Kek Pound Susu Pekat Manis

Hai semua,
Selamat berhujung minggu. Alhamdulillah 2-3 hari ni sejuk sikit berbanding mingu-minggu lepas sebab hujan turun juga akhirnya. Walau sedikit tapi cukuplah untuk turunkan sedikit suhu tu kan. Bila dah sejuk sikit semangat membaking pun datang hehehe.. Teringin kek yang simple dan mudah. Jadi saya cuba resepi baru Kek Pound yang menggunakan susu pekat manis.
P3291358ed

Ternyata berbaloi cuba resepi ni kerana keknya harum dengan bau butter dan rasa susu pekat manis tu memang sedap digandingkan sekali. Keknya lembut dan gebu. Tak berapa manis sangat dan sesuai untuk everyday cakes. This is going to be my keeper recipe lah kiranya. Kalau ada tetamu nak datang bolehlah saya bakar je kek ni. Proses nak buat pun tak susah mana dan bahan cukup simple dan basic.

P3291347ed

Huhuhu masih terasa ditekak kek lembut dan gebu ni... bila lah ada masa nak bakar kek ni lagi. Banyak tempahan kek dan pada masa yang sama banyak kerja pejabat yang perlu disiapkan.. huhu

P3291371ed

Jom tengok resepi kek ni yang pasti tak mengecewakan. Disebabkan bahannya yang sedikit untuk acuan size kek pound,  disyorkan pakai hand mixer, atau kalau yang pakai mixer jenis besar tu, gandakan resepinya dan pakai acuan 9 inci petak :)

P3291372ed

Resepi Kek Pound Susu Pekat Manis

Bahan-bahan
120 gm Mentega - saya pakai SCS unsalted
45 gm gula castor
1/4 sudu teh garam
152 gm susu pekat manis
1 sudu teh vanilla essence
120gm tepung naik sendiri
2 biji telur saiz A

Cara penyediaan

Ayak tepung.

Pukul butter dan gula sehingga berkrim dan ringan

masukkan telur dan pukul rata

Masukkan vanilla esen dan garam

Masukkan susu pekat dan kacau rata

Masukkan tepung dan kacau rata. Jika guna mixer rendahkan kelajuan supaya tepung tak berterbangan.

Masukkan dalam acuan kek pound

Bakar pada suhu 160  selama 25-30 minit atau sehingga masak.

Post a Comment

8 Comments

  1. jalan-jalan dari http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Kak eny, kalau kukus boleh tak?

    ReplyDelete
  3. sedanyer sis...

    ReplyDelete
  4. Wahh.Nampak mudah dan sedap. Tq resepi nya. Nanti nak cuba buat ��

    ReplyDelete
  5. Nak try juga la eny kek ni..nampak sedap

    ReplyDelete
  6. Dah Cuba... Sgt2 moist.. Cuma manis sikit utk saya, tapi mmg sedaaaaap... Thk u so much for the recipe dear

    ReplyDelete