Rock ni!


Prosedur Mestilah Betul!

Seperti perniagaan makanan lain, Food Truck juga ada prosedur yang perlu diikuti tetapi jangan risau ada panduan mudah perlu diikuti dan ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Salah satunya ialah Perlesenan. Perlulah ada lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan. Korang hanya perlu ke PBT berdekatan contohnya jika di Kuala Lumpur, DBKL lah yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan lesen penjaja termasuklah lesen Food Truck.  DBKL setakat ini telah mengeluarkan 200 lesen untuk Food Truck dan sasaran DBKL ialah untuk mencapai 1000 lesen menjelang tahun 2020.

Faktor Kebersihan dan Kesihatan juga ditekankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk sesiapa yang menjalankan perniagaan makanan dan katering, diwajibkan mengambil suntikan Typhoid. Selain itu peniaga juga wajib patuhi panduan dan syarat tentang kebersihan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Lawatan ke tapak lokasi akan dijalankan secara berkala bagi memastikan penjaja memenuhi syarat kebersihan.

Lagi Tips Nak Jayakan Food Truck Korang!

Kalau tips  diatas ialah bagaimana nak bermula. Tetapi korang juga kena tahu bagaimana nak menjadi berjaya dalam bidang ini dan mencatat keuntungan yang tinggi. Barulah dapat jana pendapatan RM 20  ribu ke 30 ribu sebulan!

Kena Ada Jiwa Kepada Food Truck!

Pandai masak tu satu bonus, tetapi kau juga perlu ada minat, jiwa dan keinginan untuk perniagaan. Beri fokus 100% dan lakukan yang terbaik. Selalunya orang yang enjoy berniaga akan berjaya kerana dia ikhlas dan gembira dalam apa yang dia buat.

Sentiasa Upgrade Diri

Sentiasa upgrade diri dengan ilmu dan informasi terkini tentang perniagaan Food Truck. Begitu juga dengan menu, cara masakan, bahan mentah dan tetapan harga. Sentiasa belajar dan terus belajar walaupun food truck kita sudah berjaya.

Network

Network sangat penting. Buat Pages, Face ook, Twitter atau Instagram untuk update terkini tentang aktiviti Food Truck korang. Paling penting, update lokasi yang korang pergi, apa menu terbaru atau jika ada buat promosi tertentu. Selain itu dapatkan juga feedback dan review pelanggan untuk memperbaiki kelemahan perniagaan kita supaya servis dan kualiti dapat ditingkatkan.

Ada peluang nak promosikan Food Truck kau ni sebenarnya. Kementrian Wilayah Persekutuan mengadakan Karnival Food Truck Hari Wilayah Persekutuan. Tahun 2018 merupakan penganjuran kali kedua sejak 2017 yang diadakan di KL Sentral. Antara menu  yang diperkenalkan ialah  pakej menu rakyat yang harganya murah. Karnival seperti inilah platform untuk para pemilik Food Truck mempromosikan jenama mereka.

Kekny harap tip-tip Nak Jana RM20 Ribu sebulan dengan Food Truck diatas dapat membantu sesiapa yang berminat menceburi perniagaan Food Truck ini. Banyak info yang boleh dapat jika buat research.


Post a Comment

12 Comments

  1. suka tengok orang berniaga dengan food truck hipstur bagus usaha Kementrian Wilayah Persekutuan moga di perluaskan lagi ke serata negeri

    ReplyDelete
  2. Menarik berniaga konsep ni..mudah bergerak.

    ReplyDelete
  3. food truck makin ramai digilai oleh org ramai

    ReplyDelete
  4. bila ada pelbagai food truck, pilihan nak pilih makan tu pun banyak :))

    ReplyDelete
  5. bila ada pelbagai food truck, pilihan nak pilih makan tu pun banyak :))

    ReplyDelete
  6. bila ada pelbagai food truck, pilihan nak pilih makan tu pun banyak :))

    ReplyDelete
  7. Bagus ada berniaga foodtruck ni, macam2 makanan yang boleh di nikmati... Lebih tersusun dari gerai-tepi jalan

    ReplyDelete
  8. Dah makin meriah Food Truck ni, suka tengok

    ReplyDelete
  9. Tergoda dengan dengan nasi tu kekny....sedapppp

    ReplyDelete
  10. Tergoda dengan nasi tu hmm telan air liur jelah heheh.. cara camni pun ok kan

    ReplyDelete
  11. bestnya ada subsidi food truck kat sana...nak juga area sabah

    ReplyDelete