Masak apa hari ni? Kalau tak ada idea jom la jengah blog Kekny ni cari resepi hehe.

Daging Masak Hitam Berempah style utara ni memang sangat popular di Kedah ni. Lazimnya dihidangkan bersama nasi minyak yang berwarna merah muda (kerana pengunaan sedikit tomato puri) dan selalunya dihidangkan waktu pagi. Hehehe orang Kedah memang makan nasi berlauk waktu pagi. Dihidangkan bersama nasi lemak santan, nasi lemak kuning atau nasi minyak merah jambu. Lauknya selalu selain sambal tumis ikan bilis, ialah ayam masak merah, masak kicap, sambal kerang, dan juga daging masak hitam berempah ni.

P6200753ed

Rasanya berlainan dari masak kicap kerana pengunaan rempah ratus dan cili dan sedang-sedang je pedas dan sedikit manis yang datang dari pengunaan kicap manis tu. Apapun boleh la cuba sebab selain dihidangkan pada hari biasa, lauk ni juga sesuai dihidangkan pada hari raya atau kenduri kendara. 

P6200743ed

Resepi Daging Masak Hitam Berempah

Bahan-bahan 
800 gm daging - dipotong kepingan besar dan tebal.
1/2 cawan kicap manis
1 sudu besar lada hitam serbuk

Bahan rempah
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
3 biji bunga lawang

Bahan kuah
6 -7 sudu besar cili kering - dikisar
2 ulas bawang besar - dikisar
1/4 cawan kicap pekat manis - ikut masin dan manis serta warna kuah
7-8 helai daun kari
2 batang serai - diketuk
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
4 sudu besar minyak masak

Bahan kisar untuk tumis
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara penyediaan  
Daging diperap seketika bersama kicap dan serbuk lada hitam.

Masukkan daging dalam periuk, masukkan bahan rempah dan tuang sedikit air agak mentupi paras daging. Rebus sehingga daging betul betul lembut dan empuk. Tektur daging mestilah empuk dan mudah lerai.

Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan tumisan. Masukkan cili kisar dan bawang besar kisar bersama daun kari dan serai dan masak sehingga wangi. Kemudian masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Tumis sehingga cili betul-betul masak.

Masukkan daging yang direbus bersama rempah-rempah tadi juga bersama air rebusan (kalau air banyak jangan masuk semua). Masukkan kicap dan masak lagi sehingga kuah agak kering dan pekat. Rasa garam dan gula. Selalunya tak perlu tambah garam sebab kicap dah sedia masin dan manis.

Bila kuah dah pekat bolehlah diangkat dan hidangkan.

Hujan pagi ni. Sedap buat Grill Cheese Sandwich. Hidangkan dengan kacang panggang yang ditumis dengan sedikit butter dan bawang putih. Heaven!

Cara Buat Grill Cheese Sandwich

Cara buat Grill Cheese Sandwich tersangatlah mudah. Letak cheese di antara dua keping roti. Boleh guna cheddar cheese, mozarella, parmesan dan sebagainya. Nak mix pun boleh hahaha.

Dalam kuali panaskan sedikit mentega sehingga cair. Letak roti cheese tadi dan panggang kedua belah roti sehingga warna perang dan cheese didalamnya mencair. Jika perlu tambah butter lagi dalam kuali.

Boleh hidangkan dengan kacang panggang tu.. Pengsan!

P6190615ed P6190599ed P6190607ed
Mesti ramai suka paprik kan. Sedap dihidangkan bersama nasi goreng atau nasi putih. Hidangan ni versatil sebab kita boleh masak dengan apa sahaja dan kemudian boleh campurkan sayuran. Jadi buat lauk paprik semata pun dah cukup dengan khasiat. Tak payah masak lauk lain banyak-banyak hehe.. 

Sesuai sebenarnya lauk begini untuk ibu yang berkerja. Paprik ni teknik dia ialah kita perlu tau sos apa yang orang Thai selalu guna. Selalu campuran pelbagai jenis sos yang dicampur dengan serbuk cili khas thai. Tapi boleh je pakai cili kering biasa atau pakai serbuk cili yang dijual di psaraya. Janji ada rasa pedas tu hehe.. Jom tengok resepi paprik sotong kekny yang mudah

PB185645ed PB185635ed

Resepi Paprik Sotong

Bahan-bahan

1 mangkuk sotong dipotong kecil - kekny pakai sotong arus yang besar dipotong

Bahan sos - digaul sekali
2-3 sudu besar sos cili - nak dapat rasa manis sikit
1-2 sudu besar sos tiram
Halia dan bawang putih dicincang
1 sudu kecil lada hitam/putih yang serbuk
1 sudu kecil garam
1-2 sudu besar serbuk cili thai atau serbuk cili kasar (chilli flakes)

Bahan-bahan lain 
4 biji cilipadi merah thai - ketuk dulu
2 ulas bawang putih - diketuk
3 ulas bawang merah - dihiris nipis
3 inci halia di hiris nipis
Daun limau purut - jika suka. saya tak letak sebab tak berapa suka
Daun sup dipotong kasar
1 biji Bawang besar - dibelah lapan
Boleh tambah sayur seperti kacang panjang, buncis, kobis, kobis bunga dan sebagainya
Sedikit minyak untuk tumis

Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga wangi. Masukkan sotong yang diperap. Masukkan sotong. Goreng sekejap. Tuang sos yang telah dibancuh dan masukkan juga daun limau purut. Jangan masukkan air sebab sotong akan keluarkan airnya.

Masukkan sayuran jika suka. Goreng sekejap sahaja. Tutup api dan tabur daun sup atau daun bawang diatasnya.

Untuk paprik sotong sebelum ni boleh KLIK SINI
Untuk resepi Paprik Ayam, KLIK SINI
Hai semua, ada yang pergi MAHA 2016 ke hari tu? Wah memang best kan. Sememangnya MAHA 2016 kali ni mencatat jumlah pengunjung yang luar biasa mencecah 3.7 juta pengunjung sehingga membanjiri tapak ekspo.

Kekny suka MAHA ni sebab industri makanan di Malaysia ni perlu dikembangkan lagi. Rasanya negara kita belum cukup mengeluarkan produk asas tani dan makanan. Jadi nak tak nak kita terpaksa mengimport sebahagian keperluan makanan negara dari luar. Jadi dengan adanya MAHA harap lebih banyak industri makanan akan dibangunkan.



MAHA 2016 yang bertempat di MAEPS Serdang berlangsung 11 hari bermula 1 Disember  2016 - 11 Disember 2016 bertemakan konsep Our Food, our Future. 

Pengunjung yang membanjiri MAHA 2016. Memang ramai kan. Katanya berebut-rebut sebab nak tengok apa yang menarik di MAHA. Mestilah semuanya menarik belaka. Produk yang dijual pun pada harga diskaun dan lebih murah dari biasa.





Jutaan tahniah diucapkan kepada pengajur MAHA 2016 dan semoga MAHA 2018 2 tahun lagi akan mencapai tahap kejayaan lebih daripada tahun ini. Sekalung tahniah!
Salah satu makanan kegemaran Kekny masa kecil ialah Jagung Kelapa ni. Tak ada nama spesifik bagi juadah ni, di utara. Kami cuma panggil Jagung guai nyok - maksudnya jagung gaul kelapa. Memang sedap tau jagung kelapa ni, lebih sedap dari sweet corn in cup tu hehehe.. Dulu-dulu arwah tok Kekny kalau ada rebus jagung, untuk dia dan arwah tokwan, diorang yang sudah tak ada gigi nak makan jagung, buat macam ni lah, senang nak makan.. Kekny pun tumpang sekali. Jagung tongkol pun bedal, jagung ni bedal sekali hihi... Seda rasa lemak manis masin tu, kombinasi yang mantap.

PB115590ed

Hidangan ni sesuai makan waktu petang atau waktu pagi. Jagung tu kena panas-panas, baru sebati gula dan kelapa tu nanti. Kalau dah sejuk tak sedap.

PB115613ed

Resepi Jagung Kelapa

Bahan-bahan 
3-4 tongkol jagung, direbus bersama sedikit garam
1 cawan kelapa parut putih, kalau guna kelapa yang tak berapa tua lebih sedap.
1 sudu gula besar - ikut nak manis mana
Sedikit garam 

Cara penyediaan
Pisahkan isi jagung dari tongkolnya menggunakan pisau.

Dalam bekas, campur jagung dan semua bahan lain. Gaul sebati. Gula dan garam ikut lah nak lebih atau kurang, 

Sedia dihidangkan,

Dah nak dekat hujung tahun ni, kan best kalau dapat pergi bercuti. Eh, korang jomlah cari tempat-tempat yang menarik untuk pergi bercuti. Percutian yang singkat pun tak apa, asalkan kita dapat relaks-relaks dengan keluarga. Masa bercuti ni sajalah yang dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita tu. Selalu asyik menghadap kerja saja, sekali-sekala dapat tengok laut best juga kan? Dapat juga tenangkan fikiran. Last minute planning? Takut flight dan hotel penuh? Aish, chillex laa. Tak apa, jangan risau sebab Traveloka kan ada. Pasti semuanya akan berjalan dengan lancar. Korang tahu tak Traveloka tu apa? Alahai korang ni, meh sini Kekny share sikit.

Untuk pengetahuan korang, Traveloka ini adalah satu tempat di mana kita semua boleh dapatkan tiket flight ataupun hotel dengan harga yang murah dan sangat berbaloi. Kita boleh menempah lebih 100 buah hotel di seluruh Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapore dan lain-lain negara lagi. Korang juga boleh menikmati penjimatan hebat yang diberikan dengan pelbagai promosi. Apa yang menariknya, ia tiada caj yang tersembunyi dikenakan dan semua harganya sangat kompetitif. Berapa jumlah harga yang korang nampak, itulah yang korang perlu bayar. Jadi, kalau korang dah ada planning untuk bercuti dengan keluarga, pasangan atau kawan-kawan bolehlah terus survey dekat website https://www.traveloka.com/en-my/ dan buat tempahan.

Korang masih belum berkesempatan untuk belek-belek website Traveloka dekat computer atau laptop? Eh, korang ni. memang sibuk betul. Haaa, tak apa. Ada berita baik untuk korang. Nak tahu apa? Kini sudah ada Traveloka App yang boleh korang download dekat smartphone korang. Lepas ni jangan bagi alasan lagi ek sebab tak ada masa. Korang nak berguling-guling atas tilam sambil pilih-pilih hotel dan flight pun boleh. Simple and easy, right? Hmm, zaman dah moden dah sekarang ni. teknologi canggih laa katakan. Semuanya hanya dekat hujung jari saja. Nak bercuti pun senang. Korang survey, pilih, bayar then dah boleh pergi bercuti dengan seronok. Kerja korang tu nanti-nanti laa pula fikir. Dah nama pun kerja, memang takkan pernah habis. So kita enjoy dulu!

PC050043

Bagi percutian dalam Malaysia ni, Kekny rancang nak pergi ke Cameron Highland. Suasana disekitarnya yang sejuk dan dikelilingi kehijauan hutan amat sesuai kalau nak mencari ketenangan dan ingin lari dari bunyi bising di bandar. Tambahan pula, dapat menghirup udara segar dipagi hari dan berjalan kaki sambil melihat keindahan alam semulajadi akan membuatkan kita lupa seketika masalah kerja yang ada. Korang juga boleh cari tempat penginapan yang best best tau, nak pula dengan Traveloka yang sedang buat promosi, bolehlah booking awal-awal untuk dapatkan harga yang sangat berbaloi. Hmm, nanti bolehlah rasa macam ala-ala duduk dekat oversea. Bila bercakap boleh keluar asap. Haha. Over sangat tau!

PC050041

20151204_213640ed

Kalau dah bercuti ke Cameron Highland mestilah nak makan strawberi kan? Nanti bolehlah pergi ke Big Red Strawberry Farm terletak bersebelahan dengan Cactus Valley je. Lepas tengok pelbagai jenis-jenis kaktus kita bolehlah terus makan buah strawberi. . Kat kebun tu, kita boleh pilih saja mana-mana buah strawberi yang kita mahu dan petik sendiri. Hmm, seronoknnya dapat makan buah strawberi yang segar-segar. Selain itu, Bee Farm juga antara tempat yang boleh kita kunjungi. Ladang ni merupakan tempat pembiakan lebah yang diletakkan di dalam sarang buatan untuk menghasilkan madu. Nak beli madu segar dekat sini pun boleh. Lagipun masuk ke sini percuma dan mungkin ni satu destinasi yang sangat ideal untuk bawa kanak-kanak ke sini supaya mereka lebih mengenali haiwan kecil ni.

PC050056ed
PC050036ed
PC040010

Selain itu, kalau pergi Cameron Highland, jangan lupa makan steamboat tau. Tempat sejuk sejuk beku ni, makan pula steamboat yang berkuah sup dan tomyam panas-panas. Memang terbaik! Huhu. Rasa terliur pula nak makan. Tak sabar rasanya nak pergi bercuti. Korang macam mana? Mesti pergi tempat yang lebih menarik kan. Kepada korang yang belum pernah merancang percutian melalui aplikasi traveloka ni, korang patut mencubanya. Tak rugi pun untuk korang tengok sendiri dan cuba memasuki mana-mana negara yang ada dalam perancangan korang. Pasti korang tidak akan kecewa. Korang juga boleh tengok sendiri promosi yang ditawarkan. Memang terdapat potongan harga yang sangat menarik. Apa lagi? Semuanya hanya di hujung jari korang saja. Selamat bercuti ya!
kekny hari tu actually tengah fikir nak tukar skincare. Dah lama pakai skincare yang sama. Tapi kulit tu kadang ok, kadang naik juga jerawat yang menyakitkan hati hehehe.. Jadi kalau boleh nak skincare yang competent sikit result dia. Yang buat kita tak pening kepala. Yang bila pakai rasa selesa dan tak perlu rasa nak tukar-tukar skincare lagi dah.

Rahsia Awet Muda Aznil Nawawi

Terjumpa skincare ANELL ni di Instagram. ramai yang post pasai skincare yang hebat ni. Pengasasnya ialah Aznil Nawawi atau Pak Nil. Katanya Pak Nil sebelum launching skincare Anell ni, Pak Nill sendiri pakai skincare tu selama 4 tahun untuk menguji keberkesananya dan korang pun tau kan, betapa awet mudanya Pak Nil sekarang walau umur dah 54 tahun. Kulit dia mulus, gebu, licin, flawless. Kalah kulit anak dara atau anakl teruna belasan tahun kan. Apa lagi nak compare dengan kulit Kekny hehehe..


Ok set penjagaan kulit Anell ni ada 4 bekas dalam satu set. Ianya terdiri daripada Deep Cleanser, Balancing Toner, Day Cream Dan Night Cream. Setiap satu ada functionnya yang tersendiri. Sebab tu produk ni dijual secara set supaya kesan pengunnan secara menyeluruh akan lebih menjamin hasil terbaik. Haaaa dia tak jual asing-asing tau macam produk lain. Korang tu biasalah kalau benda boleh beli asing-asing mesti korang beli cleanser jenama lain, toner jenama lain.. dah tu macam mana kulit tu nak cantik main campur-campur.. Jadi sebab tu lah Anell ni didatangkan set macam ni... kekny memang prefer set macam ni.. senang!


Cara pakai, cuma guna deep cleanser setiap kali cuci muka, diikuti toner dan kemudian waktu siang pakai day cream sebelum pakai make up. . Fungsi Day Cream ialah untuk melindungi kulit dari sinaran UV dan kotoran serta debu yang melekat. Kotoran dan debu tu ada chemical yang kadangkala merosakkan kulit.



Manakala waktu malam pula lepas cuci menggunakan deep cleanser, dan pakai toner, pakai pula Night Cream. Fungsi Night Cream merangsang kulit untuk memperbaharui sel sel kulit. Jadi kombinasi set ni memang perlu jika nak betul berkesan.


Antara manfaat Anell Skincare ni :

šŸ”¹Mencegah jerawat dan inflamasi kulit
šŸ”¹Mengawal pengeluaran minyak berlebihan
šŸ”¹Mengecilkan pori-pori wajah
šŸ”¹Mencerahkan wajah
šŸ”¹Mencegah penuaan pra-matang
šŸ”¹Menanggalkan sel-sel kulit mati yg degil
šŸ”¹Meningkatkan proses metabolisma sel kulit agar lebih aktif
šŸ”¹Menambahkan keserian dan kemudaan wajah
šŸ”¹Meningkatkan warna cerah semulajadi pd wajah
šŸ”¹Kulit wajah lebih bercahaya, kemas dan bersih
šŸ”¹Formula anti kedutan, anti pigmentasi dan anti penuaan yang efektif
šŸ”¹Membantu mengurangkan parut pd wajah akibat bekas jerawat
šŸ”¹Melambatkan proses oksidasi kulit yg menyebabkan kulit menjadi kusam, gelap dan tua
šŸ”¹Menegangkan struktur kulit wajah menjadikan wajah lebih berkontur.
šŸ”¹Memperbaiki struktur kulit dr dalam melalui penyerapan nutrisi dr ramuan aktif

Kesan skincare ni memang boleh nampak dalam seawal 3 hari. Kalau pakai seminggu tu memang dah nampak muka lebih berseri, cerah, tegang dan halus je kulit. Deep cleanser tu bila pakai terasa bersih sangat kulit muka.



Ni gambar lepas sebelum dan selepas seminggu menggunakan Anell. Kulit Kekny ni memang tak berapa teruk keadanya. Tapi ada masalah kulit terlebih berminyak, dan pori-pori yang besar. Jadi lepas Kekny cuba Anell ni, kulit dah tak melekit. Pori-pori nampak rapat dan kulit tak nampak kasar lagi. Selain tu parut lama bekas jerawat yang hitam di tepi pipi dah pudar sikit.. rasanya kalau berterusan pakai parut tu akan hilang.. wahh tak sabarnyaaa nak tunggu parut hilang. Yang penting korang, kena konsisten dan guna cara yang betul, baru dapat rasai perubahan kulit yang cantik.

Ok lah korang kalau nak dapatkan produk ni boleh je ke :


Facebook  Anell Official
Instagram Anell Official