Resepi Congo Bar

Ramai yang tanya resepi Congo Bar tak ada ke kat blog kekny.. jawapanya.. mestilah ada. Tapi masa tu belum rupa congo bar yang sebenar sebab first attempt buat kan. Ni dah beberapa kali buat baru nampak lawa dan menjadi. Baru semangat nak ambil gambar. Dah jual beberapa ratus biji dah congo bar ni pun hehehe...

P2250998ed

Congo bar ni macam brownies. Ada yang panggil blondies sebab warna keperangan tu. Cara nak buat mudah. Tak perlu mixer bagai. Pakai senduk kayu atau sudu je. Rasa dia kenyal-kenyal, dilapisi rasa manis coklat susu didalamnya dan rasa rangup badam diatasnya. Sedap sangat. Resepi asal pakai coklat chips tapi kekny pakai coklat milk Beryls lagi sedap tauuuuu... korang nak lagi sedap cuba try Cadbury Milk ke.. mesti cair kat mulut! Resepi asal agak manis, jadi kalau tak suka manis boleh kurangkan banyak gula tu.. 
P2250994ed

Tips Congo Bar Sedap

Butter biar lembut pada suhu bilik, tetapi masih sejuk jika dipegang. 

Pakai gula perang sepenuhnya. Gula perang memberi flavour yang tersendiri kepada rasa kek selain memberi teksture kenyal (chewy)

Pakai coklat chips / coklat compound atau coins yang bermutu. Lebih sedap jika coklat susu (chocolate milk) - jangan confuse dengan white chocolate, totally different ok! 

Tambah kekacang - almond lah paling sedap. Tapi makesure kacang tu jangan banyak dan seeloknya tabur atas je banyak-banyak. Masuk adunan pun sedap tapi nak potong tu punyalah hazab. End up congo bar jadi hancur dan tak cantik bila dipotong

Jangan terlebih bakar. Ni satu ramai buat silap bakar terlebih lama. Jadi keras dan liat. Patut bakar secukupnya barulah teksture kenyal dan lembut tu ada.

Sebolehnya jangan pakai mixer. Terlebih pukul, congo bar boleh mendap dibahagian tengahnya. Betul ni tak tipu. Kacau kacau biar sebati je. Kalau nak pakai mixer pun putar sekejap je. Tapi rajin sangat ke korang nak basuh mixer yang pakai tak sampai 5 minit tu? hehehe


Resepi Congo Bar 

Untuk acuan empat segi size 10 x 10 inci
Bahan-bahan:
315 gm tepung gandum - saya pakai tepung naik sendiri
2 1/2 sudu kecil baking powder - tak pakai sebab dah guna tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter - biarkan lembut dahulu pada suhu bilik
320 gm gula perang - saya pakai 200gm sahaja
4 biji telur Gred B
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan chocolate milk coins - dicincang kasar, simpan sedikit untuk hiasan diatas
1/2 cawan  kepingan badam untuk tabur diatas

Cara penyediaan

Dalam mangkuk campurkan gula perang, garam bersama mentega dan kacau rata sehingga butter sebati menjadi paste. Kacau pakai senduk kayu sudah mencukupi dan tak perlu mixer.

Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau rata. Masukkan esen vanila.

Masukkan tepung dan kacau rata. Akhir sekali masukkan coklat milk cincang.

Tuangkan adunan kedalam acuan empat segi 10 inci yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas alas.

Ratakan permukan adunan dan susun coklat milk coins dan tabur badam

Bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 30 - 35  minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan dan kek bahagian dalam masak. Jangan terlebih bakar.

Terima kasih sebab sudi cuba resepi congo bar ni ye :D

Post a Comment

12 Comments

  1. Salam akak. kalau guna loyang 8x8, bahan dia mcm mana ye? suhu jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jugak, pastikan loyang tu tinggi... kalau loyang rendah bahagikan adunan je lah kepada 2 bahagian

      Delete
  2. maaf bertanya, kenapa kurangkan gula tu yer? ker 320g tu akn jd manis sgt?

    ReplyDelete
  3. Come join me... i follow uuu

    ReplyDelete
  4. Sy dh try buat ikut resipi kekny...cuma topping guna cadburry coklat milk tu not recommended sbb bila bakar coklat jd keras..😅

    ReplyDelete
  5. saya ambil ye resepi. terima kasih semoga dimurahkan rezeki. :)

    ReplyDelete
  6. buteer unsalted ka salted ?

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum..boleh sya thu texture congo bar ni mmng lmbut ker?saya pernah makn congo bar sblum ni tapi texture dia xmcm ni.texture dia keras dan kenyal..saya ikut resepi ni knapa texture dia mcm xmsk??rsa dh okay..

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum kekny.. Kita share resepi congo bar ni ye. Semoga murah rezeki sis.

    ReplyDelete