Basic Vanilla Cupcake

Mesti ramai yang tercari-cari basic vanilla cupcake untuk buat jualan kan. Actually Kekny ada satu resepi ni yang menjadi keeper resepi. Bahan cukup mudah, dan Insyallah sedap. Kek apa pun jika kita guna bahan premium dan berkualiti akan jadi sedap. Kalau berniaga tu, jangan bagi alasan nak jimat kos maka kita pilih untuk pakai bahan murah dan beli jenis timbang semua. Bila customer rasa sekali tak sedap, memang diorang akan cari bakers lain.

Sekarang ni ramai yang jadi bakers part time. Jadi pengunaan bahan-bahan premium tu yang membezakan kita dan bakers lain. Kalau kita pandai cari sumber tempat kita boleh dapat bahan-bahan premium dengan harga murah kosnya tak lah tinggi mana. Kena juga pandai buat pengiraan bahan, bukan main letak harga je. Baru boleh nampak aliran cashflow kita tu macam mana kan. Sebab tu nasihat saya, pakai bahan premium, pakai butter berkualiti, tepung berkualiti, serbuk koko dan coklat yang berjenama. Kita rugi sikit margin keuntungan tu dari orang lain yang buat keuntungan banyak dengan menggunakan bahan murah. Tapi dengan bahan berkualiti, biar orang merasa kek kita tu, teringat-ingat. Walaupun mahal sedikit kalau sedap orang akan cari balik dan akan recommend kat kawan-kawan diorang. Jadi margin keuntungan tu akan berpanjangan tak akan stop pada satu customer sahaja. Membebel pulak kan hehehe...

P1013494ed

Kek ni gebu dan moist. Memang sedap. Ramai customer Kekny selalu order vanilla buttercake ni dan digandingkan dengan frosting cream cheese. Jom tengok resepi, dah olah supaya senang faham.
P1013512ed



Resepi Cupcake Vanilla  

30-35 biji cupcake size M

Bahan A (ayak 2 kali)
4 ½ cup Tepung naik sendiri
¼ teaspoon baking soda

Bahan B (campurkan)
 2 cup buttermilk ( atau susu segar full cream campur 2 sudu besar cuka dan biarkan selama 20 minit)
2 teaspoon creamy vanilla essence (bau lebih kuat, harum dan selalunya lebih mahal dari esen vanila biasa, kalau pakai esen vanilla biasa letak je lebih skit)

Bahan C (Putar)
 340g  butter - pakai anchor, suhu bilik, lembut tetapi masih sedikit sejuk
 2 cup gula caster - saya paka 1 1/4 je sebab nak kurang manis
 6 eggs
1 teaspoon garam

Cara penyediaan

Butter dan gula dipukul sehingga kembang dan berkrim. Masukkan garam. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul. Selang masa 30 saat ke seminit putaran setiap sebiji

Masukkan 1/3 bahan A (tepung), putar perlahan

Masukkan 1/2 bahan B, putar perlahan

masukkan 1/3 Bahan A (tepung) putar perlahan

Masukkan 1/2 sehingga habis bahan B, Putar perlahan

Masukkan baki 1/3 Bahan A (tepung) sehingga habis, dan putar lagi sehingga rata

P/s : Kena selang seli masukkan bahan cecair dan tepung supaya adunan tidak menjadi sup berkrim dan kek tak naik gebu!

Masukkan dalam paper cup dan bakar pada suhu 160-170C selama 20-25 minit atau sehingga masak.

Post a Comment

6 Comments

  1. Sedap tu vanilla cupcake. Nanti sy nak suruh wife buat. Sy follow la blog puan eny sbb ada byk info resepi yg menarik. Check out mine too! Thanks...

    ReplyDelete
  2. Nampak cantik, for sure mesti sedap! Lama tak melawat blog kak Eny!

    ReplyDelete
  3. TUNGGU ANAK BESAR BUAT KEK SAMA2 DENGAN ANAK

    ReplyDelete
  4. nampak sangat menarik. Adunan begini biasanya menghasilkan berapa biji cupcake ?

    ReplyDelete
  5. Senang jer rupanya ... kene rajin macam Eny gamaknya, kalau malas rugi rasanya...

    ReplyDelete