Kek Kasut CONVERSE

Bila pelanggan minta buatkan kek berbentuk kasut Converse, Kekny terus setuju! Memang dah lama teringin nak cabar diri buat kek berbentuk kasut ni. Dan setelah persetujuan diterima Kekny banyak buat research di Youtube dan Instagram dan tengok tutorial demi tutorial kasut ni. Alhamdulillah hasilnya memuaskan hati. Cuma ada bahagian-bahagian kurang kemas sedikit. Tak apa lah pertama kali buat kan, mana ada terus sempurna kejadianya.


Bahagian topper kasut atas tu dalamnya juga ialah kek yang dipotong berbentuk kasut. Kemudian dibalut dengan fondant.

DSC02359ed

Bahagian kotak kasut berwarna hitam tu ialah kek red velvet 2 lapis berlapis cream cheese frosting.

DSC02352ed

DSC02376ed  
Kalau nak tempah kek pelbagai design boleh Whatsapp 0125360877 atau ke Instagram CAKEENY untuk tengok lebih banyak design kek.

P/s  Nombor telefon ialah untuk tempahan kek sahaja. Saya harap jangan ada yang ambil kesempatan untuk tanya pelbagai resepi kat Whatsapp.

Post a Comment

3 Comments

  1. tak nampak pun yang comot tu kekny! Simple tapi cantik je di mata ni.

    ReplyDelete
  2. Cntiknye cake. Nmpk cm real kasut. Rs nk pakai

    ReplyDelete