Korang Tahu Tak Ketupat Sotong Sedap Rupanya!

March 24, 2018

Betulah kata orang, tak cuba tak tahu, tak merasa tak boleh gambarkan kesedapanya! Dulu Kekny memang pelik tengok sejenis masakan dari Pantai Timur ini iaitu ketupat sotong. Sebab ada versi diletakkan gula dalam kuahnya tertanya tanya apakah rasa sebenar ketupat sotong ni. Dan akhirnya teka teki tu berakhir apabila Kekny ke Restoren Nostalgia Honey Daging Bakar (BACA ENTRI DISINI) tempoh hari dan ada dijual menu ketupat sotong disini. Ketupat Sotong ni sedap rupanya! Tak rugi cuba hari tu  


Satu bekas ni dijual RM 11.00. Sotongnya besar-besar dan puas hati makan. Sotongnya lembut dengan sumbatan lemak lemak pulut yang padat didalam yang seakan akan telur sotong rasanya.

DSC00874ed


Kalau orang Utara nak merasa boleh lah ke Restoren Nostalgia Honey Daging Bakar, ada disusun dalam bekas ni di kaunter pembayaran.

You Might Also Like

1 comments

  1. Memang suka rasa ketupat sotong ni. Rasanya tak sama ikut negeri. Ada buat yang manis sangat, ada yang sedang2 gitu...

    ReplyDelete