Bubur nasi, terung bercili, happy friday!

Salam jumaat, happy friday! Hari ni breakfast bubur nasi dan terung bercili tapi tak pedas mana pun sedaplah buat makan pagi-pagi ni.

Bubur nasi bening rebus dengan sedikit halia. Ada ikan bilis, kacang goreng, daun bawang, kicap, minyak bijan dan lada sulah. Tapi yang sedap tu terung bercili lah hehehe..
DSC09130

Nampak berminyak sikit huhuhu. Sesuai dengan bubur nasi atau nasi panas kosong.
DSC05366  

Resepi Terung Bercili

Bahan-bahan :
2-3 biji terung panjang, potong dadu
1 ulas bawang besar dipotong dadu
1 sudu besar sos tiram
sedikit minyak untuk tumis

Bahan tumbuk kasar
3- biji cili merah
4 biji cili padi jika nak pedas
3 sudu besar udang kering - rendam dulu sekejap
3 ulas bawnag merah
3 ulas bawang putih

Cara penyediaan 

Panaskan minyak, masukkan terung dan goreng sekejap. angkat dan ketepikan

Dalam kuali sama, masukkan pula bahan tumbuk, dan tumis sehingga wangi. Masukkan sedikit sos tiram dan kemudian terung yang digoreng tadi bersama bawang besar. Masukkan garam secukupnya goreng sekejap dan siap!

Post a Comment

3 Comments